o12: Malam Yang Panjang

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

  SAMBUNGAN     

Di kantin.

Suasana di kantin agak lengang kerana hanya ada pelajar-pelajar tahun satu saja yang memenuhi ruang. Bora, Iseul dan juga Minyoung siap beli lagi makanan yang dijual di cafeteria sebelah kantin sebab tak cukup kenyang makan makanan disediakan sekolah. Itulah, siapa suruh tak bangun breakfast!

Sambil mereka mengunyah makanan masing-masing, mereka bercerita tentang hal-hal yang berlaku di kelas masing-masing. Bora dan Nari memberitahu tak ada apa yang menarik berlaku. Cuma kebencian mereka terhadap Solbin mula bertambah bila minah narsistik tu nampak sangat berpura-pura menjadi budak baik. Bora menambah yang cikgu kelas mereka, Cikgu Kim nampaknya suka dengan Solbin dan dah boleh nampak dia mula pilih kasih.

Minyoung kemudian berkongsi tentang bibit-bibit cinta antara Iseul dan Mark sunbae. Terbeliak mata Iseul bila Minyoung menceritakan segala-galanya dengan detail sekali. Tangannya terus mencekik Minyoung yang duduk disebelahnya.

“Tadi aku tak sempat nak buat ni. Sekarang ni masanya!! Eeeeee… kau ni memang budak gila lah!!” Iseul mencengkam leher Minyoung dengan kuat. Ikutkan hati mau aje dia cekik betul-betul tapi Iseul masih belum bersedia nak masuk penjara. Lepastu kesian pulak roh Minyoung yang akan jadi ‘hantu’ berkeliaran kalau dia mati kat sekolah ni.

Bora dan Nari tergelak-gelak melihat gelagat dua rakan mereka. Bora pun kagum dengan kebijaksaan dan keberanian Minyoung.

“Kau memang pandai la beb! Patutnya kau masuk kelas A sekali dengan kiteorang,” Bora memuji tindakan Minyoung yang dirasakan bernas.

“Kau perli aku ke apa?” jawab Minyoung sambil menjeling ke arah Bora.

“Mana ada! Aku serius kagum!”

Minyoung tersenyum lalu menyapu-nyapu habuk di bahunya, “Tengok oranglah! Ni Kim Minyoung, okay?” ujar Minyoung dengan berlagaknya.

Mereka bertiga tergelak kecuali Iseul yang jelas masih tak puas hati dengan Minyoung. Eleh, luar je geram, dalam hati sebenarnya Iseul berterima kasih sangat-sangat dekat Minyoung ni. Bukan senang nak dapat peluang dipeluk jejaka idaman hati! Tapi Iseul tak boleh tunjuk yang dia happy, kalau tak mesti minah sewel ni buat lagi macam-macam kerja gila!

Bora, Nari dan Minyoung terus menerus mengusik Iseul. Macam-macam yang mereka sakat sampai merah muka Iseul menahan malu. Kalau eomma dan appa Iseul tengok, mesti mereka rasa macam tak percaya sebab Iseul yang kaki gaduh ni akhirnya boleh jatuh cinta siap tersipu-sipu malu lagi.

Bora menyakat Iseul lagi. Sambil tangannya bergerak-gerak macam tengah berlakon teater, dia mengarang novel dari mulutnya, “Mesti masa kau peluk Mark sunbae tu dalam hati kau cakap, ‘Oh Sunbae, jangan lepaskan tanganmu. Peluklah daku lagi, Mark sunbae.”

“Hurm? Kamu semua tengah cakap pasal saya ke?”

Tersembur air yang Iseul tengah minum bila orang yang dimaksudkan itu tiba-tiba berada di meja mereka. Nari pulak terus menjerit, terkejut melihat Mark macam ternampak jembalang tengah buang air. Bora pula mulutnya ternganga sambil matanya tak berkedip-kedip memandang Mark yang sedang berdiri di meja mereka. Entah bila pulak sunbae mereka ni tercongok dekat situ. ‘Ahhh sudah! Jangan pula dia dengar dialog-dialog bodoh yang keluar dari mulut minah tomboy itu. Ehh… jilake betul dieorang 3 ekor nie!’ Bisik hati Iseul.

Mark tergelak lalu menyengetkan kepalanya, “Kenapa semuanya macam nampak hantu?”

“Hahaha. Sebab memang kiteorang tengah cerita hantu pun. Tu yang terkejut bila sunbae tiba-tiba berdiri dekat meja kiteorang,” Minyoung cuba meng’cover’ kegelabahan mereka berempat. Mark menjawab ‘ooo’ dan sekadar mengangguk.

“Sorrylah sebab buat kamu semua terkejut. Saya datang ni nak mintak maaf,” ujar Mark.

“Minta maaf?? Sebab apa?” Berkerut dahi Iseul kerana dia tak tahu apa sebab Mark perlu minta maaf pada mereka semua.

“Tadi masa kat kelas kamu… suasana kan agak tegang. Mesti korang berdua terkejut. Maaf sangat sebab 1st day korang kat kelas dah terganggu pasal masalah antara kiteorang,” kata Mark.

Ya Ampun!! Kenapa terlampau gentleman sangat dia nie???? Dalam hati Iseul, dia sedang meronta-ronta untuk peluk Mark dan cakap ‘don’t worry, my Prince. Saya okay je’. Tapi nasib baik fikirannya masih waras jadi dia hanya mampu tersenyum dan membalas semula permohonan maaf Mark itu.

“Ish. Tak ada apa-apa lah. Kami dah biasa dah gaduh-gaduh ni!” balas Iseul.

Minyoung menepuk dahinya lantas dia mencubit tangan Iseul. “Kau jangan lah bocor rahsia yang kau tu kaki gaduh!” Minyoung bisik pada Iseul dengan perlahan. Geram jeee dia dengan Iseul ni. Betul la orang cakap, bila kita jatuh cinta ni otak kita jadi lembap!

Mark hanya tergelak melihat gelagat hoobae-hoobaenya. Entah apalah yang dieorang cakap sesama sendiri sambil berbisik-bisik tu. Muka masing-masing pun macam tengah kena soal siasat dengan polis.

“Oh ye, Lupa pulak. Saya datang ni jugak untuk pulangkan pen ni dekat Iseul semula. Saya terbawak sekali tadi. Tengah geram masa tu jadi terlupa langsung yang kat tangan saya ada pen kamu,” Mark menghulurkan pen bercorak kucing itu kepada Iseul.

“Eh takpe. Saya banyak lagi pen lain! Tak pulang pun takpe. Buat susah sunbae je!” Iseul lantas berdiri, rasa bersalah sebab Mark gagah mencari dia di kantin semata-mata untuk pulangkan pen miliknya itu.

Mark tersenyum, dia menghulurkan pen itu kepada Iseul lagi sekali namun Iseul menolak dan asyik memberitahu sunbaenya boleh simpan pen itu. Akhirnya Mark memegang tangan kanan Iseul dan dia meletakkan pen biru itu atas tapak tangan Iseul.

“Awak simpan dulu pen ni. Nanti kalau saya nak guna, saya bagitahu awak,” Mark berseloroh sebelum meminta diri untuk beredar. Selepas mereka betul-betul pasti yang Mark tiada berdekatan, Minyoung, Bora dan Nari menepuk-nepuk badan Iseul sambil mengucapkan ‘tahniah’ dan ‘kau bertuah!’. Iseul pula kaku, jantungnya sudah luruh untuk sekalian kalinya pada hari ini…

Dari jauh, ada mata-mata yang memerhatikan gelagat mereka berempat. Terdengar dengusan tidak puas hati datang dari tuan empunya mata-mata itu…

 

.............................................

 

Di 4S, tepat saja pukul 11. 30 malam, semua pelajar tidak dibenarkan keluar dari dorm langsung. Mana pelajar yang mengulang kaji di library atau pelajar yang sedang berlatih di gym dan padang haruslah pulang ke dorm dengan segera sebelum 11.30 malam. Lampu di dalam bilik pula mesti dipadamkan pada pukul 12.30 tengah malam dan pelajar dikehendaki masuk tidur. Ini memastikan para pelajarnya cukup rehat untuk aktiviti esok. Jika ada pelajar yang mahu ulangkaji, mereka boleh menggunakan bilik study yang terletak di setiap tingkat namun had hanya sampai pukul 2 pagi. Pada musim peperiksaan, waktu curfew dipanjangkan di mana lampu di bilik boleh di tutup pada 1 pagi dan bilik study dibuka sampai pukul 3 pagi. Dan juga jika musim pertandingan sukan, curfew dilonggarkan kepada budak-budak yang sedang berlatih di mana mereka boleh pulang ke dorm sebelum pukul 1 malam.

Di dorm lelaki, bilik 2-4

Sudah pukul 11 malam tapi penghuni bilik 2-4 masih tidak tidur. Yugyeom sedang menceritakan kisah pagi tadi kepada BamBam dan Baekhyun. Masing-masing pun mula mengutuk geng-geng pengawas yang dengan jelas salah guna kuasa mereka.

“Gila kerek dieorang ni! Tak sangka pulak perangai dieorang macam tu!” ujar Baekhyun yang turut sama tak puas hati bila mendengar cerita Yugyeom.

“Eeee… berapi je telinga aku dengar! Kenapa la aku takde kat sana tadi!” BamBam mengepal-ngepal penumbuknya.

Yugyeom dan BamBam amat menghormati hyung-hyung mereka dan mereka bertujuh ni semua dah anggap ahli team mereka macam adik beradik sendiri. Abang-abang dalam team mereka ni amat protective dan sangat ambil berat dekat 2 orang maknae mereka. Walaupun mereka selalu jugak buli-buli Yugyeom dan BamBam tapi hanya dieorang je yang boleh sentuh ahli team mereka. Sapa kacau sorang ahli pun, yang lain mesti akan tolong. Semangat setiakawan sangat kuat antara mereka bertujuh ni.

“Kau boleh buat apa pun kalau ada. Nanti lagi besar kesnya. Macam tu pun dieorang dah kena denda. Kalau gaduh betul-betul mesti lagi teruk kita kena!” balas Yugyeom.

“Kat kelas korang tak apa-apa yang menarik ke berlaku?” tanya Chanyeol sambil bermain telefon bimbitnya.

Baekhyun menggaru dagunya. “Takda pulak… Cuma geng-geng pengawas tu ada la jugak masuk kelas pastu jumpa budak dalam kelas tu. Nama dia Kim Jongdae. Sepupu sepapat dengan Kim Suho tu agaknya! Lagi sorang budak nama Do Kyung Soo,”

“Dieorang masuk kelas tahun satu boleh pulak! Orang lain tak boleh!” dengus Yugyeom. Memang sah Kim Suho and the gang sengaja cari pasal dengan dieorang pagi tadi!

BamBam menambah, “Aku dengar Kim Suho tu ada adik lelaki dalam kelas A. Apa nama dia ek….Kim Jungmin? … Jangmin? hmm…. Ha, Kim Jongin kalau tak silap,”

“Ooo… agaknya dia dapat masuk kelas A sebab abangnya dia ketua pengawas la tu,” kata Yugyeom.

“Ala, tak pakai kuasa pengawas pun dieorang kan boleh pakai kuasa duit maa... Mana yang keturunan alumni lama sekolah ni semua kan diberi layanan yang baik. Dahlah kaya pulak tu, pihak sekolah mesti tak nak buat musuh dengan dieorang ni.” Baekhyun bercakap di atas kerusi meja studynya. Dia sedang mengemas buku-buku di dalam beg untuk dibawa esok.

Setelah bosan bermain telefonnya, Chanyeol kemudian bangun untuk mengecas telefonnya di meja study. Selepas itu dia berbaring di katilnya semula. Dia tiba-tiba berkata, “Untungnya jadi budak kaya,”

“Huh, Kalau kaya atas duit mak bapak buat pe!” Yugyeom mencebik.

“Well, at least dieorang mesti tak jadi kedek, macam kau!” BamBam menyindir Yugyeom sambil menahan ketawa.

Yugyeom menjeling Bambam lalu membaling bantal peluknya yang sebenarnya milik BamBam namun dirembat Yugyeom semalam.

“Haaa… terima kasihla pulangkan balik. Ahh! Ahh! Tak boleh mintak balik! Buruk siku!”

BamBam dan Yugyeom sambung bergurau antara satu sama lain sehingga semuanya ketawa berdekah-dekah. Warden yang lalu berdekatan membuka pintu bilik mereka dan beri amaran jangan buat bising. Mereka minta maaf dan warden itu warning jika mereka buat lagi, mereka akan didenda.  Tak lama kemudian jam pun sudah pukul 12 malam dan mereka wajib padamkan lampu dalam bilik. Mereka berempat pun padam lampu dan berbaring atas katil masing-masing sambil sambung berborak lagi sehinggalah semuanya terlelap.

 

.........................................

Di dorm perempuan, bilik 12-4

4 ekor penghuni bilik ini masih lagi tak tidur-tidur walaupun jam sudah hampir menunjukkan pukul 12.30 malam. Macam-macam benda yang dieorang borakkan dan dah tentu-tentulah pasal kejadian antara Iseul dan Mark. Mereka tak habis-habis mengusik Iseul yang sedang dilamun cinta itu.

“Huntunggglaaa orang tu.. Baru 1st day kat sini dah jumpa Prince Charming dia,” perli Bora yang sedang bermain PSP miliknya yang sempat disorokkan dari pengawas semalam.

Nari pulak tersengih-sengih seorang diri sambil menulis sesuatu di laptopnya. Minyoung yang berada di sebelah katilnya hairan kenapa kawannya tu gelak macam ahli sihir.

“Kau buat pe tu Nari sambil tersenyum sorang-sorang?” tanya Minyoung yang sedang mengunyah keropok yang dibelinya di cafeteria tadi.

“Takdelah, kisah Iseul dan Mark sunbae ni comel macam dalam novel je! So aku tengah tulis cerita berdasarkan kisah dieorang berdua ni,” jawab Nari sambil jarinya pantas menaip papan kekunci di laptopnya.

“Aikkk??? Sapa yang bagi kau tulis cerita pasal aku ni??” Iseul bangun dari katilnya dan terus berlari ke arah meja Nari. Dia berebut mahu melihat apa kandungan cerita yang ditulis Nari.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️