oo5 : Pesan Emak

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

  Sambungan    

Lantas mereka pun sama-sama berjalan menuju ke arah kiri. Kepala Iseul terdongak dari tadi untuk melihat nombor-nombor bilik yang dilaluinya. Bilik pertama yang dia jumpa bernombor 7 dan berlawanan bilik nombor 7 adalah bilik nombor 10. Mereka bertiga terus berjalan sehingga ke hujung tingkat. Bilik nombor 12 terletak di sebelah kanan mereka. “Makkk aiii, hujung dunia bilik ni,” getus hati Iseul. Biliknya terletak paling akhir sekali di tingkat itu.

Eomma Iseul mengetuk pintu bilik berwarna coklat itu. Daun pintu itu sudah terbuka sikit. “Tumpang masuk ye,” beritahu wanita tua itu. Eommanya menolak pintu tersebut dan membawa beg Iseul masuk. Di dalam bilik tersebut sudah ada beberapa penghuni. Mereka masih dengan keluarga masing-masing. Eomma dan appa Iseul menunduk sedikit memberi salam. Mereka membalas semula.

Iseul melihat di sekelilingnya. Ada 4 buah katil bujang di dalamnya. Boleh tahan besar. Ada 4 meja study yang diletakkan berdekatan katil masing-masing. Almari pakaian pula diletakkan berdekatan dengan pintu, berlawanan dengan tingkap bilik itu. 2 buah katil sebelah kanan telah di ambil. Yang tinggal adalah 2 katil di sebelah kirinya. Oleh sebab biliknya adalah bilik paling hujung, bilik ini lebih cerah kerana ada 2 buah tingkap di sebelah kiri bilik itu.

“Kamu nak ambil katil yang mana?” tanya appa Iseul.

Iseul mula buat kira-kira di dalam otaknya. Dia kemudian mengambil katil yang berdekatan dengan 2 buah tingkap, jauh dari pintu masuk. Kepala otak Iseul mula timbul niat jahatnya. “Kalau nak curi keluar pun senang,” tersenyum-senyum Iseul sambil dalam akalnya ligat berfikir cara nak buat jahat. Tapi senyumannya tak lama bila dia teringat yang dia berada di tingkat 4. Cis!! Sebab dia dah terbiasa dengan rumah setingkatnya, dia lupa yang dia sekarang berada di tingkat yang paling tinggi. “Ini kalau panjat keluar, boleh terus ‘gol’!”

Iseul menghela nafas panjang. Diaorang ni tau ke aku nie suka curik keluar? Bagi bilik tinggi kalah Menara Namsan! Pastu kat hujung ceruk pulak tu!! Memang takde can la dia nak seludup keluar dari dorm ni. Dalam Iseul dok menyumpah seranah buat ke sekian kalinya, eommanya menyuruh Iseul cepat susun barang-barangnya.

“Cepat keluarkan baju-baju kamu dari beg tu. Meh eomma tolong isi dalam almari sementara kiteorang ada ni. Kalau nak harapkan kamu, sampai habis sekolah tinggi la agaknya kamu guna je beg tu,”

Kedengaran beberapa orang dalam bilik tu tergelak. Iseul terus menjeling ke arah salah seorang sumber suara itu. Suara tu datang dari seorang auntie yang sedang menyusun baju dekat almari. “Sama la anak kita puan,” auntie tu tiba-tiba bersuara sambung menunjuk anaknya dengan ekor mata. Anaknya pula sedang menyusun peralatan sekolah di meja studynya. Muncung wajah anaknya bila diperli maknya tu. Tidak kelihatan bapa budak perempuan itu berada berdekatan mereka.

Haih, sama la nasib kita ye, asyik kena perli dengan mak je, bisik Iseul.

“Datang dari mana?” soal eomma Iseul kepada auntie yang tengah susun baju tu. Iseul menyorong begnya ke arah eommanya yang juga sedang membersihkan salah satu almari dalam bilik itu. Appanya pula sedang berborak di luar bilik dengan bapak budak biliknya yang satu lagi.

“Kami dari Buncheon,” balas auntie tu. Eomma Iseul mengangguk, “Kiteorang dari Ansan,” beritahu eomma Iseul pulak.

“Puan pulak dari mana?” tanya eomma Iseul kepada mak budak biliknya yang satu lagi. Mak budak itu sedang menyusun buku-buku rujukan anaknya di atas meja. Buku-buku itu tersusun dengan begitu rapi sekali. Hurm, perfectionist la nie. Jangan anaknya pun sama sudahla, kalau tak boleh mati heart attack duduk sebilik dengan Iseul.

“Oh, kami dari Seoul,” jawab auntie perfectionist tu. Anaknya yang pakai spek tu tengah susun baju dalam almari. Iseul menengok je cara budak biliknya tu melipat baju. Kemas. Baju-bajunya disusun mengikut warna. Ahh sudah.. memang sah dia pun perfectionist. Iseul telan air liur. Dia mula dapat bayangkan yang budak specky ni akan membebel kat dia sebab suke menyepah barang. Seboleh-bolehnya dia tak mahu bergaduh dengan budak biliknya sendiri. Yelah, tak best kalau nak bermasam muka dengan orang yang kita jumpa setiap hari.

Sedang Iseul menolong eommanya menyusun baju, eommanya menyiku Iseul. “Pergilah kenalkan diri kamu dekat budak-budak lain tu. Mak-mak pulak yang borak dulu,”

“Ish tak naklah! Dieorang pun tengah busy kemas barang,” Si Iseul cuba mencari alasan. Hish… segannya!

“Ala, pergi bercakap je. Bukan suruh dieorang stop buat kerja pun. Pergilah!” Eomma Iseul cepat-cepat menolak anaknya ke arah budak yang tengah susun meja study itu. Tergamam Iseul bila dia ditolak dan hampir tersungkur depan budak perempuan tu. Budak perempuan tu tergelak. Iseul pun menyengih, tak tahu nak cakap apa. Malunya!

“Mak awak macam mak saya je,” budak perempuan itu tiba-tiba bersuara. Haa.. nasib baik dia yang cakap dulu. Lega hati Iseul. “Senasib la kita,” Iseul cuba membuat lawak yang tak jadi tapi budak perempuan tu tetap ketawa. Iseul tersenyum. Nampak macam budak ni friendly. Mungkin diaorang boleh jadi kawan baik. Iseul amati budak perempuan tu, comel, baby-face. Namun ada kesan – kesan lebam di lengannya. Mukanya juga ada parut – parut kecil seperti kesan bergaduh. “Aik, gangster macam aku jugak ke?” getus hati Iseul.

“Saya belajar hapkido,” ujar budak comel itu macam tahu-tahu yang Iseul menengok parutnya. Budak comel tu menunjukkan ke arah meja study yang tengah disusunnya. Ada frame yang terisi gambar budak comel itu memakai uniform hapkido sambil memegang pingat. Iseul membulatkan mulutnya, menjawab ‘oo’. Hebat, nampak je kecil tapi siap menang pingat. Kalau dieorang bergaduh, confirm-confirm Iseul kalah sebab dia mana reti martial arts bagai. Dia tahu tumbuk dengan sepak je. Pastu belajar sikit-sikit cara wrestling akibat selalu bergaduh dengan abangnya berebutkan remote control tv dulu. Fuh, lebih baik jangan cari pasal dengan dia ni!

“Lupa nak kenalkan diri.  Saya Jung Iseul,” dia menundukan kepalanya dan menghulurkan tangannya kepada budak comel itu. Tangannya bersambut. “Saya Kim Minyoung,” sahut budak comel itu. Mereka berdua saling senyum. Mungkin masing-masing pun lega sebab dapat buat kawan on the first day. Melihatkan Minyoung yang mesra tu, Iseul mendapat keberanian untuk approach budak pakai speck yang tengah susun baju tu. Iseul berjalan dengan perlahan ke arah budak specky tu yang tengah susun baju di almarinya. “Er..sorry kacau, saya Iseul,” sambil dia menghulurkan tangan kepada budak specky tu. Budak specky tu nampak terkejut bila Iseul tiba-tiba berada di belakangnya. Dia terpempan sambil memandang je tangan Iseul yang dah tersua depan mukanya. Iseul telan air liur lagi. Salah dia tiba-tiba approach budak ni tanpa bercakap dulu. Kan dah jadi awkward. Iseul hampir mahu menurunkan tangannya namun budak specky tu pun bersalam dengan Iseul.

“Saya Nari. Lee Nari dari Seoul. Gembira bertemu dengan awak,” Amboi, formalnya bahasa.  Tapi at least budak tu salam jugak dengan Iseul so maknanya dia ni tak sombong la kan. Mungkin masih malu sebab semua orang dalam bilik tu pun strangers kan. Mak Nari tersenyum bila melihat anaknya bersalam dengan Iseul. Maknya memegang bahu Iseul. “Nari ni pemalu sikit. Nanti lama-lama dah kenal, dia ni banyak mulut sebenarnya,” Mak Nari mengusik anaknya. Nari hanya tertunduk, pipinya mula merah.

“Lain pulak anak saya ni. Cakap 24 jam tak berhenti!” Mak Minyoung menyampuk. Eomma Iseul dan mak Nari ketawa mendengar usikan dari wanita itu. Minyoung geram dengan sindiran maknya lalu mencubit pinggang orang tuanya itu. “Eomma ni!!”

“Iseul ni pun lebih kurang jugak la! Kalau ada abangnya tu, asyik nak bertelagah je. Hai, sunyi la rumah kami lepas ni. Abangnya pun akan habis cuti sem, lepas tu balik uni dia. Tinggal saya dengan suami je lah kat rumah nanti,” keluh eomma Iseul. Terpamer riak sedih di muka wanita itu.

“Puan ada jugak peneman. Saya tinggal sorang je lepas ni,” ujar mak Minyoun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️