o14: The Stinkies Ya'll!

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

  SAMBUNGAN   

 

Sesi pembelajaran di 4S secara rasminya bermula pada hari ini selepas pelajar-pelajar tahun 1 masuk mendaftar kelmarin dan pelajar senior mendaftar masuk semula semalam. Tepat pukul 8 pagi, semua pelajar perlu berada di dalam kelas dan guru kelas akan masuk mengambil kedatangan. Setiap ‘period’ mengambil masa selama 40 minit dan mereka akan rehat pada pukul 11 tengah hari. Sesi persekolahan tamat pada pukul 4 petang. Pada pukul 4.30, semua pelajar akan makan petang yang disediakan di kantin. Kemudian pada pukul 5 petang, semua pelajar diwajibkan turun riadah tak kira sama ada mereka students sports atau tidak. Bagi student biasa, sesi beriadah hanya sampai pukul 6 petang. Bagi student sports pula, sesi latihan mereka akan bermula pada pukul 5 itu hingga 7 petang, mereka akan berhenti untuk makan malam dan kemudian sambung berlatih hingga ke malam, terpulang pada jurulatih masing-masing. Bagi student biasa pula, makan malam disediakan lebih awal iaitu pukul 6.30 petang supaya mereka mempunyai masa untuk masuk ke sekolah semula untuk kelas ‘prep’ pada pukul 7 malam sehinggalah pukul 10 malam. Mereka tidak perlu memakai uniform, cukup dengan memakai baju sukan sekolah yang telah diberikan pada mereka. Ada juga pelajar-pelajar yang terlebih rajin akan sambung study di library pula sehinggalah pukul 11.30 malam sebelum waktu curfew bermula. Pendek kata jadual waktu pelajar-pelajar di sini sangat ketat. Memang bukan senang nak jadi pelajar yang cemerlang di 4S ni baik dalam bidang akademik mahupun sukan.

Di dalam kelas 1-D, cikgu Jung Ji Hoon, guru matematik kelas mereka sedang mengajar di hadapan. Untuk hari pertama ni, dia memberitahu silibus yang mereka semua akan pelajari dan terus mula mengajar bab pertama. Sedang dia menulis di papan hitam, dia terdengar bunyi pelik. Dia segera memusingkan badannya. Matanya mengimbas semua pelajarnya dengan sekilas, hmm… macam tak ada apa-apa yang pelik. Mungkin bunyi dari luar kelas. Dia sambung menulis semula dan selang beberapa saat, bunyi pelik seperti dengkuran itu datang semula. Sekali lagi, Cikgu Jung melihat kesemua anak muridnya. Dia amati mereka satu persatu. Matanya terhenti pada dua pelajar perempuan di mana buku teks ditegakkan di atas meja namun kepala mereka tidak kelihatan. Kemudian dia dapat lihat seorang pelajar lelaki yang duduk di belakang sekali terang-terang membaringkan kepalanya di atas meja, jelas sedang tidur. Jadi antara mereka bertiga, ada yang berdengkur sehingga membuatkan dia terkejut.

Iseul dan Minyoung tidak sedar yang taktik mereka telah dibongkari oleh cikgu Jung. Masa first dan second period, mata mereka masih boleh bertahan. Bila third period bermula, mata mereka semakin kuyu. Masing-masing keletihan akibat kena cuci tandas sampai pagi dan kemudian hanya dapat tidur sejam sebelum mereka terpaksa bangun untuk mengelak dari ditangkap Sowon. Masuk saja period keempat, mereka terus tertidur, tambah-tambah lagi bila subjek Matematik yang sedang diajar. Nombor-nombor di papan hitam dan formula-formula matematik tu semua bagaikan ‘lullaby’ buat Iseul dan Minyoung. Samalah jugak dengan Chanyeol. Dia bangun terlalu awal sebab tak sabar nak practice bola keranjang dekat indoor court tu. Akibatnya dia ter over-practice dan kini keletihan.

Cikgu Jung hanya mampu menggelengkan kepala. Baru hari first, dah 3 orang tumbang? Sememangnya dia sudah biasa menghadapi keadaan seperti ini, lagi-lagi di kelas D kerana mereka semua budak sports. Namun selalunya situasi seperti ini hanya terjadi bila ada pertandingan, bukannya awal sesi persekolahan. Cikgu Jung berjalan ke arah Chanyeol yang lena dibuai mimpi. Bila Yugyeom nampak Cikgu Jung berjalan menghala ke arah mereka, dia segera cuba mengejutkan Chanyeol yang duduk di belakangnya. Namun tiada reaksi. Bila Cikgu Jung sampai di tepi Chanyeol, dia mengerakkan badan budak tinggi itu tapi masih lagi tiada respon. Tidur mati sungguh! Cikgu Jung tiada cara lain, dia melibaskan rotannya dengan kuat di atas meja Chanyeol dan dengan pantas Chanyeol bangun berdiri, terkejut dengan bunyi rotan di mejanya.

“Sedap tidur? Mimpi apa sampai kejut tak bangun?” Cikgu Jung memberikan senyuman yang ‘manis’ sekali kepada Chanyeol. Budak tinggi tu hanya menunduk dan meminta maaf pada cikgunya kerana tertidur.

“Sudahlah, pergi kat luar kelas dan melutut kat sana sambil angkat tangan!”

Chanyeol mencebik bila permohonan maafnya tidak diterima Cikgu Jung. Dengan kakinya yang longlai, dia melangkah keluar kelas dan terus melutut sambil mengangkat kedua tangannya.

Libasan kuat di meja Chanyeol tadi telah mengejutkan Iseul dan juga Minyoung. Mereka segera berpura-pura menulis sesuatu di buku latihan mereka, takut jika ditangkap oleh Cikgu Jung yang mereka pun sedap tidur tadi.

“Ha, kamu berdua tu! Tak payah pura-pura nak menulis! Pergi keluar dan join kawan kamu tu!” Cikgu Jung menunjukkan rotannya ke arah Iseul dan Minyoung. Namun mereka berdua buat-buat tak dengar, kononnya kata-kata itu bukan ditujukan kepada mereka.

“Jung Iseul! Kim Minyoung!” jerit Cikgu Jung sambil mengoyangkan rotan ditangannya.

“Baik cikgu!” Iseul dan Minyoung segera berdiri dari kerusi mereka dan cepat-cepat keluar dari kelas seperti di arahkan. Takut-takut jika rotan tu singgah di badan mereka pula.

Cikgu Jung menggelengkan kepala dan kemudian meneruskan sesi pembelajaran. Di luar kelas pula, Chanyeol, Iseul dan Minyoung sedang melutut bersama-sama sambil mengangkat kedua belah tangan ke atas. Masing-masing mengeluh kerana tengah didenda pada hari pertama sekolah.

“Ni semua kau punya pasal lah! Berdengkur kuat sangat!” Iseul tiba-tiba menuduh Chanyeol penyebab mereka ditangkap.

“Aku pulak?” Buntang mata Chanyeol bila dia dituduh berdengkur.

“Habis takkan kiteorang pulak?” jeling Minyoung.

“Yelah! Korang ingat korang Sleeping Beauty ke? Tidur diam-diam?”

“Eh budak ni! Lepuk karang!” Minyoung mengangkat tangannya.

“KAMU BERTIGA KAT LUAR TU! SENYAP!” Cikgu Jung menjerit dari dalam kelas. Ish, budak-budak ni, tengah kena denda pun boleh bergaduh!

Serta-merta mereka bertiga berhenti bercakap dan mengangkat tangan mereka semula. Terpaksalah mereka mengharungi waktu keempat itu di luar kelas dengan didenda melutut. Oleh sebab dah tak boleh berborak, mereka pun tertidur semula sambil melutut. Memang teruk betul dieorang ni. Mana-mana tempat pun boleh tidur. 10 minit kemudian kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri mereka. Ketiga-tiga mereka menegakkan kepala, tersedar dari lamunan bila bunyi itu semakin kuat dan kemudian berhenti di hadapan mereka.

“Hmmm… puas aku carik korang.. Memang dasar budak troublemaker! Hari first pun dah kena denda?”

Minyoung menekup mulutnya untuk menahan dirinya dari melahar ketawakan perempuan yang berdiri di hadapannya. Sowon yang datang dengan rambut warna biru mengerbangnya memandang tepat pada Minyoung dan Iseul. Di belakang Sowon, kelihatan Eunha dan Yerin yang turut mengikuti ketua mereka itu. Masing-masing sedang menjeling antara satu sama lain. Chanyeol pulak tercengang-cengang melihat situasi di depan matanya. Nak-nak lagi bila ternampak rambut biru menggerbang ketua pengawas itu. Dia kemudian memandang Iseul dan Minyoung. Sah, dieorang ni yang buat! Badan Chanyeol terus rasa seram sejuk. Dieorang berdua ni memang dahsyat!! Berani cari pasal dengan ketua pengawas! Memang gila lah!

“Korang semua memang menempah maut!” herdik Sowon pada 2 ekor minah yang tengah melutut tu. Namun Iseul dan Minyoung sikit pun tak goyang, malah memandang muka singa biru tu dengan muka yang paling ‘toya’.

“Eee…. Memang dasar budak jahat! Kecik-kecik tak nak mampus! Bila dah besar, jadi setan!!” jerit Sowon lagi.

Cikgu Jung sekali lagi terhenti dari mengajar bila dia mendengar suara Sowon dari luar kelas. Dia pun segera melihat apa yang sedang berlaku. Terkejut Cikgu Jung apabila melihat rambut Sowon kini sudah menjadi biru pekat, macam watak anime pun ada!

“Kenapa ni?” tanya Cikgu Jung pada Sowon.

“Dieorang berdua ni dah melampaui batas cikgu!!” Sowon memegang rambutnya yang mengerbang itu, mendakwa Minyoung dan Iseul adalah dalang ‘prank’ yang menyebabkan rambutnya jadi biru.

Cikgu Jung tergelak namun terus berhenti bila dia dijeling oleh ketua pengawas tu. Dia terbatuk-batuk membetulkan suaranya. “Hmm.. Kamu ada bukti ke?”

“Tak payah bukti!! Memang dieorang ni lah buat!”

“Mana boleh macam tu, Sowon. Kamu ketua pengawas. Kamu tentu tau yang kena ada bukti sebelum nak tuduh pelajar kat sini.”

Sowon macam tak percaya dengan kata-kata yang diucapkan oleh Cikgu Jung. Eh, dia ni. Kenapa nak bela sangat dieorang berdua ni? “Semalam, dieorang kena denda cuci toilet kat dorm kami. Jadi sapa lagi yang nak usik barang-barang kiteorang kalau bukan dua ekor ni dengan geng dieorang??”

“Tapi toilet kamu tu bukannya berkunci. Sapa-sapa pun boleh masuk kan?” tanya Cikgu Jung lagi.

“Memanglah, tapi mana ada budak yang berani nak masuk selain dieorang! Dieorang ni budak yang jenis tak makan saman!!

“Sowon, sabar!” Eunha dan Yerin cuba menenangkan ketua mereka. Mereka pun tak dapat nak cakap lebih-lebih, takut dieorang pula yang kena nanti. Bila Sowon dah marah, takde sapa yang boleh melawan dia.

Suasana di dalam kelas 1-D pula kecoh bila mendengar suara Sowon di luar. Semua pun terus bangun dari tempat duduk masing-masing mahu melihat sendiri apa yang sedang berlaku. Apabila melihat keadaan kelasnya menjadi bising, Cikgu Jung cuba mahu menamatkan perkara ini dengan cepat.

“Jadi sekarang ni kamu nak buat apa dengan mereka berdua ni?” soal Cikgu Jung.

“Nak bawak pergi jumpa pengetua lah! Mintak expel kan dieorang terus!”

Budak-budak di dalam kelas pun berbisik-bisik sesama sendiri. Iseul dan Minyoung berpandangan antara satu sama lain. Alamak! Sampai tendang keluar sekolah??? Biar betul?? Mereka berdua mula gelabah. Tak mustahil perempuan singa ni dapat expel kan dieorang. Yelah, geng Blue Ribbon ni orang penting kat sekolah ni, tambah lagi Sowon ni salah seorang waris keluarga kaya kat Korea, confirm pihak sekolah dengar cakap dia.

Cikgu Jung pula tergelak sekali lagi, kali ni tak cover-cover langsung bila mendengar kata-kata Sowon. Sowon menjeling bila mendengar cikgu lelaki ni boleh pulak bantai ketawa bila dia cakap nak bawak ke pengetua.

“Tak payah lah beria-ia sangat. Pengetua pun ada banyak benda penting nak buat selain nak selesaikan masalah kamu. Lagipun kamu tak cukup bukti, pengetua pun tak nak layan kamu nanti!” ujar Cikgu Jung.

Sowon mendengus dan mengetap bibirnya. HURGGGHHH! Kenapa ramai pulak yang nak tolong cover budak-budak setan ni? ‘Nasib baiklah kau cikgu, kalau tak dengan kau-kau aku maki!’

“Fine!! Saya akan bawak dieorang untuk didenda sekali lagi,”

“Suka hati kamulah. Tapi sekarang ni waktu belajar. Nak denda-denda semua lepas habis sekolah nanti,”

“Tapi dieorang berdua pun bukannya buat apa pun kat luar ni!”

“Sekarang ni dieorang tengah laksanakan denda dari saya. Tak ada sapa pun boleh masuk campur, termasuk awak!” Cikgu Jung meninggikan suarannya. Sowon mendengus sekali lagi. ‘Eeeeee!! Celaka betul!!’

Dalam keadaan marah, Sowon terus beredar dari tempat itu. Yerin dan Eunha menunduk meminta maaf berkali-kali pada Cikgu Jung dan terus mengikut Sowon pergi dari situ. Cikgu Jung menggelengkan kepala. Dia faham sangat kerenah Sowon tu. Memang ramai student dah complain pasal dia salah gunakan kuasa pengawasnya. Tapi disebabkan dia adalah anak kepada alumni sekolah ni, dia dan keluarganya dilayan baik. Nasib lah kau Sowon. Buku dah bertemu ruas! What you give, you get back lah!

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️