o15: Trouble Is A Friend

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Sebulan lebih sudah berlalu di 4S. Semua freshie nampaknya sudah semakin menyesuaikan diri di sekolah ini. Iseul pun sudah membuat keputusan memilih bola sepak sebagai sukan pilihannya. Ini semua sebab Mark sunbae yang kagum apabila mendengar Iseul pernah menjadi kapten bola sepak di sekolah rendah dulu. Mark adalah peminat pasukan bola sepak jadi dia menyarankan Iseul meneruskan usaha dalam sukan itu. Iseul pun mengikut sahaja cadangan sunbae kesayangannya itu. Dia pun sebenarnya memang  dah merancang benda yang  sama cuma bila ditambah dengan sokongan Mark sunbae, lagi berbunga-bunga hatinya untuk meneruskan perjuangannya di dalam pasukan bola sepak wanita. Ketika latihan, senior-senior kagum dengan skil Iseul. Ternyata walaupun dah beberapa tahun tak berlatih, kemahiran Iseul masih lagi tajam. Ketua pasukan mereka, Amber Liu sering memuji Iseul yang baginya mempunyai bakat semula jadi.

Geng Stinkies juga menjadi rapat dengan Mark sunbae and the gang. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai GOT7. Kadang-kadang mereka akan melepak bersama selepas waktu sekolah dan makan bersama di kantin. BamBam masih lagi tak putus asa cuba memikat Minyoung. Pelbagai ‘pick-up lines’ dilontarkan kepada gadis itu namun Minyoung masih lagi keras hati. Entah kenapa tidak dilayannya budak Thai itu sedangkan BamBam bukanlah budak lelaki yang selekeh dan jauh lebih baik nak dibandingkan dengan pelajar lelaki lain. Malah Geng GOT7 menjadi perbualan ramai terutama freshie-freshie yang nampaknya suka dengan imej ‘bad boy’ mereka. Iseul dan Bora selalu mengusik Minyoung dan tertanya kenapa kawan mereka itu tidak memberi respon kepada BamBam. Barangkali ada orang lain yang bertakhta di hati Minyoung namun dirahsiakan daripada mereka berdua. Yugyeom pula mengggunakan taktik yang lebih sopan dan tidak seagresif BamBam. Jika geng The Stinkies dan GOT7 berjumpa, Yugyeom tidak melontarkan kata-kata cinta pada Nari secara terang-terangan seperti yang dibuat oleh BamBam. Mereka berdua akan berbual seperti biasa saja. Yugyeom tahu gadis seperti Nari semestinya pemalu. Jika dia bertindak seperti budak Thai itu, Nari tentu akan cuba menjauhinya. Jadi Yugyeom mengambil langkah untuk berkawan dengan Nari dahulu. Baginya itu cara yang paling baik.

Sebulan lebih sudah berlalu dan Iseul nampaknya masih bertahan di 4S. Dia yang pada awalnya membenci sekolah ini sudah mula gembira masuk di 4S kerana dapat bertemu dengan kawan-kawan sekepala dengannya. Namun ada satu pandangan Iseul pada 4S tetap tak berubah. Padanya, sekolah 4S adalah tempat menghasilkan ‘budak-budak setan’ seperti Blue Ribbon gang dan The Elit. Tak kurang juga senior-senior yang terang-terangan membuli junior namun oleh sebab status si pembuli, si mangsa tidak boleh berkata apa. Yang berkuasa boleh buat apa saja, yang lemah hanya mampu terdiam. Sememangnya sekolah ini seperti neraka dan sebab itulah semua penghuni di dalamnya Iseul mengelar mereka setan. Dan gelaran itu termasuklah dirinya berserta gengnya sekali. Sudah berapa ramai menggelarkan  mereka dengan pelbagai nama seperti ‘budak setan’, ‘budak tak makan saman’, ‘troublemaker’, ‘gengster’ dan pelbagai lagi kata-kata kecaman. Namung langsung sikit pun tak mengguris hati mereka. Dah alang-alang jadi budak setan kan? Mestilah kena jadi the best setan in school!

Geng Stinkies dan Blue Ribbon sering berbalah dan tentunya mereka akan didenda selepas itu, tetap tak mematahkan semangat mereka berempat untuk buktikan geng Stinkies adalah lebih baik dari geng plastic Blue Ribbon. The Stinkies berazam untuk tidak tunduk sekali pun pada kuasa yang disalah gunakan oleh para pelajar berketurunan elit ini. Biar orang nak cakap apa pun pasal mereka asalkan mereka tidak mengikut telunjuk Blue Ribbon. Kebelakangan ini, terdapat ura-ura mengatakan Solbin akan dilantik menjadi pengawas menjadikan dia antara pengawas yang termuda kerana selalunya pengawas terdiri dari pelajar tahun dua dan ketiga. Entah berapa banyak yang perempuan narsisitik perasan cantik tu melobi sunbae-sunbaenya dan cikgu cikgu sekolah ni. Pastinya Kim Sowon juga terlibat dalam hal melobi ini kerana dia amat sayang pada hoobaenya itu.

Si Minyoung pula gembira mendapat kawan-kawan seperti Iseul, Bora, Nari. Mereka menjadi rapat malah mungkin rapat dari kawan-kawannya di sekolah lama dulu. Di dalam sukan, semestinya Minyoung memang handal di dalam hapkido. Baru sebulan saja, dia dah menunjukkan peningkatan yang bagus. Semua ‘sparring partner’nya di dalam pasukan wanita dapat dikalahkan. Dia menjadi nombor satu di dalam pasukannya. Ya, memang Minyoung hanya mampu mendapat nombor dua di pertandingan hapkido peringkat ‘middle school’ tahun lalu tapi itu sebab dia tercedera ketika berlatih. Waktu itu jurulatihnya mahu dia mengundur diri namun Minyoung pantang mengalah. Dia tetap mahu meneruskan masuk dalam pertandingan. Berkat kegigihannya, dia berjaya menjadi naib johan walaupun dalam keadaannya yang tercedera. Kini kecederaan Minyoung sudah sembuh sepenuhnya dan dia amat bersemangat untuk mendapatkan title Champion dalam pertandingan hapkido antara sekolah tinggi di negeri itu dan seterusnya akan mewakili negerinya untuk bertanding di peringkat negara.

Akibat kehebatan Minyoung, tiada lagi sparring partner perempuan yang sesuai berlatih dengannya sehinggakan jurulatihnya terpaksa menyuruh pelajar lelaki menjadi teman berlatih Minyoung. Yang selalu menjadi mangsa adalah musuh nombor satu Minyoung, Byun Baekhyun. Jurulatih mereka, Encik Jung Yunho sering memilih Baekhyun kerana dia beranggapan Minyoung dan Baekhyun adalah kawan baik kerana mereka berlatih di tempat yang sama dulu. Ternyata tekaannya meleset apabila setiap kali mereka berdua berlatih, masing-masing tak mengaku kalah dan akhirnya masing-masing pun kena belasah dengan teruk. Pening Jurulatih Jung nak membuatkan Minyoung dan Baekhyun berbaik. Asal bersemuka, ada jeee benda yang nak digaduhkan. Oggy and Cockroaches pun tak macam diaorang ni!

Namun dalam pada masa yang sama, budak lelaki bernama Baekhyun tu juga semakin mendapat tumpuan gadis-gadis di 4S. Wajahnya yang comel namun handal di dalam hapkido membuatkan dia nampak lebih ‘cool’. Nak-nak lagi dia selalu melepak dengan Park Chanyeol, student lelaki yang sudah popular dari hari pertama persekolahan. Senior-senior perempuan amat meminati Baekhyun dan selalu berjumpa dan berbual dengannya. Kemudian mereka akan meminta Baekhyun menjadi adik angkat dieorang. Baekhyun setuju saja kerana dia pun suka dengan perhatian yang mula diberikan pada dirinya.

Setiap kali ada ramai pelajar perempuan datang melihat mereka berlatih, Minyoung akan menjeling. Dia rimas dan menyampah sebab suara-suara mereka akan menganggu dia berlatih. Kadang-kadang sengaja Minyoung berlatih sambil menjerit dengan kuat untuk menakut-nakutkan mereka. Dia berharap jeritannya itu dapat menghalau mereka semuanya. Namun hatinya geram bila budak-budak perempuan ni langsung tak berganjak. Hatinya bertambah sakit apabila melihat Byun Baekhyun dikerumuni oleh pelajar-pelajar perempuan baik freshie mahupun senior.  Oleh sebab tak dapat nak lepaskan pada budak-budak perempuan tu, Baekhyun menjadi mangsa bila menjadi sparring partnernya. Minyoung memukul, menendang dan membanting badan musuhnya itu dengan bersungguh-sungguh sehinggakan perlawanan kadangkala terpaksa dihentikan oleh Jurulatih Jung apabila bertukar menjadi ganas. Baekhyun juga semakin sakit hati dan menyampah dengan Minyoung yang langsung sikit pun tidak ada ciri-ciri keperempuanan. Bagi Baekhyun, budak perempuan bernama Kim Minyoung itu sepatutnya dilahirkan menjadi lelaki. Tak, tak.. jadi budak laki pun tak layak. Patutnya dia jadi dinasour saja! Entah kenapa Tuhan menjadikan Kim Minyoung sebagai seorang perempuan dan mengapa si T-Rex itu boleh dikurniakan wajah yang comel sedangkan perangainya 360 darjah berlainan dari rupanya. Walaupun dia amat membenci Minyoung namun dia tidak dapat nafikan si dinasour itu memiliki rupa paras yang comel.

Park Chanyeol pula sentiasa menjadi tarikan seperti biasa. Kehebatannya diakui ramai dan apabila semakin meningkat dewasa ni, tahap ke’cool’-annya pun semakin menaik jugak. Membuatkan mata-mata student perempuan kat 4S lebih bersinar bila melihat Chanyeol berlatih. Pukul 6 je, habis student biasa beriadah, indoor court basketball mesti dipenuhi oleh pelajar-pelajar perempuan yang mahu melihat  Chanyeol bermain. Baik freshie mahupun senior. Semua pun dah jatuh hati dengan kekacakkan Chanyeol (kacak ke? XD).

Tapi Chanyeol sikit pun tak suka dengan sambutan luar biasa ni. Dia semakin rimas bila setiap kali dia berjalan di 4S, ada je mata yang memandang dia. Tak kurang juga ‘confession’ yang dia terima dari student-student perempuan di 4S ni. Chanyeol tolak semuanya dengan memberi alasan mahu menumpukan masanya terhadap bola keranjang dan dia tiada masa untuk bercinta. Bila terlalu banyak pengakuan cinta yang di’reject’, timbul pula khabar angin Chanyeol adalah gay. Lagi-lagi sebab Chanyeol nampak r

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️