Chapter 17

EXO's Housekeeper

Airin mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam kotak. Minggu depan dia akan berpindah ke luar negara semula. Airin memandang sekeliling rumahnya, tiba-tiba dia rasa sebak. Airin tak sangka akhirnya akan jadi macam ni. Ketika Airin melayan perasaannya, telefonnya berdering minta diangkat.

“Yeoboseyo?”. Airin membetulkan suaranya supaya tak kedengaran seperti dia baru lepas menangis.

“Yeoboseyo Airin. Ni Chanyeol oppa”. Chanyeol membalas ucapan Airin.

“Owh Chanyeol oppa. Ada apa?” tanya Airin.

“Sebenarnya oppa dan member-member yang lain nak minta maaf atas apa yang berlaku. Kitorang tau mesti Airin terkesan sangat dengan apa yang berlaku. Kitorang harap Airin tak berdendam dengan kami semua”. Chanyeol meluahkan apa yang terbuku dihatinya dan member-member yang lain.

“Eh,Airin tak berdendam la. Gwaenchanayo oppa. Benda dah nak jadi. Lagipun salah Airin juga sebab langgar kontrak kerja. Airin anggap ni semua takdir”.

“Tapi kitorang penyebab Airin langgar kontrak kerja Airin tu tapi Airin jangan risau sebab kitorang dah bincang dengan En Soo Man dan En Soo Man akan tarik balik saman terhadap Airin. Rumour antara Airin dan Sehun pun kami dah selesaikan”.

Airin berasa sebak kerana member EXO melayannya dengan baik. Walaupun saman tersebut ditarik balik, keadaan takkan jadi seperti dulu.

“Gomawoyo oppa. Owh ya oppa. Minggu depan Airin akan berpindah ke luar negara sebab Airin akan mula bekerja kat sana”.

“Tahniah Airin. Oppa harap Airin lebih bahagia kat sana. Nanti kitorang datang jumpa Airin kat airport. Airin..Sehun nak cakap dengan Airin”. Chanyeol segera memberi telefonnya kepada Sehun.

“Airin”. Sehun memulakan percakapan

Jantung Airin berdegup kencang mendengar suara Sehun. Dia rindu akan suara tersebut. Sejak kejadian yang berlaku, Airin tak pernah berhubung lagi dengan Sehun.

“Ya?”.

“Aku minta maaf atas apa yang berlaku. Aku tau mesti kau akan marah aku. Kalau lah aku..”

“Sehun, kau tak salah dan takde siapa yang bersalah dalam hal ni. Benda yang berlaku ni dah takdir dan mesti ada hikmah”. Airin memotong kata-kata Sehun sebelum dia menghabiskan ayatnya.

“Tapi aku tetap rasa bersalah”. Kepala Sehun tertunduk akibat rasa bersalah yang bersarang dalam hatinya. Lama Sehun mendiamkan diri begitu juga dengan Airin.

“Aku dengar kau nak pindah ke luar negara?”. Akhirnya Sehun bersuara semula.

“Yup. Aku akan mula bekerja kat sana”.

“Tahniah. Boleh kau janji dengan aku satu benda?” tanya Sehun kepada Airin.

“Apa dia?”. Airin mengjongketkan keningnya.

“Kau janji yang kau akan simpan rantai yang aku bagi tu. Kau jangan sesekali tanggal pun rantai tu. Sebenarnya aku tempah rantai tu khas untuk kau dan huruf S kat rantai tu sempena nama aku. Aku harap kau akan sentiasa ingat aku. Boleh?”.

Airin menyentuh rantai pemberian Sehun yang tergantung di lehernya. Hampir terlupa Airin pasal rantai tersebut. Airin tak sangka rantai tersebut ditempah khas untuknya.

“Aku janji. Aku akan tetap pakai rantai ni walaupun aku dah pindah nanti dan aku akan sentiasa ingat kau”.

Sehun tersenyum mendengar janji Airin.

“Okaylah. Aku sebenarnya tengah sibuk ni. Kalau ada masa kita borak lagi. Bye Sehun”. Airin cuba berbohong. Sebenarnya dia dah tak sanggup nak menahan sebak hatinya. Bila-bila masa saja air matanya boleh mengalir.

“Bye Airin”. Agak berat untuk Sehun mengucapkan kata tersebut dan berat juga untuk Sehun meletakkan telefon. Dia belum puas lagi luang masa bersama Airin.

Airin juga begitu. Telefonnya masih lagi melekap di telinganya. Dia berharap Sehun akan meneruskan lagi kata-katanya tetapi hampa. Akhirnya dia menekan butang merah.

Sehun tertunduk lemah selepas Airin mematikan talian. Air matanya mula mengalir di pipi. Belum pernah lagi dia merasa kehilangan sebegini. Member EXO yang lain hanya memerhatikan Sehun dari jauh.

 

Akhirnya tiba hari dimana Airin akan bertolak ke luar negara. Appa dan eomma Airin sampai dirumahnya untuk membantu mengangkat barang-barang Airin. Setelah semuanya selesai, mereka bertolak ke airport.

“Kau betul ke tak nak ikut kami ke airport?” soal Suho kepada Sehun yang masih lagi baring di atas katil.

“Hyung pergi la. Aku okay”. Sehun memejamkan matanya. Dia berharap ni semua adalah mimpi.

“Betul ni? Kau tak menyesal?” soal Suho sekali lagi.

Sehun menggelengkan kepalanya. Sebenarnya Sehun tak sanggup nak lihat Airin meninggalkan dirinya. Sehun berfikir mungkin Airin pun tak mahu berjumpa dengannya lepas apa yang berlaku. Akhirnya semua member EXO bertolak ke airport dan tinggal Sehun seorang diri di asrama. Sehun bangun dan duduk di atas katil. Dia mencapai telefonnya dan melihat video Airin yang pernah di rakamnya. Sehun tersenyum seorang diri dan pada masa yang sama dia berasa sedih.

Tiba-tiba ada satu mesej masuk dari Airin. Sehun segera membukanya.

‘Hello Oh Sehun. Kejap lagi aku akan bertolak ke luar negara. Lepas ni takde lah dah orang yang nak gaduh dengan aku. Sebenarnya sejak kali pertama aku kenal kau, aku benci kau sebab kau berlagak. Tapi lepas aku kenal kau, aku nampak sisi kau yang lain. Betul kata Baekhyun oppa kau sebenarnya baik walaupun ada masanya kau menyakitkan hati aku. Sepanjang aku spend masa dengan kau, aku happy sangat. Aku sebenarnya dah mula suka kau. Mesti kau terkejut kan? He he he. Sebelum ni aku malu nak luahkan kat kau sebab aku tau kau bukan suka aku pun kan? Tapi aku tak kisah. Aku tak minta kau suka aku balik. Good luck in your life and career. Selamat tinggal ~~’

Mata Sehun membulat selepas membaca mesej Airin. Dia tak pernah tau yang Airin juga suka padanya. Tanpa berlengah, Sehun segera bersiap dan menuju ke airport. Dia perlu meluahkan perasaannya sebelum Airin bertolak pergi. Apabila tiba di airport, Sehun segera mencari Airin. Dia berharap Airin belum bertolak lagi. Sehun cuba mendail nombor Airin tapi tak dapat.

 

Airin bersama appa dan eommanya duduk di tempat duduk yang disediakan sementara menunggu kapal terbang mereka. Airin memandang telefonnya sambil melepaskan keluhan kecil. Masih tiada lagi balasan dari Sehun. Akhirnya Airin mematikan telefonnya. Kemudian Airin ternampak member EXO sedang menuju ke arahnya. Airin segera melambaikan tangannya ke arah EXO.

“Anneong Airin!”. Semua member EXO menyapa Airin dan tunduk hormat kepada appa serta eomma Airin.

“Anneonghaseyo oppa-deul”. Airin membalas sapaan EXO dengan senyuman.

“Kapal terbang Airin berlepas pukul berapa?” tanya Chanyeol.

“45 minit lagi. Ermmm Sehun oppa tak datang ke?”. Dari tadi lagi dia mencari-cari kelibat Sehun.

“Dah puas oppa pujuk. Dia tetap tak nak ikut” kata Suho.

Airin tertunduk lemah. Dia dah agak. Mesti Sehun tak nak datang.

“Woi!”. Tiba-tiba mereka terdengar suara seseorang. Mereka segera berpaling ke belakang dan kelihatan Sehun sedang menuju ke arah mereka sambil tangannya diseluk dalam poket seluarnya.

Airin tersenyum gembira apabila ternampak Sehun. Langkah Sehun terhenti di hadapan Airin. Sehun menatap wajah Airin dan begitu juga Airin.

“Takkan kau nak pergi macam tu je. Ada satu lagi permintaan aku yang kau tak tunaikan”. Sehun bersuara selepas beberapa minit mendiamkan diri.

Airin mengeluh hampa. Dia ingatkan Sehun ingin meluahkan perasaannya juga.

“Baiklah. Apa permintaan terakhir kau?”.

“Permintaan aku yang terakhir ialah…..jangan tinggalkan aku”.

Airin memandang Sehun dengan mata yang berkaca. Dia seperti tak percaya apa yang baru didengarnya.

“Aku sukakan kau. Aku cintakan kau Airin”. Sehun memandang wajah Airin dengan penuh kasih sayang.

“Kenapa kau baru bagitau sekarang?”.

“Aku takut. Aku takut kau tak terima aku. Tolong jangan tinggalkan aku. Aku baru sedar yang aku perlukan kau dalam hidup aku”.

Airin memandang appa dan eommanya untuk mendapatkan persetujuan. Appa dan eommanya hanya mengangguk tanda setuju.

“Aku pun cintakan kau dan aku takkan tinggalkan kau”. Airin juga meluahkan perasaannya.

Sehun tersenyum gembira mendengar kata-kata Airin lalu dia segera memeluk Airin. Airin pun membalas pelukan Sehun. Semua member EXO bertepuk tangan melihat Sehun dan Airin akhirnya meluahkan perasaan masing-masing.

Airin tak jadi berlepas ke luar negara. Dia meneruskan kehidupannya di Korea untuk bersama Sehun. En Soo Man juga telah merestui hubungan kedua-duanya dan seluruh industri Korea juga telah mengetahui perkara ini. Sejak itu Sehun dan Airin bukan lagi seperti pasangan anjing dan kucing tetapi seperti belangkas yang tak boleh dipisahkan.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 18: Seronok baca ff author. Btw good luckfor your study.
BaeBacon__L #2
Chapter 11: Boleh bayangkan kehenseman sehun bila dia dekat dengan airin
SakuraDyrah93 #3
Chapter 15: Aww..that sweet sehun bagi rantai kat airin..btw, siapa yg ambik gmbr mereka ya?hmm..reporter kah?hmm
SakuraDyrah93 #4
Chapter 13: Haiii!! Sorry..baru saya berpeluang nak bagi komen..hehe..apa2 pun..i like your fanfics!! Sgt comel dan lucu..hehe..nakal la suho dan chanyeol nie..hehe..tapi terbukti sehun rupanya suka dengan airin..hahaha..tak sabar nak tahu ceta selanjutnya..hwaiting authornim!! <3 <3
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 2: Best! Update soon author nim.