o19: Peng'kidnap'an Seluar Dalam!

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

Pada suatu hari, di kala suasana damai di waktu hening petang, tatkala burung berterbangan bebas di langit, ada 4 ekor malaun terbongkok-bongkok sedang membuat ‘projek’ setan mereka di belakang bangunan dorm lelaki. Kesempatan semasa semua pelajar sedang riadah digunakan sebaiknya oleh pelajar-pelajar setan yang cemerlang ini untuk laksanakan hajat mereka. Budak baik (seperti yang tengah baca cerita ini) dilarang sama sekali meniru aksi 4 ekor bahana ini!

Iseul mendongak ke atas, memerhatikan keadaan tangga besi di belakang bangunan dorm lelaki yang dibina sepatutnya untuk tujuan keselamatan jika kebakaran berlaku. Tapi bila 4 ekor setan ni masuk 4S, tujuan tangga itu wujud dah tukar untuk menjadi alat Geng Stinkies untuk menceroboh masuk ke dalam dorm lelaki pada petang ini.

Iseul selaku ketua meninjau-ninjau keadaan supaya selamat. Tangga nampak kukuh. Iseul volunteer untuk pergi dulu.

“Bora, kau tengok orang lalu lalang. Aku panjat dulu. Kalau line clear, korang pulak next,” arah Iseul kepada 3 orang kawannya. Mereka bertiga mengangguk tanda faham.

Kedua-dua dorm lelaki dan perempuan ini mempunyai reka bentuk yang sama. Terdapat ‘fire escape ladders’ yang diletakkan di belakang bangunan. Tangga besi itu menghubungkan dari bawah hingga ke atas bumbung. Di atas bumbung bangunan yang rata tu pula, ada bilik kecil yang akan membawa mereka menuruni tangga dan masuk ke kawasan tingkat 4 dorm lelaki.

Iseul memanjat tangga besi itu dengan berhati-hati supaya tidak berbunyi. Dia memanjat tangga untuk menuju ke atas sekali. Bora tukang jaga line. Matanya meliar melihat kiri dan kanan, takut-takut orang nampak keje setan mereka ni. Nari pula berada di tepi bangunan, menjadi tukang jaga line jugak. Kalau dia ternampak orang, dia akan beri isyarat dengan membunyikan bunyi kucing. Nasib baiklah kat kawasan sekolah dieorang tu ada beberapa kucing yang memang berkeliaran.

“Bora, lepas ni kau naik. Aku tolong jaga line,” beritahu Minyoung yang sedang memerhatikan Iseul yang sudah hampir sampai ke bumbung. Bora mengangguk.

♪♫♬SKrrtttttttttttt--- (bunyi koyak)

Eh, kejap… kejap! Korang mesti tertanyakan kenapa pulak budak 4 ekor ni tiba-tiba panjat dorm lelaki ni?? Dah buang tebiat ke?? Ha…. Al-kisahnya…

  Seminggu sebelum kejadian…..    

  Bilik mandi tingkat 4      

Iseul baru selesai mandi dan sedang melangkah keluar dari stall shower. Datang satu kelibat terus melanggar Iseul sehingga Iseul terjatuh bersama barang mandiannya. Berang, Iseul terus herdik ‘kelibat’ itu.

“Kau dah kenapa, minat senget?” jengil Iseul pada kelibat yang lebih tinggi darinya, Solbin.

“Opps, terlanggar kau ke? Sorrylah, kecik sangat… tak nampak,” Solbin memandang pada Iseul yang masih terduduk di lantai. Minyoung yang sedang sedang tunggu giliran untuk mandi segera membantu Iseul.

“Taulah rajin study, tapi takkan sebab study mata kau dah rabun? Ke dah buta?” Minyoung sengaja perli.

“Ish… tak baik la cakap pasal buta, tuli pekak ni. Tak elok mengata golongan OKU ni. Golongan sama jenis dengan korang kan??” Solbin balas sinis.

Elok Minyoung nak mengganyang minah senget itu, satu simbahan air singgah di atas kepala Solbin. Terjengil mata budak perempuan tinggi itu lalu toleh ke belakang?

“Celaka! Kau dah kenapa pengkid???” suara Solbin nyaring menusuk telinga.

“Opsss sorry, aku ingat Hantu Galah tadi… tu yang aku simbah dengan air jampi. Kau ada rasa terbakar tak, Solbin? Kalau ada, eloklah kau gi jumpa bomoh, buang saka dalam badan kau tu!” giliran Bora tersenyum sinis, masih lagi memegang baldi di tangannya.

“Korang semua ni memang tak takut nahas! Siaplah aku bagitau Sowon!” bentak Solbin sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

“Hek eleh, sikit-sikit bagitahu kakak angkat kau tu. Takde modal lain ke? Kiteorang tak takut la dengan dia!” Cemuh Minyoung.

“Tak takut? Apa korang ingat korang hebat sangat ke? Lebih berkuasa dari Blue Ribbon?”

 “Memang pun! At least kiteorang mengaku kiteorang budak jahat! Dari kau and geng-geng Blue Ribbon tu.. Setan tapi bertopengkan malaikat!” balas Iseul. Hatinya meruap-ruap panas bila si Solbin ni tak habis-habis nak cari gaduh dengan dia.

“Ceh, baru sekali terlepas buat jahat, korang dah rasa hebat? Excuse me, korang tak layak lah nak digelar budak paling jahat kat sekolah.”

“Memang lah sebab budak-budak paling jahat kat sekolah tu korang, geng Blue Ribbon!” tambah Bora.

“Whatevs. At least cikgu percaya kiteorang, kiteorang ada power over students here. Korang apa yang ada? Just minor reputation yang kononnya ponteng sekolah tapi dalam CCTV tak rakam. Ceh, very the small ‘jahat’” cebik Solbin sambil jarinya membuat isyarat kecil.

Iseul mengetap bibirnya, geram. Kecik besar, kecik besar dia tengok Solbin ni.

Solbin sambung dengan cemuhannya. “Tapi kalau korang rasa hebat sangat, aku cabar korang buat ‘ Challenge’!”

Bora mengerutkan dahinya. “Ha?? Apa tu?”

Pintu salah satu stall shower terbuka. “Tradisi seluar dalam tu ke?” tanya Nari yang keluar dari stall shower. Ketiga-tiga kawannya memandang tepat pada Nari.

“Ha’ah,” jawab Solbin dingin.

Mereka bertiga masih lagi memandang ke arah Nari. Nari kemudian mula memberi penerangan sambil mengelap rambutnya dengan tuala. “Dulu dekat dorm lelaki, dieorang ada satu tradisi. Senior-senior akan suruh freshie lelaki curik seluar dalam budak perempuan kat dalam dorm. Siapa yang berjaya bawak balik seluar dalam akan diiktirafkan sebagai budak lelaki sejati dan takkan dibuli oleh senior,”

Ternganga mulut Bora, Minyoung dan Iseul mendengar cerita dari Nari. “Ape kejadahnya tradisi macam tu???”

Solbin mengangkat bahunya. “Budak laki… tau jelah.”

Nari menyambung, “Tapi lama-kelamaan tradisi ni makin melampau sebab budak-budak laki ni ceroboh masuk dorm perempuan tak kira masa. Dieorang takut akan dibuli jadi dieorang bermati-matian nak seludup keluar seluar dalam jugak. Oleh sebab banyak aduan dibuat, sekolah dah mengharamkan tradisi ni. Amaran keras dibuat dan kalau sesiapa ditangkap menyambung semula boleh ditendang sekolah,”

Kepala Minyoung segera beralih mengadap Solbin. “Habis kau nak suruh kiteorang curik seluar dalam budak perempuan gak ke? Kalau camtu buat apa nak curik, nanti aku bagi seluar dalam Bora kat kau!”

“Brengsek kau Minyoung! Kenapa suar kecik aku pulak jadi mangsa!” Berapi Bora bila seluar dalamnya dijadikan tebusan.

Iseul dan Minyoung terburai gelakkan reaksi Bora. Bora menjeling pada kawannya sendiri. Solbin gelengkan kepala sebab 3 ekor budak bodoh ni.

“Tulah, masa belajar korang tido. Otak yang yang ada tu tak nak pakai. Takkan la aku nak suruh korang curik suar dalam perempuan. Mestilah korang kena kidnap seluar dalam lelaki!” Solbin masih menggelengkan kepalanya sebab tiba-tiba rasa menyesal pulak bercakap dengan 3 ekor budak lembab ni.

“Macam mana nak kidnap wey? Silap haribulan kita boleh kena tendang kalau kena tangkap!” tanya Iseul.

“Lah, tadi kata nak buktikan yang Geng Stinkies korang ni paling hebat kat 4S ni kan so aku bagilah cabaran untuk korang!”

Bora berjalan mengelilingi Solbin. “Kalau kiteorang berjaya, apa yang kau nak buat?”

Solbin memeluk tubuhnya. “Kalau korang berjaya buat, aku berikrar takkan ganggu korang sampai habis first year kita belajar. Dannn aku juga akan acknowledge yang geng busuk korang ni memang terbaiklah kat 4S ni, bukan geng cap ayam punya,”

“Serius?” Iseul telengkan kepalanya.

“Serius.” Suara Solbin tegas.

Iseul, Bora dan Minyoung berpandangan. Mata Bora bersinar-sinar bila dia memikirkan dia dapat menjelajah sambil buat kerja jahat. Iseul pula nampak tekad sebab dia nak diakui oleh Solbin bahawa Geng Stinkies berpuluh kali ganda lagi hebat dari Blue Ribbon. Mereka bertiga memandang Nari. kerana yang lain tahu Nari tak begitu berminat nak buat kerja setan ni. Nari hanya menghelakan nafasnya dan bersuara, “Kita berempat dah berjanji kan? Semua benda baik atau jahat kita akan redah bersama,”

Ketiga-tiga ekor itu senyum lebar bila Nari juga setuju dalam plan mencuri suar kecik ni.

“Anyway, one more thing. Oleh sebab korang ada kemungkinan besar untuk menipu so masa korang nak kidnap suar dalam tu, korang kena rakam yang korang memang ambik dekat bilik budak laki. Kalau takde video, challenge tak dikira.”

“Fine, don’t worry. Kiteorang akan bagi video 1080-pixel punya kualiti. Tak mainlah 3gp. Untuk kau tatap tiap hari,” jawab Bora.

“So, apa yang kiteorang kena buat adalah ceroboh masuk dorm laki, seludup masuk dalam salah satu bilik, curik seluar dalam dieorang sambil rakam dan kemudian bagi seluar dalam tu kat kau? Kau nak buat apa dengan spender

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️