oo2: Pro·logue

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

 Pro·logue   

“Shin Song Soo (High) School atau lebih dikenali sebagai 4S merupakan sekolah berasrama swasta yang telah dibuka pada tahun 1970 oleh tokoh usahawan terkenal di Korea, Encik Shin Song Soo. Beliau merupakan graduan universiti ternama, Universiti Sungkyunkwan dan pada usianya 25 tahun, dia sudah membuka perusahaan miliknya sendiri dan perniagaanya berkembang maju semenjak itu. Beliau membuka sekolah di tempat kelahirannya dengan harapan para pelajar di sekolah ini akan mendapat inspirasi supaya berjaya sepertinya. 4S terkenal dengan kecemerlangannya dalam bidang akademik, sukan dan kokurikulum. 4S juga…. -”

“Blah, blah blah…”, keluh Iseul sambil mencampakkan risalah di tangannya. Arghhhh!! Kenapa dia kena paksa masuk sekolah ni? Dah lah jauh, shopping kompleks pun takde dekat sekitar bandar letaknya sekolah 4S ni. Tengok kawasan sekolah dalam risalah tu penuh dengan hutan di sekeliling bangunan. Kat tempat jin bertendang mana sekolah ni dibina, cemuh Iseul. Lepas tu bukan ke sekolah ni untuk budak-budak pandai je ke? Macam mana budak lemb- erm, budak ‘bijak’ macam dia boleh masuk sekolah berprestij macam ni?

“Appa! Iseul tak maulah masuk sekolah asrama!!! Mana pernah seumur hidup Iseul berjauhan dengan appa dengan eomma. Appa dah tak sayang Iseul ke?” berkedip-kedip mata Iseul memandang ayahnya yang bermisai macam A.Galak tu. Appanya, Jung Sung Ho buat-buat tak nampak muka Iseul yang dah berubah macam muka kucing Puss in Boots tu. Takut-takut kalau dia berubah hati memandang muka anak perempuan kesayangannya itu.

“Iseul, masuk jelah sekolah ni. Bukan senang tau appa dapat masukkan Iseul. Kalau ikutkan result kamu tu, huh –“ sampuk eommanya sambil mengunyah buah epal yang baru dikupasnya. Eommanya itu bersetuju sangat bila suaminya buat keputusan memasukkan Iseul ke dalam sekolah asrama lagi-lagi sekolah terkenal macam 4S. Bukan senang oiii pelajar biasa kat Korea nak masuk sana.

“Eomma!” rengek Iseul. Dia mencebikkan mulutnya ke arah eommanya yang sibuk mengunyah buah epal. Ish, makcik ni, orang tengah merajuk dia sedap pulak makan buah epal sampai tak sedar jus buah itu mengalir tepi mulutnya. “Ala, kalau Iseul masuk asrama, sapa nak teman eomma tengok drama tiap-tiap malam? Pastu sapa nak tolong eomma kemas rumah, masak semua tu?” jawab Iseul, cuba mencari seribu alasan untuk menolak 'saranan' ibu bapanya.

“Huuuuuuuh!!” sindir eommanya. Panjang harakat ‘huh’ eommanya itu sambil menjeling pada Iseul. “Toksah nak membongaklah! Mana pernah kamu tolong buat kerja rumah! Asyik dok terperap dalaam bilik online jeeeee (macam korang yang tengah baca cerita ni jugak!). Kalau tak online, asyiiiikk bergaduh je macam budak jantan. Main bola bergaduh, main game online pun gaduh, masa kecik-kecik, main masak-masak pun bergaduh!,” jawab eommanya sambil tangan wanita tua itu mengupas buah epal lagi.

Panjang muncung mulut Iseul dengan ‘counterback’ eommanya itu. Tak dapat dia nak melawan lagi sebab apa yang ibunya itu cakap betul. Pasal bergaduh dia tak boleh nak cakap apa. Dia memang kaki gaduh. Dah memang dalam nalurinya pantang dicabar. Yelah, dia anak appanya. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Tapi kalau pasal dia tak tolong buat kerja rumah bukan sebab dia malas tapi eommanya tu strict sangat. Lipat kain macam ni tak betul, susun pinggan macam ni tak betul, maklumlah maknya tu anak tentera.

Sayup-sayup Iseul dengar suara orang terbatuk-batuk dari hujung rumah semakin menghampiri ruang tamu. Abang sulung Iseul, Jung Junho baru keluar dari biliknya untuk melihat adik bongsunya kena bebel dengan eomma dan appanya. Dia yang dalam tahun kedua pembelajaran di universiti sedang bercuti semester.  Datang abang sulungnya itu ke ruang tamu dalam keadaan tersenyum lebar. Dia duduk di sofa dan mengambil sekeping epal yang dikupas ibu mereka. Mereka dua beradik ni ibarat Tom and Jerry. Pantang jumpa mesti ada benda nak digaduhkan. Yelah, mereka hanya dua beradik je. Dengan siapa lagi dieorang nak 'beramah mesra' kan. Abangnya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️