Chapter 10

EXO's Housekeeper

Airin memasukkan potato chips ke dalam mulutnya sambil menonton cerita kegemarannya. Hari ni Airin cuti dan dia ingin berehat di rumah saja. Bukan senang nak mohon cuti. Itu pun puas Airin merayu pada En. Soo Man kononnya ada perkara penting yang harus dilakukan. Padahal Airin memohon cuti kerana ingin menjauhkan diri dari Sehun.

Sedang Airin tengah syok tengok cerita, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Airin segera mencapai telefonnya. Nama Yuna tertera di skrin telefonnnya.

“Hello”. Mata Airin masih lagi menonton cerita. Dia tak mahu terlepas cerita kegemarannya.

“Hello Airin. Kau kena tolong aku. Jumpa aku sekarang” kata Yuna seperti terdesak.

“Tolong apa? Aku malas la. Aku nak rehat kat rumah je”

“Tolonglah. Ni antara hidup dan mati aku”. Airin membulatkan matanya. Dia segera bangun dari sofa.

“Kau kat mana? Aku datang sekarang”. Airin segera bersiap dan bergegas ke tempat yang Yuna katakan.

Selepas 10 minit berlari, akhirnya Airin sampai ke tempat yang dikatakan. Airin tercungap-cungap menarik nafasnya. Belum pernah lagi dia lari selaju ni. Kalau masuk Olimpik confirm dia akan dapat nombor 1 dan memecahkan rekod Usain Bolt.

“Kau kenapa Yuna? Kau sakit ke? Kenapa kau tak pernah cerita kat aku pun?”. Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Airin seperti peluru berpandu.

“Sabar-sabar. Duduk dulu. Kau tengah penat tu”. Yuna menarik sahabat baiknya itu duduk di hadapannnya.

“Okay. Ada apa kau nak jumpa aku ni?”. Airin terus bertanya selepas penatnya hilang. Airin tak sabar nak tau apa yang Yuna nak sampaikan..

Yuna mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan meletakkannya di atas meja.

“Apa ni?” soal Airin sambil melihat benda tersebut.

“Album EXO” jawab Yuna selamba.

“Kenapa dengan album ni?”. Airin mengjongketkan keningnya. Apa kene-mengena hidup mati Yuna dengan album ni.

“Aku nak suruh kau minta sign Sehun. Boleh?” kata Yuna penuh berharap.

“WHAT?!. Kau panggil aku semata-mata pasal benda ni?”. Airin membulatkan matanya ke arah Yuna. Yuna hanya mengangguk sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Waoh!”. Airin seperti tak percaya dia ditipu hidup-hidup oleh sahabat baiknya.

“Kau tau tak aku berlari macam orang gila sebab risau kan kau. Rupa-rupanya pasal benda ni je?!”. Kalau ikutkan hatinya nak je dia menunjal kepala Yuna. Tapi memikirkan diorang baru je berjumpa semula, dia membatalkan niatnya.

“Tolong la aku. Kau je yang boleh tolong aku”. Yuna merayu sambil membuat muka ‘puppy’ agar Airin cair dengan rayuannya

“Sekarang ni kau terang kat aku apa kene-mengenakan hidup mati kau dengan album ni?”

“Kalau aku tak dapatkan sign Sehun mati aku. Aku boleh jadi giler tau tak. Setiap tahun mesti aku pergi fanmeeting diorang untuk dapatkan sign Sehun. Kau tau kan aku hardcore fan Sehun. Tapi tahun ni je aku tak dapat pergi sebab aku sibuk sangat time tu”. Yuna menerangkan dengan panjang lebar.

Airin menjelingkan matanya ke atas. Obses betul kawan aku ni dengan Sehun dia tu.

“Please please please!”. Yuna merayu sambil mencantumkan kedua-dua telapak tangannya seperti meminta pertolongan.

“Payah la nak minta sign mamat tu. Sombong!”. Airin memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah jalan raya.

“Tolong la aku. Aku janji kalau kau tolong aku, aku akan belanja kau bubble tea selama 2 minggu”. Yuna cuba mengumpan Airin dan umpannya mengena apabila Airin menunjukkan minat.

“Okay, aku setuju!”. Airin terus bersetuju tanpa berfikir panjang.

 

Airin mengintai EXO yang sedang berehat di ruang tamu. Apabila dia pasti hanya Chanyeol seorang saja yang berada di ruang tamu, Airin segera menuju ke arah Chanyeol.

“Chanyeol oppa, Airin nak minta tolong sikit boleh tak?”. Airin berkata dengan perlahan supaya member yang lain tak dengar.

“Airin nak minta tolong apa?”. Chanyeol memandang Airin yang duduk disebelahnya.

Airin mengeluarkan album EXO dari belakangnya. “Ni. Boleh tak Chanyeol oppa tolong suruh Sehun signkan album ni? Ni kawan Airin punya. Nanti oppa cakap la kawan oppa yang nak. Boleh tak?”. Mata Airin bersinar-sinar mengharapkan persetujuan daripada Chanyeol.

“Kenapa Airin tak minta sendiri?” soal Chanyeol sambil tersenyum.

“Alah, Sehun tu payah la. Dia tu kan tak suka Airin. Lepas tu sombong pulak tu”. Airin memeluk tubuhnya lalu bersandar pada sofa.

“Airin tak kenal lagi perangai sebenar dia. Dia baik je. Airin minta sendiri eh. Ni la peluang Airin nak kenal rapat dengan Sehun”. Chanyeol cuba memujuk Airin. Chanyeol sengaja ingin merapatkan hubungan Airin dan Sehun. Dia perasan sejak kali pertama mereka bertemu, mereka berdua seperti tak sehaluan.

“Tapi…”. Belum sempat Airin menghabiskan kata-katanya, Chanyeol dah menuju masuk biliknya.

“Haish! Terpaksa la aku sendiri yang minta”. Airin mengeluh seorang diri. Kalau tak disebabkan janjinya, dia pasti akan terus mengalah je.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.