o18: Mission Impossible #1.3

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

  SAMBUNGAN       

"Sunbae rasa korang kena bagitahu Iseul, suruh dieorang balik sekolah sekarang jugak." Mark tiba-tiba bersuara.

"Kenapa?" serentak dua orang budak perempuan itu bertanya.

"Sebab kiteorang nampak geng Blue Ribbon keluar masuk bilik guard dengan bilik cikgu disiplin. Besar kemungkinan dieorang check CCTV dan nampak kawan-kawan korang selinap keluar," Jaebum memandang tepat kepada mereka berdua.

"APA??"

 DI SEKOLAH    

 SEJAM SEBELUM WAKTU REHAT    

Seperti biasa, tugas Sowon dan Suho untuk memastikan ketenteraman sekolah walaupun cara mereka menangani masalah itu tak disenangi ramai, termasuk pihak guru dan kakitangan lain. Dan pada pagi ini, Sowon menerima info dari pelajar lain ada ternampak ada pelajar yang menyelinap keluar sekolah. Kini Sowon dan Suho dalam perjalanan ke bilik pengawal keselamatan untuk memeriksa video dari CCTV.

"Apa nak jadi dengan student sekolah kita ni. Dah berani fly waktu sekolah," Suho menggelengkan kepalanya.

"Selalunya budak-budak senior je yang berani fly ni," ujar Sowon, sekadar berbasi basa. Dia pun bukanlah suka sangat kena jalankan tugas sebagai pengawas. Cuma dia mengaku dia terhibur bila melihat pelajar lain didenda. Sebijik macam orang psycho.

Setelah mereka tiba di bilik guard, Suho meminta pak guard yang sedang bertugas untuk memainkan video-video CCTV dari pagi tadi hinggalah sekarang. Mereka 'fast forward' kan semua video tersebut untuk tidak membazir masa.

Ternyata aduan yang mereka terima benar apabila kelihatan dua sosok pelajar sedang berlari menuju ke padang. Namun mereka tak dapat memastikan sama ada pelajar-pelajar tersebut lelaki atau perempuan.

Sowon melepaskan nafas seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. "Seriously ada budak yang berani macam ni? Hurm, berani tapi bodoh! Dieorang tak tahu ke ada CCTV?"

"Tak, dieorang ni tahu. Pandai dieorang ni. Macam biasa buat. Sebab tu kita tak dapat detect dia dari video CCTV lain. Dieorang pandai elak dari kena rakam. Cuma dari angle ni je yang kita dapat tengok kelibat dieorang sebab pihak sekolah baru je install kamera dari angle ni," Pak Guard yang berdiri di belakang mereka tiba-tiba bersuara.

"Maknanya dieorang dah lama buat kerja ni lah?" Suho memandang pada Pak Guard di belakangnya.

"Mungkin," Pak Guard itu mengangkat bahunya.

"Hmmm, takpe. Sekarang ni kita dapatkan info pelajar-pelajar yang absent hari ni. Mungkin kita boleh dapat tahu siapa punya kerja ni," Suho memberi arahan. Sowon sekadar mengangguk. Hatinya tertanya siapa yang skillful sangat sampai Pak Guard pun puji dieorang.

Mereka kemudian pergi ke bilik cikgu disiplin, Cikgu Kim untuk membuat laporan yang mereka terima setakat ini. Suho juga meminta senarai nama para pelajar yang tidak datang sekolah pada hari ini. Punyalah besar kuasa geng Elit dengan Blue Ribbon ni, boleh je mintak informasi penting-penting macam tu daripada cikgu sekolah. Selepas mereka dapat senarai nama tersebut, mereka menuju ke bilik pengawas yang terletak bersebelahan bilik cikgu Kim.

Suho dan Sowon meneliti senarai nama itu dengan tekun. Namun mata Sowon terus terhenti apabila dia ternampak dua baris nama yang sangat dikenalinya. Nama-nama yang bisa buat darahnya mengegelegak tahap didih.

"Ni, ni mesti kerja malaun dua ekor ni!" jari telunjuk Sowon segera menunding ke arah nama Iseul dan Bora.

Suho mengangkat keningnya lalu memandang teman wanitanya. "Are you sure? Kalau you nak balas dendam, ini bukan timenya tau,"

"Ish!" Sowon mendengus marah. Dia sambung berhujah, "Cuba you fikir siapa lagi yang berani buat kerja gila macam tu? And you rasa logik ke tetiba dua orang yang duduk dorm sama boleh tetiba tak datang sebab sakit? Also, you ingat apa yang pak guard tu cakap tadi? Dia cakap ni kerja budak-budak yang pandai, yang dah biasa buat kerja jahat macam ni. Siapa lagi kalau bukan mangkuk dua ekor ni?"

Suho masih lagi memandang muka Sowon. Pengawas lelaki itu tak dapat menafikan hujah Sowon itu tepat. Melihatkan dari senarai nama yang mereka terima, takde pelajar lain yang boleh disyaki selain mereka berdua.

"Tapi cikgu kelas dieorang dapat surat pelepasan dari Nurse Lee yang sahkan dieorang tu betul-betul sakit,"

"You tak tahu ke yang Nurse Lee tu tak boleh harap?? Dia tu makan suap!" balas Sowon sambil meninggikan suara.

"Sowon, behave. Kamu tak boleh nak tuduh kakitangan sekolah kita macam tu," ujar Cikgu Kim yang baru sahaja memasuki bilik pengawas. Muka Sowon merah apabila ditegur namun dia tetap dengan pendiriannya.

"Fine, kalau macam tu, kita semua pergi tanya Nurse Lee betul ke dieorang berdua jatuh sakit," cadang Sowon.

Suho dan Cikgu Kim berpandangan. Mereka akur dengan cadangan Sowon kerana mereka sendiri tiada klu lain. Lagipun mereka terpaksa ikut untuk menyedapkan hati ketua pengawas perempuan itu. Kalau tak diikut, dia akan ungkit setahun lamanya.

Sowon tersenyum sinis bila Suho dan Cikgu Kim bersetuju untuk menyoal siasat Miss Park tentang ketidak hadiran setan dua ekor itu.

BACK TO PRESENT.

 DI SEKOLAH     

 WAKTU REHAT    

Minyoung dengan Nari tak senang duduk apabila mendapat berita dari sunbae mereka itu. Mereka berlegar-legar di perkarangan tingkat bawah sekolah. Masing-masing tak tahu mana mahu dituju. Perut yang tadi terasa lapar pun terus terasa kenyang. Dalam pada masa yang sama, Minyoung beberapa kali cuba mesej dan even call Iseul dengan Bora tapi takde jawapan.

"Ish, minah berdua ni. Kenapa tak angkat?? Handphone masuk air ke?? Keadaan tengah genting ni boleh pulak tak jawab call," mulut Minyoung pot-pet-pot-pet menyumpah kawan-kawannya.

Nari hanya memerhatikan Minyoung kerana telefon milik Nari masih lagi dirampas dan hanya dipulangkan selepas tamat sesi sekolah. Tiba-tiba matanya terbuntang bila melihat Sowon, Suho dan Cikgu Kim berjalan bersama dan menuju ke bilik kesihatan.

Nari menepuk-nepuk bahu Minyoung dengan laju dan kuat. Berkerut dahi Minyoung menahan kesakitan. Dah kenapa pulah minah sebelahnya ni. Dah lah Iseul dengan Bora buat hal, si Nari ni pun ikut sama ke.

"Kau dah kenapa??" jengil Minyoung.

Nari tak mampu bersuara, dia hanya mampu menunjuk ke arah Sowon dan rombongannya. Minyoung seraya menoleh ke arah Nari maksudnya. Terjatuh rahang Minyoung bila dia ternampak Ketua Setan Biru itu sedang memasuki bilik kesihatan.

"Dieorang mesti nak cari Nurse Lee!" jantung Nari makin berdegup laju.

Terbeliak mata Minyoung. "Oh man. We are dead,"

 DI BILIK KESIHATAN    

Nurse Lee sedang menyusun fail-fail ketika dia didatangi rombongan dari 'neraka' yang diketuai Sowon. Nurse Lee membuat muka melihat mereka bertiga berada di dalam bilik kesihatan ini.

"Ye Cikgu Kim, apa yang saya boleh bantu?" tanya Nurse Lee, tak bersungguh.

Tak sempat Cikgu Kim nak buka mulut, Sowon sudah mula bercakap.

"Kami datang ni nak tanya tentang pelajar bernama Jung Iseul dan Han Bora."

Nurse Lee memandang tajam ke arah Sowon. "Kenapa dengan diaorang?"

"Kami syak yang mereka berdua ponteng dan kini berada di luar sekolah. Kami nakkan kesahihan yang mereka berdua tu betul-betul jatuh sakit." ujar Sowon lagi.

"Saya kan dah bagi surat pelepasan tu. Maknanya betullah. Takkan saya nak tipu??" suara Nurse Lee mula meninggi.

Jururawat itu seboleh-boleh tidak mahu tunduk kepada geng Blue Ribbon. Lagipun sememangnya dia berdendam dengan musang betina ni. Sowon pernah ternampak dia merokok di kawasan sekolah dan terus mengadu pada pengetua. Malahan Sowon pernah membuat laporan yang Nurse Lee menerima upah dari pelajar untuk bagi surat pelepasan sakit supaya mereka boleh balik ke rumah ataupun ponteng kelas. Nasib baik Sowon tak cukup bukti jadi kes itu dilepaskan.

 Ya, memang Nurse Lee mengaku dia pun bukanlah baik sangat. Ya, dia merokok. Dan memang betul dia bagi surat pelepasan walaupun ada pelajar yang tak sakit. Tapi dia bukannya buat gilakan duit. Kebanyakkan pelajar sekolah ni stress jadi dieorang nak rehat. Kadang-kadang dia dibayar. Bila dibayar, dia ambil. Kalau tak dibayar pun takde masalah.

"Sabar Nurse Lee. Kami datang ni untuk dapatkan kepastian," Cikgu Kim mencelah cuba menenangkan keadaan.

"Fine, kalau tak percaya, pergilah check dieorang berdua." kata Nurse Lee walaupun di dalam hatinya menyumpah kenapa dia memberi cadangan sebegitu.

"Okay, kami akan buat pemeriksan dekat dorm mereka," ucap Suho. Dia sambung lagi namun suaranya lebih tegas. "Tapi kalau betul mereka berpura-pura sakit dan tiada dalam dorm mereka, kami terpaksa ambil tindakan pada Nurse Lee juga."

"Kenapa pulak saya yang kena?" bentak jururawat itu.

"Sebab ada banyak laporan yang kami terima tentang salah laku Nurse Lee. Jadi jika dieorang benar takde dalam bilik, maknanya betul dakwaan pengawas yang Nurse Lee ambil upah untuk menipu," ujar Cikgu Kim.

Nurse Lee menelan air liur. Dalam hatinya berdoa supaya Iseul dan Bora segera pulang ke sekolah.

Sementara itu, di kawasan sekolah.

Chanyeol, Baekhyun, Bam Bam dan Yugyeom sedang duduk di gazebo luar kawasan sekolah. Masing-masing hanya makan roti yang dibeli di kafeteria kerana malas nak berebut ambil makanan di kantin.

Mata Yugyeom terlihat geng-geng pengawas Blue Ribbon keluar dari bangunan sekolah dan kini seperti menuju ke dorm perempuan.

"Eh, korang perasan tak pengawas-pengawas kita macam tak senang duduk hari ni? Macam ada benda besar tengah berlaku," tanya Yugyeom.

"Oh, aku dengar ada budak ponteng sekolah and dieorang kena rakam kat CCTV. So pengawas tengah siasat sapa bebudak tu," ujar Bam Bam sambil menyedut air susu kotak.

"Ada juga ye budak yang berani mati fly waktu macam ni," Chanyeol mencelah.

"Bukan berani, tapi gila!" Baekhyun menyampuk.

Masing-masing mengangguk setuju.

"Tapi kan, kalau sebut pasal gila, aku ada kenal bebudak gila yang berani buat macam ni." jawab Yugyeom sebelum mulutnya terdiam sedang berfikir sesuatu. "Entah-entah betul tak dieorang yang fly?"

"Siapa?" tanya Chanyeol tak sabar.

"Geng Stinkies la! Dieorang je yang berani lawan geng pengawas kat sekolah kita ni."

"Eh, kau nak cakap yang kekasih hati aku yang sopan-santun dan lemah-lembut tu ponteng sekolah?" bangkang Bam Bam bila dirasakan gadis yang disukainya, Minyoung dituduh sebegitu rupaya.

Baekhyun membuat aksi loya bila Minyoung digambarkan sebagai perempuan lemah lembut dan sopan santun. Dia menggelengkan kepalanya, merasakan yang Bam Bam ni beyond help dah.

"Tapi hyung korang pun selalu je lawan geng Elit," Chanyeol tetiba mencelah.

"Memanglah tapi tengokkan keadaan ni mesti pelajar perempuan punya kerja. Sebab tu rombongan Cik Kiah Blue Ribbon tu tengah beraksi sekarang.

Chanyeol mengangguk faham dengan telahan Yugyeom itu. "Hmmm betul jugak kan. Lagipun si Iseul tu tak datang hari ni.  Tetiba je. Semalam tengok okay je,"

"Yelah, hari ni aku pun nampak Nari dengan Minyoung je. Iseul dengan budak tomboy tu takde pun," Bam Bam seperti tersedar.

Muka Yugyeom tampak sedikit risau. "Kalau betul dieorang, dieorang boleh kena gantung sekolah. The worst yang boleh berlaku, kena buang sekolah terus,"

Mereka berempat saling berpandangan. Walaupun mereka bukanlah geng baik sangat dengan Geng Stinkies tu tapi takdelah sampai harapkan mereka dibuang sekolah. Harap-harap mereka semua, tekaan mereka itu tersasar. Dan jika benar, harapnya hukuman yang bakal diterima dapat diringankan.

Dari jauh, Minyoung dan Nari mengikuti rombongan Geng Blue Ribbon ke dorm perempuan. Masing-masing cemas apa yang bakal berlaku.

"Apa kita nak buat ni?? Bila dieorang cek dieorang berdua tu takde dalam bilik, kita nak cakap apa?" tanya Minyoung gelisah.

Nari berfikir panjang sambil mengetap bibirnya. "Hmmm, kita cakap yang dieorang yang pergi kantin ke untuk makan. Sebab dieorang tak dapat turun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️