oo4 : Biar Sampai Syurga

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

  Sambungan     

 

Ah, lantaklah. Sekarang bukan masa untuk dia fikirkan semua benda ni. Barisan di hadapannya semakin pendek. Sudah ramai pelajar selesai mendaftar. Tinggal lagi 2 orang budak perempuan kuat gossip tu dan selepas itu tiba gilirannya. Iseul mula kecut perut balik. Dia mula fikir macam-macam cara untuk elakkan dari mendaftar. Mungkin dia boleh terus saja keluar barisan dan terus berlari dan berlari sampai hujung dunia. Oh Tuhan, tolonglah! Jangan bagi aku sebilik dengan orang yang pelik! Dan jangan bagi aku sebilik dengan minah narsistik si Solbin tu. I’d rather die than being her roommate!

Budak perempuan yang tinggi itu sudah beredar dari meja pendaftaran. Dia dan kawannya tadi sama-sama menuju ke family masing-masing. Kini tiba giliran Iseul. Dia menelan air liurnya. Dia berjalan dengan perlahan sambil menyeret bagasinya menuju ke meja pendaftaran. Ada dua orang pelajar perempuan yang sedang menjaga kaunter tersebut. Mereka memakai kot sekolah dan memakai riben royal blue sebagai pengganti tali leher. Mereka berdua senyum kepada Iseul dan menyapa selamat datang. Iseul merenung wajah mereka, dia cuba balas senyum diaorang tapi mukanya tiba-tiba membeku akibat terlampau nervous. Bila melihat Iseul tidak membalas senyuman dan sapaan mereka, 2 orang pelajar perempuan itu berubah muka. Jelas mereka bengang namun mereka terpaksa senyum semula dengan lebih lebar sambil mengetap bibir. Salah seorang daripada mereka memandang tajam ke arah Iseul. Sebijik macam serial killer.

“Nama, nama ayah dengan nama ibu?” tanya budak perempuan berambut panjang yang duduk di sebelah kanan. Tangan kanan budak perempuan itu memegang pen manakala tangan kirinya memegang pembaris. (Orang Korea ni umur 17 tahun baru ada IC so penulis pun hentam jelah. Tak tahu apa maklumat yg diaorang mintak kalau betul-betul nak mendaftar sekolah)

“Jung Iseul. Nama ayah, Jung Sung Ho. Nama ibu, Lee Bong Suk” jawab Iseul.

Budak perempuan itu terus mencari nama Iseul di dalam kertas pendaftaran itu menggunakan pembaris. Apabila dia jumpa nama Iseul di dalam senarai yang panjang tu, dia menunjukkan sesuatu kepada budak perempuan sebelahnya. Budak perempuan sebelahnya yang memakai cekak itu pun segera mencari sesuatu di dalam kotak.

“Sila tandatangan di sini dan isi maklumat yang diminta,” budak perempuan berambut panjang itu menghulurkan pen berwarna biru kepada Iseul. Iseul ambil pen dari tangan dia dan segera mengikut arahan. Selesai dia isi borang itu, budak perempuan di sebelah kiri itu berdiri.

“Ini adalah uniform sekolah awak mengikut saiz yang telah diberitahu,” hulur budak perempuan yang memakai cekak itu. Bila pulak dia bagitahu? Oh, mungkin appanya yang uruskan dengan pihak sekolah sebelum dia masuk mendaftar. “Sila tukar baju anda kepada uniform sekolah selepas ini. Pada pukul 11 pagi, taklimat untuk pelajar baru akan dibuat di dewan utama. Semua wajib pakai uniform,” Budak perempuan itu menghulurkan fail berwarna biru pula. “Dalam fail ni ada risalah, kertas pendaftaran kelas dan sebagainya. Jangan hilangkan,” Kemudian budak perempuan itu menghulurkan sekeping kertas berwarna pink. “Ini nombor bilik awak. Tiada sebarang pertukaran bilik boleh dibuat. Sila segera kemaskan bagasi kamu sebaik saja sampai di bilik. Ingat, pukul 11 ada taklimat,”

“Er, dorm saya nombor berapa ye? Tak tulis pun dalam kertas ni,” tanya Iseul yang kebingungan. Budak perempuan memakai cekak itu menjeling. “Kat sekolah ni semua dorm satu-satu je. Perempuan satu, lelaki satu. Tak tahu ke?”

Wah, kau ni dah kenapa, perempuan? Siap perli bagai. Ikutkan hati mau je dia balas balik tapi Iseul malas nak buat kecoh. Dia minta maaf dan terus beredar dari meja pendaftaran. Iseul berjalan-jalan sambil mengheret bagasi berodanya mencari eomma dan appanya. Dalam hatinya dia mengomel. Boleh tahan student kat sini. Berlagak nak mampus! Perangai dieorang tadi sama je macam minah-

Terhenti langkah Iseul melihat eomma dan appanya sedang berborak dengan Solbin dan familynya dari jauh. Speaking of the devil! Baru je dia terfikir pasal minah narsistik ni tadi. Kenapa la mulut dia masin time-time macamni. Ahhhh.. kenapa diaorang ni ada lagi kat sini. Kalau dah register, balik jelahhh. Dah la dia tengah nervous, pastu kena perli dengan 2 ekor tadi. Ni terserempak pulak dengan orang yang paling dia benci dalam dunia. Eomma Iseul ternampak Iseul dan segera melambai-lambai supaya dia datang ke arah mereka. Kaki Iseul berjalan ke arah eomma dan appanya dalam keadaan terpaksa. Solbin pula tengah memberikan senyum yang paling fake sambil berborak dengan eomma dan appa Iseul.  Bila dia ternampak Iseul sedang berjalan ke arah mereka semua, senyumannya longg

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️