o13: Macam Air & Minyak!

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sowon bangun lebih awal dari biasa untuk memeriksa semua bilik air yang dicuci oleh 4 ekor mangkuk ayun tu. Terpaksalah dia menapak bilik air keempat-empat tingkat Athena Dorm pada pagi tu. Kesemua toilet kelihatan bersih jadi Sowon tak dapat nak cari mana kesalahan untuk mendenda mereka semula. Takpe, next time ada lagi. 

Dia pun turun semula ke tingkat 1 untuk mandi pagi. Beberapa pelajar yang juga rakan sepengawasnya juga sudah bangun dan menggunakan bilik air. Sowon mengambil bakul yang berisi barang mandiannya dari dalam loker. Dia langsung tak mengesyaki apa-apa benda pelik yang berlaku. Dia masuk ke dalam shower room dan mula mandi. Setelah beberapa minit, dia membuka botol shampoonya. Dia meletakkan sedikit cecair shampoo itu ditangannya. Cecair shampoo berwarna biru keluar dari botol itu. Warnanya agak lain sedikit, lebih pekat dari biasa, namun Sowon tidak perasan kerana sememangnya warna cecair shampoo yang digunakan berwarna biru. Dia kemudian menyapu cecair itu di atas kepalanya dan terus membasuh rambutnya dengan shampoo miliknya. Dia meramas-ramas rambutnya dan mengurut-urut kepalanya.

Setelah lebih kurang 3 minit berlalu, dia membilas rambutnya. Mata Sowon terpejam-pejam pedih dek terkena sisa shampoo. Sowon segera berdiri dibawah paip ‘shower’ untuk membilas rambutnya. Dalam matanya terbuka-terpejam, dia melihat ada cecair biru turun dari kakinya lalu menghala ke lubang saliran. Sowon terkejut beruk. Dia meraba-raba badannya, dan melihat di atas siling, takut-takut jika ada saliran paip atau saliran apa-apa yang bocor namun tiada. Dia kemudian melihat tangan kanannya. Ada setompok warna biru pekat masih melekat di atas tapak tangannya. Dia kemudian meraba-raba kepalanya dan melihat semula warna buih shampoo ditangannya yang sepatutnya bertukar menjadi warna putih tapi tetap kekal berwarna biru.

“AAARRRGGGGGHHHHHHHHHHHH!!!!!!”

………………………………….

Dengan hanya berkembankan tuala, Sowon berlari naik ke tingkat 4 untuk menggendang pintu bilik 12-4.

“Celaka!!! Celaka betul korang ni!!!!” Mulut Sowon tak habis-habis menyumpah 4 ekor mangkuk tu. Student-student perempuan yang baru bangun semua tercengang-cengang bila melihat ketua pengawas itu naik tangga dalam keadaaan marah. Tambah lagi warna rambutnya kini bertukar biru pekat, lebih membuat situasi yang mereka sedang lihat itu bertambah pelik.

Sampai saja di depan pintu 12-4, Sowon mengetuk pintu bilik itu dengan kuat sampai mengejutkan orang-orang di bilik sebelah. Sowon dah tak peduli lagi. Kelihatan Eunha dan Yerin baru tiba apabila nampak rakan sebiliknya keluar dari bilik air dengan tergesa-gesa dan terus menaiki tangga macam perempuan gila. Yerin menegur Sowon supaya bertenang dan bawa bersabar.

“Sabar kau cakap??? Kau tengok rambut aku ni!!!! Tengok rambut aku nie!!!!!”

“Ye.. ye.. aku tau. Tapi kau kena relaks! Ramai orang tengok nie,” bisik Yerin.

“I DON’T FREAKING CARE!”

Sowon menyambung mengetuk dan menendang pintu bilik di hadapannya. “Korang semua baik keluar sekarang atau aku pecahkan pintu bilik ni!! Sampai korang habis sekolah korang tidur dengan pintu pecah nanti!”

“Sowon!!! SABAR!” Jerit Yerin dan Eunha serentak.

Salah seorang penghuni bilik 11-4, bilik sebelah 12-4 keluar dengan takut-takut. Dia ingin memberitahu sesuatu tapi takut akan menimbulkan kemarahan ketua pengawasnya yang juga 'head girl' di dorm ini. Tambah lagi bila melihat muka Sowon yang kalah singa kelaparan, dengan rambutnya mengerbang berwarna biru, lagi mematahkan keberaniannya untuk bercakap dengan Sowon.

DONG! DONG! DONG!

Sowon menendang-nendang pintu bilik 12-4. Si ketua pengawas itu menjerit-jerit nama mereka berempat dan meminta mereka keluar. Sowon mengugut akan melaporkan hal itu kepada pengetua dan akan memberitahu ibu-bapa mereka. Kemudian Sowon memberitahu dia akan mengira sampai tiga, jika mereka masih tak mahu buka pintu, Sowon nekad memecahkan pintu ini.

“1…..2……Ti-“

“Nanti!” jerit budak sebelah yang takut-takut itu.

“Kenapa?” serentak Sowon, Eunha dan Yerin berpaling mengadap budak tahun 1 itu.

“Err, dieorang… dieorang…” budak tu tergagap-gagap.

“Dieorang kenapa? CAKAPLAH??” Sowon sudah tak mampu mengawal emosinya.

Budak perempuan itu tersentak ketakutan lalu terus cakap cepat-cepat. “Dieorang semua dah keluar dari bilik. Pagi tadi masa saya nak bangun mandi, dieorang semua dah bersiap turun keluar dari dorm,”

“HURRGGGHHHH! KENAPA TAK CAKAP AWAL-AWAL!” Sowon mengherdik pelajar tahun 1 itu.

“Sowon, SABAR!”

………………………………….

 

Iseul, Minyoung, Bora dan Nari tergelak terkekek-kekek sambil berlari menuju ke kawasan gym sekolah. Mereka berempat sempat menyorok di tingkat 1 untuk mendengar jeritan Sowon dan melihat perempuan itu keluar dari bilik air dengan rambut berwarna biru. Sebaik saja perempuan itu naik tangga untuk ke bilik mereka, 4 ekor ni pun cepat-cepat keluar dorm sambil menahan gelak.

“Pffffffttt!! Hahahaha!! Aku puas!! Aku puass!!!” jerit Iseul.

“Nasib baik ada beg secret weapon kau tu, Bora!!” Minyoung menepuk-nepuk belakang badan minah tomboy itu. Si Bora sedang ketawa berdekah-dekah, tak mampu nak membalas perbualan mereka. Nari pula memegang perutnya, mukanya berkerut kerana terlampau geli hati melihat reaksi Sowon dan juga mengah kerana mereka terpaksa berlari dengan laju dari dorm mereka. Mereka semua sudah sepakat untuk bangun lebih awal untuk melihat sendiri muka Sowon di saat-saat dia sedar dia telah di’prank’ dan kemudian akan bersembunyi di kawasan gym sekolah. Memandang hari ini adalah hari pertama secara rasminya sesi persekolahan start, mereka fikir tak ramai orang yang akan menggunakan kawasan itu.

"Berapa lama rambut pompuan tu akan jadi warna biru?" soal Minyoung sambil berlari.

"Lebih kurang 3 hari.. paling lama pun seminggu je," jawab Bora yang tak berhenti-henti ketawa dari tadi.

"Pftttt!! Padan muka!!!" Iseul gelak bersama sambil menepuk-nepuk belakang Bora.

Mereka semua terus menuju ke gym tanpa bersarapan dulu. Nasib baik Minyoung beli banyak makanan ringan semalam jadi mereka tak perlu ke kantin untuk makan. Kalau mereka pergi, alamatnya Sowon mesti dapat mencekup mereka kat situ. Setibanya mereka di kawasan gym, kelihatan bangunan gym itu sudah berpenghuni. Lampu di dalam gym itu terbuka dan kedengaran bunyi datang dari dalam. Mereka semua berhenti di hadapan pintu utama,  tercungap-cungap dari ‘exercise’ pagi  mereka.

“Camne, nak masuk ke?” Bora mengelap peluh di dahi.

“Masuk jelah! Mana ada lagi kawasan nak menyorok.” Anjur Minyoung yang sudah siap sedia untuk mengeluarkan bekalan makanan mereka. Perutnya dah berbunyi-bunyi minta diisi dari tadi.

“Entah-entah Mark sunbae and the gang kot yang tengah guna gym ni?” Nari tiba-tiba memandang Iseul.

“UuuUUUUUuuu,” Mereka bertiga menyiku badan Iseul. Iseul pula hanya diam tersipu malu. Mukanya merah, tak tahulah sebab malu ataupun kepenatan sebab terpaksa berlari pecut tadi.

Minyoung segera membuka pintu utama gym itu bila memikirkan mereka akan berjumpa dengan Mark sunbae and the gang. Bila pintu itu dibuka, tersergamlah indoor basketball court yang berada di ground floor gym sekolah itu. Di sekelilingnya ada kerusi berwarna biru terletak di kiri dan kanan court basketball. Kedengaran bunyi ‘bam’ bola bergema di dalam gym itu dan kelihatan seorang pelajar sedang cuba melontar masuk bola ke dalam jaring bola keranjang. Budak lelaki itu tidak sedar mereka masuk kerana dia sedang memakai earphone yang disambung pada handphonenya.

Minyoung menarik tangan Iseul supaya kawannya berdiri di depan. “Selamat pagi, Mark sun-,” kata-kata Minyoung terhenti bila dia menyedari pelajar lelaki itu bukanlah Mark. Wajah Iseul jelas kecewa dan mereka berdua yang lain hanya mampu tercengang bila menyangkakan pelajar itu adalah sunbae mereka namun bukan.

Pelajar lelaki itu pula menoleh ke belakang untuk mengambil botol air dan terkejut bila melihat ada 4 orang pelajar perempuan tercongok di dalam gym itu. Dia mengurut dadanya akibat terperanjat. Dia segera menanggalkan earphonenya. Dia amati budak-budak perempuan itu. Oh! Ni geng yang suka cari gaduh tu! 2 orang darinya adalah budak sekelasnya.

“Apa korang buat kat sini?” tanya Chanyeol terkejut.

“Apa kau buat kat sini?” tanya Minyoung balik, jelas bengang dan kecewa bila dia bukan Mark. Iseul pula memandang Chanyeol dengan penuh tiada perasaan, macam tengah tengok angin.

“Aku tengah practice lah! Korang pun dah start practice jugak ke?” Chanyeol melihat mereka dari atas dan bawah. Kalau datang nak practice sukan, takkan dah siap-siap pakai uniform sekolah. Aik, takkan dieorang nie datang tengok dia berlatih?? Mereka berempat ni peminat-peminat dia ke sebenarnya? Haishhh, penatnya jadi budak popular ni, ujar hati Chanyeol.

Oleh sebab tiada respon dari mereka berempat, Chanyeol bertanya lagi, “Korang datang ni semata-mata nak tengok aku ke?”

“Eh, kenapa pulak nak tengok kau??” Iseul tiba-tiba bersuara. Eh mamat ni, perasan pulak! Orang ye-ye happy ingatkan dapat jumpa kekasih hati, tiba-tiba mamat poyo mana pulak yang muncul!

“Entahnya! Hebat sangat ke kau main basketball sampai nak kena tengok kau practice?” tambah Minyoung. Dia memandang Chanyeol dari atas ke bawah. Dia akhirnya sedar yang Chanyeol ni classmatenya sebab dia teringat pen yang dia baling jatuh atas kepala budak tinggi ni.

Chanyeol tersentak dengan reaksi yang diberikan mereka berempat. Mereka semua memandangnya dengan pandangan yang tajam dan langsung tiada perasaan. Bukan peminatnya agaknya. Chanyeol lega namun agak malu sebab bertanyakan soalan tadi. Tulah, sapa suruh cepat perasan sangat!

“Dahlah, jom makan! Aku lapar!” Bora segera mengambil beg berisi makanan ringan dari Minyoung dan mencari tempat duduk yang terpencil untuk mereka makan. Mereka akhirnya duduk di sudut hujung kiri court bola keranjang yang berada di dalam gym sekolah. Tempat yang mereka pilih dekat dengan pintu belakang, senang untuk mereka lari kalau-kalau Sowon berjaya mencari mereka.

Aik, makan pulak? Apa dieorang ingat ni tempat piknik ke? Namun Chanyeol pilih untuk mendiamkan diri dari menegur mereka. Silap-silap dia yang kena ‘basuh’ nanti. Chanyeol meneruskan latihannya yang terhenti tadi.

Mereka berempat pulak mula mengunyah roti dan kudapan yang dibeli Minyoung semalam. Nasib baiklah budak hapkido ni suka beli jajan. Kalau tak, kelaparan lah mereka pagi ni. Sambil mereka makan, sambil mereka berborak dan sesekali melihat Chanyeol practice.

“Kau dah decide ke ko nak masuk sukan apa?” Bora tiba-tiba bertanyakan kepada Iseul.

Iseul yang baru nak menyuap roti ke mulutnya terhenti terus. Perutnya terus kecut memikirkan dilema dialaminya dari semalam. Pada mulanya dia sudah buat keputusan untuk cuba sukan baru tapi dia risau jika sudah terlambat untuk dia belajar.

“Entahlahh.. aku tak dapat nak decide lagi. Macam nak try sukan lain tapi aku tak sure aku bleh ke tak. Macam mana kalau aku try sports baru, pastu aku fail? Mesti aku kena tendang dari 4S ni terus!”

“Hmm.. Kau nak try sukan apa?” tanya Nari.

“Dia mesti nak masuk sukan yang sama dengan Mark sunbae tu,” Minyoung mengusik Iseul. Iseul menjeling kawannya itu.

“Mana ada! Aku ni tengah serius pikir pasal ni! Tak ada masa nak pikir pasal benda lain!” jawab Iseul walaupun sebenarnya ada kebenarannya dakwaan Minyoung itu. Terlintas juga di fikirannya untuk masuk sukan yang sama dengan Mark namun itu hanyalah sekadar lintasan hatinya. Perkara ini bukan boleh dibuat main. Ini soal hidup matinya di 4S!

“Bagi pendapat aku, baik kau stick to football. Sebabnya, kau dah mahir dan kau tak payah nak start from basic. Lagipun kau dapat masuk sini atas sebab bola sepak kan? Kalau tiba-tiba tukar sports lain, mesti pihak sekolah pun pelik.” Cadang Bora.

“Aku terpikir jugak tu… tapi aku dah tak bersemangat nak main bola macam dulu-dulu,” Iseul mengeluh. ‘Passion’nya terhadap bola sepak sudah semakin pudar lagi-lagi bila di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️