o11: Mimpi jadi Nyata?

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

  SAMBUNGAN    

Setelah semua pelajar kelas 1-A naik, pelajar kelas seterusnya mengikuti barisan itu sehingalah giliran kelas Iseul dan Minyoung. Mereka mengikut barisan sehinggalah sampai di tingkat 3. Kelas mereka berada di hujung kiri tingkat 3. Iseul dan Minyoung berpandang sesama sendiri sebelum mereka menjejakkan kaki ke dalam kelas. Mereka berdua mengangguk untuk beri semangat menghadapi hari-hari mendatang dalam kelas yang telah ditakdirkan buat mereka berdua.

“Here goes nothing!”

“…………………………………….”

“…………………….”

“………….”

Er..okay. Tak ada apa-apa yang pelik berlaku. Iseul dan Minyoung pun berjalan masuk ke kelas. Setelah melihat keseluruhan kelas itu, mereka memilih barisan paling jauh dari pintu masuk, berdekatan dengan tepi tingkap yang menampakkan pemandangan kawasan sekolah. Iseul pilih meja 2 dari belakang betul-betul tepi tingkap dan Minyoung duduk di sebelah kanan Iseul. Mereka berdua melihat-lihat sekeliling kelas mereka. Ada beberapa orang yang nampak seperti sudah berkawan dan berborak bersama. Ada juga yang duduk melangut seorang diri, ada juga yang melepak di luar kelas sambil berborak walaupun dah diberi arahan supaya duduk dalam kelas.

“Macam mana la kita boleh masuk dalam kelas ni?? Rasanya result kita taklah terus sangat,” Iseul terdengar dua orang budak perempuan sedang berbual di meja hadapan mereka. Semua orang di dalam kelas ni pun memikirkan benda yang sama, yang mereka tak sepatutnya berada di dalam sini. Semua pun rasa result exam mereka bukanlah teruk sangat padahal masing-masing pun sebenarnya cuba menipu diri sendiri je.

“Tulah… memang aku bukan rajin study tapi bukannya result aku tahap terjun laut. Hmmm tapi at least budak hensem yang aku suka tu ada… jadi ada hikmah la jugak masuk sini!” budak perempuan berambut panjang tu memegang tangan kawannya dan menjerit kegembiraan. Iseul baru teringat yang dia pernah melihat 2 orang budak ni. Dieorang nilah kaki gossip yang beratur di hadapan Iseul. Tak sangka mereka sekelas akhirnya.

Minyoung pula jadi diam seribu bahasa walaupun dia ni banyak mulut. Hatinya masih kecewa dia dimasukkan di dalam kelas D ni. Dia geram bukan pasal dia ditempatkan kelas last tapi dia sebenarnya tak boleh terima hakikat yang musuh no.1-nya Byun Baekhyun ada dalam kelas B, dua kelas lebih tinggi dari dia!!! 'Cis, kurang asam betul! Bila pulak dia ni rajin study??? Bukan dia pun sama macam aku ke??' fikir Minyoung. Ke sebenarnya dia buat-buat bodoh masa dulu and sebenarnya budak genius macam Bora?

“Eh, Minyoung. Kau ni okay tak?? Mulut kau tu berkumat-kamit, kau menyumpah sape??” Iseul memandang muka Minyoung yang nampak bengang sambil mulut kawannya tu mengeluarkan kata-kata dia tak dapat nak faham.. macam jampi serapah pun ada!

“Hishhh!!! Aku bengang gila si Baekhyun tu dapat masuk kelas B! Aku tak boleh nak faham dan hadam langsung!! Masa kiteorang practice sama-sama dulu, dia asyik cakap dia dapat nombor corot. Maknanya dia tipu akulah! Cirit punya budak!”

“Aik, tipu kau menyamar jadi bodoh pun marah? Lain la dia tipu cakap dia no.1 padahal no.1 dari belakang,”

“Marah la! Sebab bila dia kata dia nombor corot, aku berlagak la dapat nombor baikk sikiitt dari dia. Tapi kalau betul dia budak pandai, maknanya dia sengaja nak kenakan aku la tuu.. Jadi bila aku berlagak dapat nombor lagi tinggi dari dia, dalam hati dia mesti tengah gelakkan aku!!! Eeeee!!! Jilake betul!!!”

Minyoung meraup kepalanya sambil dia menarik-narik rambutnya yang keperangan itu. Malunyaaaa bila fikirkan moment-momentnya ketika practice dengan Baekhyun masa middle school dulu. Cis! Cis! Minyoung punya berlagak kononnya dia lagi pandai dari monyet tu rupa-rupanya monyet tu lagi bijak dari dia!! Menyesal Minyoung tak tanya budak-budak yang satu sekolah dengan Baekhyun dulu. Kalau tak mesti dia dah tahu lama pasal ni.

“Sabar Minyoung!! Karang kau botak kiteorang dah tak dapat nak cam kau nanti!” Iseul menghentikan tangan Minyoung yang sedang mengusutkan rambut sendiri.

“Ish, kau ni kenapa relaks semacam?? Kau tak bengang ke Solbin tu masuk kelas A, tiga kelas dari lagi tinggi dari kau??” Minyoung melepaskan geramnya dekat Solbin pula. Dia cuba memprovoke kawannya tu supaya membenci Solbin dengan lebih lagi dan mereka berdua boleh bukak club mengutuk Minah S dengan Mamat B tu.

“Dia memang budak pandai so aku tak surprised pun. Ahh.. Malas lah nak pikir pasal pompuan tu. Buat sakit hati je. Aku nak focus pasal benda lain selain ulat gonggok tu,” jawab Iseul. Dia pun termangu seketika sambil dia meletakkan  tangan kanan di bawah dagunya. Iseul  merenung ke luar tingkap di sebelahnya yang boleh menampakkan padang dari jauh.

Sementara itu, di sudut lain kelas 1-D, Chanyeol duduk monyok di mejanya. Sebelah mukanya diletakkan di atas meja sambil mulutnya separuh ternganga. Dia masih tak percaya dia kena masuk kelas last ni. Yugyeom yang duduk di hadapan dia cuba ceriakan Chanyeol tapi tak berjaya.

“Chanyeol, relaks lahhh.. Kau tengok kiri kanan kau, banyak girls comel-comel. Kau tengok kelas A dengan B, mana ada bebudak comel macam dalam kelas kita. Semua banyak budak nerd jek!”

Yugyeom tak tahu yang Chanyeol tak pernah bagi perhatian dekat budak-budak perempuan sebayanya. Apa yang Chanyeol tahu adalah sukan, sukan dan sukan. Dia selalu merasakan budak perempuan ni bising, sensitif, kaki gossip, dan kadang-kadang menjengkelkan. Nak nak lagi bila bebudak perempuan sekolah lama dia dulu selalu tengok dia practice basketball waktu petang. Bila dia main je, dieorang akan bersorak kuat-kuat. Chanyeol menyampah dan rasa malu dekat sunbae-sunbae dia. Nasib baik sunbae-sunbae team basketball dia cool je dan rasa seronok bila team dieorang ada kelab peminat walaupun hampir kesemuanya adalah peminat Chanyeol.

Sedang Yugyeom menyogok lagi dengan kata-kata semangat dekat Chanyeol, dia terdengar namanya dipanggil.

“Yugyeom-ah!” suara itu datang dari pintu hadapan.

Yugyeom lantas berpusing untuk melihat siapa yang memanggil namanya. Kelihatan 5 orang pelajar senior berdiri di hadapan kelas sambil tergelak-gelak.

“Hyung!” Yugyeom bangun dari kerusi kerana terkejut melihat ‘tetamu’ yang datang menjenguknya.

Mereka berlima masuk di dalam kelas 1-D untuk berjumpa dengan Yugyeom. Si Maknae itu memeluk kesemua hyungnya, dan kelihatan sangat gembira macam budak dapat gula-gula.

Para pelajar di dalam kelas itu berbisik-bisik bila melihat pelajar-pelajar senior masuk ke dalam kelas mereka. Iseul dan Minyoung pun turut sama menoleh apabila terdengar sok-sek-sok-sek dari budak hadapan mereka. Jantung Iseul gugur lagi sekali dekat situ. Sunbae blondenya sedang berada di dalam kelas itu dan bergelak ketawa dengan 4 orang rakannya yang semalam serta 2 orang budak kelasnya.

“Oh. MY. GOD”

Ternganga mulut Iseul bila melihat putera raja hatinya berada di hadapannya. Iseul mencubit pipinya, untuk pastikan ini bukan mimpi. Sebabnya, dia telah bermimpi berkahwin dengan putera raja bernama Mark itu malam semalam dan sebab itulah dia tak bangun-bangun pagi tadi kerana tak mahu mimpi indah itu berakhir.

Senior 5 orang ni sebenarnya sedar mereka diperhatikan. Mereka sebenarnya seronok bila mendapat perhatian seperti ini. Bila lagi nak rasa macam artis kan.  Sambil itu, mereka bergurau dengan hoobae mereka, si Yugyeom.

“Pffttt.. kau masuk kelas last??,” Jinyoung mengejek maknae mereka.

“Ala, Jackson hyung dengan YoungJae hyung pun dalam kelas last jugak apa,” Yugyeom cuba mempertahankan dirinya.

“Aik, apesal babitkan nama kiteorang? Bukan kiteorang yang kutuk kau!” Jackson bersuara.

"Takpe Yugyeom, Hyung akan tolong kau study sampai kau boleh naik kelas!" Jinyoung berseloroh lagi.

“Huh. Tak payahlah nak tolong ajar budak tu.  Hyung tu pun bukan lah dalam kelas tinggi sangat. Kelas C je pun. Kalau Mark hyung atau Jaebum hyung takpe la jugak sebab dieorang kelas B,” Youngjae mencebik.

“Ahh, lebih baik C dari D!” Jinyoung ketawa terkekek-kekek seorang diri. Bila dia sedar semua orang menjeling tajam dekat dia, dia terus berhenti dan mencebik sebab semua orang tak ikut dia gelak sekali tadi.

“Hyung dah pergi jumpa BamBam ke?” tanya Yugyeom.

“Dah, kiteorang jumpa dia dulu baru jumpa kau,” jawab ketua mereka, Jaebum.

“Oh, lupa nak kenalkan. Ni roommate kiteorang, nama dia Park Chanyeol. Lagi seorang nama dia Byun Baekhyun, dia sekelas dengan BamBam,” Yugyeom memperkenalkan roommatenya itu dekat 5 orang hyungnya.

Chanyeol serta merta berdiri dan menundukkan badannya untuk memberi salam dekat sunbae-sunbaenya itu.

Mark menepuk-nepuk bahu Chanyeol. “Takpe, tak payah formal sangat. Kalau kau kawan dengan Yugyeom dan BamBam maknanya kau geng kiteorang jugak. No worries,”

Chanyeol senyum. Dari perbualan mereka semalam di dalam dorm, Chanyeol dapat tahu kesemua sunbae yang berada di hadapannya adalah ahli sukan. Chanyeol amat respek pada atlit-atlit jadi dia berasa bernasib baik dapat berkenalan dengan mereka semua. Mereka berlima pun berbual dengan Yugyeom dan Chanyeol. Chanyeol banyak bertanyakan tentang hal-hal sukan di sekolah ni.

Sedang budak-budak laki itu semua berborak, si Minyoung menyiku-yiku lengan Iseul di meja kawannya tu.

“Pergi la jumpa Mark sunbae tu! Takkan tengok je dari jauh” saran Minyoung.

“Kau dah gila ke! Takkan aku nak pergi dekat dia tiba-tiba!” Iseul menjengilkan matanya. Arahan Minyoung tu sungguh tak masuk akal baginya.

“Ala, kau ni tak kreatif lah. Buat-buat lah terjatuh depan dia ke, atau pun kau pura-pura terjatuh barang pastu mintak dia ambilkan ke,” jawab Minyoung.

“Hish!! Tak payah! Biarlah aku berangan sorang-sorang kat sini. Nanti tujuh keturunan tak habis rasa malu,”

Minyoung berdecit sambil mengerutkan dahinya. Tak puas hati dengan jawapan Iseul. Dia cuba mencari idea untuk mendekatkan Iseul dan Mark sunbae tu. Dia merasakan mereka berdua sepadan. Mark sunbae tu sememangnya persis putera raja kayangan dan Iseul pun boleh tahan jugak. Lagi-lagi kalau kawannya tu senyum. Tapi memang susahlah nak tengok Iseul si bengis ni senyum kan.

Tiba-tiba otaknya bercahaya. Timbul satu idea gila. Minyoung mengambil sebatang pen yang bercorak kucing dari

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️