o20: Jeng-jeng, Mari Kita Tengok Siapa Yang Terkena!

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 SAMBUNGAN   

 

Iseul ternampak ada satu boxer disangkutkan di kerusi berdekatan dengan pintu masuk. Iseul segera tunjuk pada Minyoung pada arah boxer itu. Minyoung angguk. Dia keluarkan handphonenya dan mula merakam. Tak sempat mereka nak buat apa-apa, tapak kaki yang didengari dari arah tangga semakin kuat menghampiri bilik 2-4. Sah, salah seorang penghuni bilik ni balik semula ke dorm mereka. Mangkuk 2 ekor tu pun kelam kabut menyorok. Minyoung cepat-cepat menyorok dalam almari entah milik sapa, Iseul pula menyorok bawah katil, macam takde tempat lain yang lebih strategic nak menyorok. Tapi dah disebabkan masing-masing cemas, otak yang bergeliga pun boleh jadi bangang!

Penghuni bilik yang tinggi lampai itu masuk ke biliknya. Elok saja dia melangkah masuk, dia terasa macam ada suatu aura jahat menyelubungi suasana biliknya. Penghuni bilik itu segera memeluk dirinya, ‘Ish takkan ada hantu siang-siang ni?’. Dek kerana terasa seram, dia pun cepat-cepat pergi ke meja studynya untuk ambil dompetnya yang tertinggal. Elok tangannya ambil dompet di atas meja, dia tertepis mug plastic yang berada di atas meja. Nasib baik mug itu hanya berisi air kosong.  Dia pun cepat-cepat ambil tisu untuk lap mejanya.

Selesai lap air yang tertumpah, budak lelaki itu menunduk untuk ambil mug plastik yang dah tergolek di bawah katilnya. Tangan budak tinggi itu meraba-raba di bawah katilnya namun tidak tangan dia terjumpa mug. Tangannya ada tersinggah pada satu benda yang lembut, macam bantal, macam muka orang pun ada. Yang pasti, bukan mugnya. Cepat-cepat dia tarik tangannya dari terus meraba. Berpeluh si lelaki tinggi lampai itu bila mengenangkan apa benda yang dia baru saja sentuh. Mungkin memang benar ada penampakan setan dalam bilik dia. Namun oleh kerana hari siang, dia cuba menepis kemungkinan biliknya dihantui hantu. Dia cuba beranikan diri untuk melihat apa benda yang ada di bawah katilnya. Budak lelaki itu menundukkan kepala terus ke bawah katil untuk melihat di mana kedudukan mug tersebut.

Elok dia menoleh ke bawah katilnya, Iseul tersengih lebar macam badut McDonald. Budak lelaki itu terus menjerit.

"ARGGHHHHHHH!"

“Chanyeol! Sssshhhh, jangan jerit! Please!” rayu Iseul.

Budak tinggi lampai itu masih terduduk mengadap Iseul yang masih lagi menyorok berbaring dibawak katilnya. Mata Chanyeol terbeliak. Jantung dia toksah cakaplah, sikit lagi je nak keluar dari rangkanya.

Sambil mengurut dada, Chanyeol memarahi Iseul. “Kau dah kenapa Iseul?? Ko dah gila ke masuk dorm laki??”

Iseul masih lagi menyorok di bawah katil, takut kalau ada penghuni dorm lain yang masuk untuk lihat bila terdengar Chanyeol menjerit.

Iseul merapatkan kedua telapak tangannya, merayu pada Chanyeol. “Please, tolong aku wey! Ko kunci pintu bilik kau ni, nanti aku explain.”

Chanyeol masih lagi mengurut dadanya. Bila dia sudah bertenang, dia mengikuti arahan Iseul dan mengunci pintu bilik dormnya.

Chanyeol berdiri di tepi katilnya sambil mencekak pinggang. “So, explain. Now!”

Iseul pun perlahan-lahan mengeluarkan diri dari bawah katil Chanyeol sambil tersenyum ala Najib Razak masa troll orang.

“Err… aku pun tak tahu nak start dari mana. Nak dipendekkan cerita, kiteorang dicabar untuk ceroboh masuk dorm laki, curi seluar dalam korang dan rakam. So you know how we roll, right? It’s either ride or die for us, Geng Stinkies,”

Ternganga mulut Chanyeol mendengar penjelasan dari Iseul. “Ride or die hotak hang! Korang makan apa masa kecik-kecik dulu? Orang makan nasik, korang makan besi ke?? Korang tak takut ke kena buang nanti?”

Dahi Iseul berkerut. “Mestilah takut!! Sebab tu kiteorang buat sorok-sorok ni!”

Ternganga mulut Chanyeol mendegar jawapan budak perempuan di depannya. “Habis aku dah terjumpa kau ni, sorok-sorok ke??”

“Ala, takkan kau nak report kat cikgu?? Bukan kita geng ke??” sengaja Iseul merendahkan nada suaranya, cuba membuat muka sedih minta simpati.

Budak lelaki tinggi itu memeluk tubuhnya. “Bila masa kita geng?”

Otak Iseul ligat mencari jalan supaya Chanyeol menyebelahinya. Matanya ke kiri ke kanan berfikir, cuba cipta alasan. “Hurm...Kawan kau, Yugyeom suka kawan aku kan?? Lepas tu kawan kau tu kan sama geng dengan geng Mark sunbae so secara otomatik kau pun geng kiteorang gak!”

Chanyeol memandang Iseul tepat, tak faham kejadah apa yang dia baru saja dengar dari mulut budak perempuan itu.

Iseul pun mula berlakon buat muka seposen dia. “Please Chanyeol, tolong jangan report! Aku sanggup buat apa je untuk balas balik budi kau! Kau tahu kan kiteorang geng tak makan saman so mintak je apa-apa pertolongan dari aku, aku dengan kawan-kawan aku sure akan tolong kau!”

Budak lelaki itu masih lagi memandang Iseul tanpa berkata apa. Otaknya ligat berfikir samada dia patut bersetuju atau tidak.

Melihatkan pujukannya tak berjaya, Iseul pun mencebikkan bibirnya, cuba membuat aegyo. “Ala, tolonglah kiteorang. Ingat tak masa kau nak practice main basketball, siapa yang halau fangirls kau dari ganggu kau berlatih? Kiteorang kan?”

“Korang buat bukan sebab nak tolong aku, korang buat sebab korang tu sadistic, suka nyakat dieorang!”

Teringat mereka pada hari berkenaan di mana Minyoung dan Bora sengaja membakar sampah dekat dengan 'smoke detector' di dalam gym. Itu semua idea jahat si Bora selepas Minyoung mengadu menyampah sebab terpaksa hadap budak-budak perempun menjerit menggeletis setiap kali dieorang practice. Bila 'smoke detector' itu terhidu asap,  habis semua satu gym disirami air. Peminat-peminat Chanyeol dan Baekhyun bertempiaran lari bila mereka 'diserang' dengan air sprinkler.  Namun cikgu dapat menangkap mereka berempat lalu mereka di denda mencuci gym yang dah banjir itu.

Iseul cuba tahan gelak bila teringat kejadian itu. “Ala, yang pentingnya kau dapat practice dengan aman kan lepas kiteorang cuci gym tu?”

Cis, bernas jugak otak budak perempuan ni. Ingatkan dalam kepala dia tahu buat benda jahat je. Chanyeol hampir termakan pujuk rayu Iseul.

Iseul tersenyum bila dia nampak Chanyeol dah mula goyah. Dia sambung, “Kalau kau tolong, aku janji akan buat apa saja untuk kau. Ko nak suruh kiteorang tolong kau fly, boleh. Nak suruh kiteorang prank orang pun boleh. Nak suruh kiteorang ngorat mana-mana awek pun beres!”

Lama Chanyeol termenung berfikir. Iseul suruh Chanyeol buat keputusan cepat sikit, risau kalau ada pengawas naik ke bilik ini. Akhirnya Chanyeol setuju. Iseul ketap bibirnya, cuba tahan dari jerit kegembiraan.

“Okay, so first of all, aku ambil boxer tu dulu,” Iseul tunjuk boxer yang tersidai di kerusi belakang Chanyeol.

“Ehhhhh. Tu aku punya! Tak boleh!” Chanyeol segera ambil seluar pendeknya yang tersidai di kerusi lalu memeluknya. Dia menggelengkan kepalanya banyak kali.

Iseul menggaru kepalanya dan mencebik. “Habis spender sapa aku nak sebat ni?”

Chanyeol memandang sekelilingnya. Dia ternampak longgokan baju di atas katil Baekhyun. Dia segera ke sana dan selongkar longgakan baju milik kawannya. Chanyeol kemudian ambil satu boxer berwarna kuning dari situ. Dia campak kepada Iseul dan Iseul pun segera tangkap.

“Siapa punya ni?” Iseul membelek boxer yang berada di tangannya.

“Baekhyun. Tu seluar bersih, dia baru basuh. Cuba cium kalau tak caya!” usik budak lelaki itu.

“Euww.. tak hingin de!” Iseul hampir mual bila disuruh Chanyeol untuk cium boxer Baekhyun.

Seraya itu, Minyoung terus keluar dari almari dan mengadap Iseul. “Kau ambil dia punya buat apa?? Geli aku?”

Lagi sekali Chanyeol terduduk (tapi nasib baik atas kerusi dia) sebab terkejut Minyoung tiba-tiba kelu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️