o10 : Pembahagian kelas

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

Matahari sudah terbit menandakan hari baru sudah tiba. Pada hari ini semua freshie akan dibahagikan kelas mengikut result exam semasa di middle school dulu. Ada yang nervous, ada jugak yang dah pasrah masuk-masuk mana kelas. Semua pelajar baru diminta berkumpul di dalam perkarangan sekolah dan mereka akan dibantu oleh pengawas-pengawas bertugas. Masing-masing tertanya di manakah mereka akan end up sebab sekolah 4S ni lain dari sekolah Korea yang biasa.

Di bilik 12-4.

“Iseul, bangun cepat! Dah nak pukul 8 dah!!” Minyoung mengerakkan badan kawannya tu berkali-kali. Tapi Iseul masih lagi tak bagi apa-apa respon. Dia memang tidur mati. Nari pula sudah siap sedia untuk dari awal lagi. Dia boleh je pergi terus namun dia pilih untuk pergi bersama roommatenya. Di katil sebelah Iseul, si Bora pun masih lagi dalam alam mimpi, pengsan dari tadi. Minyoung melepaskan keluhan yang panjang. Kat rumah, dia yang selalu kejutkan mak dia bangun pergi keje, kat sini pun kena kejutkan orang jugak. Bukan sorang tapi 2 ekor pulak tu.

“Nari, kau ambikkan botol air aku atas meja tu. Dah takde cara lain lagi,” Minyoung menunjukkan botol airnya yang berada di atas meja dan meminta Nari ambil dan beri kepadanya. Dia nekad untuk menyimbah dekat 2 ekor beruang yang tengah berhibernasi ni.

Si Nari pun ikut arahan dan cepat-cepat beri botol air dekat Minyoung. Minyoung membuka penutup botol air tu dan elok je dia nak curahkan atas kepala Bora, minah tomboy tu pun bangun.

“Pukul berapa dah?’ tanya Bora terpisat-pisat sambil menggosok matanya.

“Aik? Elok aku nak baling air, kau jaga!  Kau dah bangun kan sebenarnya? Eeee... Sengaja je bangun lambat-lambat! Hish!!” Bulat mata Minyoung membebel dekat Bora.

Si minah tomboy tu pun tersengih. Lakonan dia disedari Minyoung. Dia memang dah tersedar tadi tapi dia rasa malas gila nak bangun pergi bersiap semua. Lagipun jarak dorm dieorang dengan sekolah tak lah jauh sangat so dia rasa sempat lagi kalau dieorang semua berlari.

Nari pulak dari tadi menengok jam tangannya. Dia mula rasa resah. Belum pernah seumur hidup dia lambat pergi sekolah. Tapi bila jumpa dieorang ni, dia asyik cipta rekod je. Semalam dahlah lambat masuk dewan, pastu gaduh depan orang ramai. Pastu kena 'attack' dengan pengawas masa spot check.

“Korang, cepat sikit. Karang kalau kita  lambat, geng Blue Ribbon tu ada alasan nak kenakan kita,” Nari memberi ingatan kepada kawan-kawannya.

“Ha, cepat pakai uniform kau Bora!” Minyoung mencampakkan uniform sekolah Bora yang digantungnya di almari. Bora sambut dan menukar bajunya dengan slow sekali kalah tapir.

Minyoung pulak cuba mengerakkan Iseul lagi sekali tapi tak berhasil. “Sorry Iseul. Aku dah kejut banyak kali tapi kau tak bangun-bangun so aku takde cara lain,” ujar Minyoung di tepi katil Iseul. Dia terus mencurahkan air dari botol ke atas kepala Iseul.

“Tolong!! Banjir! Tsunamii!!!” serta-merta Iseul bangun dari katilnya bila terasa ada air dicurahkan dekat dia.

“Nasib baik bangun!! Kalau tak, sebaldi air aku nak curahkan lagi!!” jerit Minyoung sambil mengetap bibirnya.

Nari pun cepat-cepat tarik Iseul bangun dari katil untuk menghalang budak degil ni dari baring semula. Nari kemudian tolong keringkan rambut Iseul dengan tuala. Minyoung pulak tolong tanggalkan baju tidur Iseul. Dah macam mak-mak pakaikan baju anak dah! Iseul masih di separa sedar. Matanya pejam celik pejam celik antara di alam tidur dengan alam reality.

“Mana aci korang pakaikan baju untuk Iseul!” Bora jerit dari tepi katilnya. Dia sudah siap pakai uniform dan mahu menuju ke bilik air untuk gosok gigi dan basuh muka.

“Ah, jangan banyak cite! Pegi basuh muka cepat!” jerit Minyoung lagi.

Garang betul si Minyoung ni pagi-pagi. Dah macam dalam kem askar pulak si Bora rasa. Iseul pulak mula sedar dari tidurnya. Bila dia bukak mata, dia tengok Minyoung tengah cuba tanggalkan baju dia.

“Apa kau buat ni!! Aku straight ek!!” Iseul cepat-cepat menutup badannya dengan tangan.

“Straight kepala otak kau! Kita dah lambat lah!! Karang lambat kena denda, KAU NAK KE?” teriak Minyoung sambil melepuk kepala Iseul.

Iseul baru teringat yang dia sepatutnya bangun awal untuk pembahagian kelas hari ni. Cepat-cepat dia melompat ambil uniform dia yang tergantung dekat almari. Dia berkemban dengan tuala dan tukar segala pakaian dalamnya dan kemudian terus sarung terus uniformnya. Lepas tu dia cepat-cepat berlari ke bilik air untuk bersihkan diri.

“Nari, kau amik fail dengan barang-barang dieorang siap-siap. Diaorang keluar je bilik air, kita terus gerak!” arah Minyoung sebijik macam komandan tentera. Nari pun mengangguk dan buat seperti yang diminta Minyoung.

Selesai je 2 ekor tu bersihkan diri, Minyoung dan Nari menarik dieorang berdua dari bilik air dan mereka berempat start berlari turun tangga dan menuju ke sekolah. Mereka sangat bernasib baik sebab mereka sampai tepat-tepat waktunya. Semua pun tercungap-cungap ambil nafas.

“Wahhh… nasib baik sempat,” kata Iseul sambil memegang perutnya yang kecut sebab kena berlari pagi-pagi ni.

Pakk! Minyoung mengetuk kepala Iseul dengan fail kotak plastik yang dia bawa. Adoi! Iseul menggosok kepalanya yang baru kena lekuk tu.

“Nasib baik kau kata?? Kalau lambat sikit je tadi, mesti pengawas-pengawas tu denda kita! Dah la dieorang tu jadi anti dengan kita. Kalau hari-hari macam ni, boleh sakit jantung tau!”

“Ala, bukan selalu kita exercise pagi-pagi,” jawab Bora sambil mengeluarkan coklat dari begnya. Disebabkan lambat bangun, dieorang bertiga semua tak sempat nak pergi breakfast kat kantin. Nari je yang sempat pergi makan. Dia dah try kejutkan mereka bertiga tapi semua pun tidur macam batang balak! Even Minyoung pun tak sedar-sedar bila dikejutkan. Perut dieorang bertiga tu berkeriuk. Bora pun patah-patahkan coklat yang dia pegang untuk bagi kawan-kawannya yang lain.

Bila Minyoung ambik je coklat dari Bora, dia angkat tangan melepuk kepala Bora. “Kau pun satu. Dah bangun tapi purak-purak tido! Aku sekeh jugak karang!”

“Adoiii! Kau ni asyik pukul orang je! Masuk army pun tak macam ni!”

“Yelah, geram dengan korang yang tido mati. Bukan tahap mati je, macam dah kena tanam 7 lapisan bumi tak bergeraknya!”

Dalam mereka berempat bergaduh pasal bangun pagi, Cikgu Kim sudah berada di depan hall. Dia sedang memegang megafon untuk memberi penerangan tentang pembahagian kelas hari ni.

“Perhatian pelajar semua. Sila dengar. Hari ini seperti yang anda tahu anda akan dibahagikan kelas. Sebentar lagi senarai nama kamu akan ditampal di papan kenyataan. Kamu boleh melihat kelas kamu dari senarai nama tersebut. Bila dah check, kamu harus masuk ke dalam kelas dengan segera. Tiada sebarang pertukaran kelas boleh dibuat. Seperti yang saya beritahu semalam, jika mahu naik kelas, kamu harus berusaha dalam peperiksaan akhir nanti. Baiklah, sekian saja. Terima kasih.”

“Errkk, aku dah kecut perut ni!” Minyoung memegang perutnya. Dari semalam dia memikirkan hal kelas ni sampai tak cukup tidur. Sebab tulah dia pun terlewat bangun sampai tak sempat nak breakfast.

“Aku memang dah pasrah dah…” jawab Iseul dengan muka yang sangat redha. Dia tahu dia sure takkan dapat masuk kelas first. Sekarang ni dia tengah berpikir sama ada nak aktif bersukan balik atau cuba belajar sungguh-sungguh sampai naik kelas. Yelah kat sekolah ni ada 2 pilihan. Sports or study. Kalau dua-dua pun tak boleh, memang kena tendang keluar la. Tapi ikutkan gaya, Iseul memang bukan jenis budak yang suka study. Bukak buku je, mata terus berair sebab mengantuk.

Maka mereka semua pun bercakap-cakap sesama sendiri sambil menantikan senarai nama ditampal. 5 minit selepas itu, seorang pengawas lelaki menampal 4 helai kertas di atas papan kenyataan berdekatan hall itu. Setiap kertas mewakili nama kelas dan nama pelajar di dalam kelas tersebut. Bila pengawas lelaki tu beredar, semua freshie berpusu-pusu untuk melihat di dalam kelas mana mereka diletakkan.

4 ekor tu berebut-rebut dengan 125 freshie yang masing-masing nak melihat nama mereka. Kemudian kedengaran ada suara gembira, ada suara macam tak percaya, ada jugak suara yang jelas kecewa.

Mata Iseul cuba-cuba nasib untuk tengok namanya dekat kelas first, kelas 1-A tapi satu huruf pun takde iras-iras nama Iseul. Takp

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️