oo7 : Tak Boleh Hadam

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

  Sambungan    

 

“Dia cikgu disiplin. Rotan tak tinggal. Keje dia memang sebat orang je. Kadang-kadang orang tak buat salah pun dia sebat. Dah macam sadistik!” kata Sowon sambil melihat kukunya. Dia pun sudah menguap untuk berapa kali entah. Bila lah orang tua ni nak habis berucap? Banyak benda nak buat lagi hari ni, fikir Sowon si senior tu.

Di hadapannya, Cikgu Kim sedang bagi ucapan tentang macam mana sekolah ini ditubuhkan. Kemudian dia beralih kepada sejarah alumni terkenal dekat sekolah ni. Terakhir, dia sedang menerangkan sistem pentadbiran dan pembelajaran di 4S ini.

“Buat pengetahuan semua, sekolah ini mengamalkan sistem pembelajaran lain dari sekolah Korea yang lain. Kami mencampur adukkan budaya belajar dari luar negara seperti United Kingdom. Ini semua untuk memastikan pelajar-pelajar 4S adalah pelajar yang terbilang di kalangan terbaik. Saya juga nak beritahu yang selain daripada guru-guru, anda semua akan diawasi oleh sekumpulan pelajar yang kami gelar ‘pengawas’ di sini,” ucap cikgu Kim.

“Hah? Pengawas? Ape tuh?” soal Iseul kepada Bora yang duduk disebelahnya. (Sekolah kat Korea ni takda pengawas (rasanya) so sebab tu Iseul tak tahu)

“Alah, pengawas. Lebih kurang macam student council kat sekolah-sekolah kita. Prefect dalam Englishnya,”

“Perfect tu bukan lain ke maksudnya?” Iseul mengaru kepalanya. Walaupun BI dia tak lah terer mana tapi dia tahu maksud perfect bukanlah pengawas.

“Tu perfect! Ni prefect.” Jawab Bora. Dia memusingkan badannya menghadap Iseul. “Prefect ni mostly budaya sekolah barat, dekat UK mostly. Negara lain pun ada jugak. Baca tak cerita Harry Potter? Kan ada sebut pasal pengawas ni,”

“Apa pengawas ni buat?” bisik Minyoung pulak bertanya dari jauh. Dia duduk paling hujung antara mereka berempat. Minyoung pun sama tak tahu apa itu pengawas.

“Selalunya pengawas ni akan pastikan student-student yang lain ikut peraturan dan dengar cakap cikgu,” Nari menolong Bora menjawab persoalan mereka berdua.

“Jadik dieorang ada kuasa nak denda kita ke?” terbeliak mata Iseul mendengar pasal peranan pengawas buat pertama kali dalam hidupnya. Dia dah mula menyesal masuk ke 4S ni. Baru je tadi dia menangis-nangis mintak maaf dekat parents dia dan janji akan study betul-betul. Sekarang semua tu dia dah lupa.

“Ikut cikgu sekolah ni bagi kuasa macam mana kat diaorang. Tapi selalunya diorang tak boleh denda student. Diaorang selalunya akan jadi tukang report je,” balas Bora.

Menganga mulut Iseul mendengar penjelasan mereka berdua. Bahana apa pulak pengawas ni?? Ingat Iseul dia boleh senang lenang belajar kat sini. Tapi ada pulak manusia jenis macam Solbin, si kaki report. Bukan seorang tapi satu team!

Di atas pentas, Cikgu Kim menyambung ucapannya. “Biar saya kenalkan pengawas-pengawas dekat sekolah ni. Mereka adalah senior-senior yang akan banyak membantu kamu di sini nanti.”

Cikgu Kim memberi arahan kepada semua pengawas di dalam dewan itu untuk naik atas pentas. Kelihatan satu persatu student bangun dari seat masing-masing dan menuju ke atas pentas. Lelaki dan perempuan semua ada. Iseul amati muka-muka pengawas tu. Dia kenal muka pengawas perempuan yang berdiri di sebelah kiri cikgu tu. Itulah muka minah yang jaga meja pendaftaran tadi. Di sebelah kanan cikgu tu pulak ada pengawas lelaki. Dia lah yang terjerit-jerit bagi announcement kat pintu masuk sekolah tu. Ooo… jadi senior-senior yang tolong mereka tadi tu dipanggil pengawas ek. Yang perempuan pakai riben warna biru, mereka tak pakai neck tie macam student perempuan yang lain. Pengawas lelaki pulak tie mereka berwarna oren keemasan. Tak ada warna biru macam neck tie mereka.

“Ini saya kenalkan ketua pengawas lelaki dan juga ketua pengawas perempuan. Mereka ni akan pantau bukan sahaja di kawasan sekolah malah di dorm kamu sekali. Kalau ada apa-apa masalah, boleh jumpa mereka,” beritahu Cikgu Kim kepada freshie-freshie yang berada di dalam dewan. Mereka semua berbisik-bisik sebab tak semua tahu tentang kewujudan pengawas dalam sekolah ni.

“Di sebelah kanan saya adalah Kim Suho, senior tahun ketiga. Dia merupakan ketua pengawas lelaki di sini. Sebelah kiri saya pula adalah Kim Sowon, ketua pengawas perempuan, juga dalam tahun ketiganya,”

Sowon dan Suho senyum dan menundukkan kepala mereka untuk memperkenalkan diri. Si Sowon tersenyum-senyum bangga bila diperkenalkan di atas pentas. Fuh, bukan senang dia nak jadi ketua pengawas perempuan ni. Puas dia melobi cikgu dengan kakak-kakak senior dia dulu. Akhirnya jawatan tu milik dia jugak! Sowon pun bukanlah nak sangat jadi ketua pengawas. Bukan senang nak kena buat banyak kerja, nak kena tolong cikgu pastu kena pantau budak-budak 4S lagi. Tapi yang Sowon nakkan adalah posisi ketua geng ‘Blue Ribbon’. Why? You’ll see.

4 ekor budak problematic tu tak habis lagi dok bercakap pasal pengawas. Iseul dah start panas punggung, tak boleh nak duduk diam. Dah lah peraturan kat 4S ni strict, kat dorm pun kena pantau! Mana demokrasi yang patut ada di zaman moden ni! Mana kebebasan mereka sebagai manusia? Mana? Mana?

Di kerusi yang lain, Baekhyun pun tengah explain apa itu pengawas dekat Chanyeol yang tak paham-paham lagi (atau buat-buat tak nak paham).

“Jadiknya dieorang ni boleh tangkap kita walaupun kita tak buat salah? Pastu diorang bol

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️