oo3 : That Dreaded Day

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hari yang dinantikan telah tiba. Iseul telah ‘diheret’ oleh parentsnya untuk mendaftar masuk ke Sekolah Tinggi Shin Song Soo, di bandar Adong. Perjalanan mereka mengambil masa lebih kurang 3 jam. Di dalam kereta, Iseul diam seribu bahasa. Ikutkan hati, dia nak saja larikan diri pada malam tadi tapi senakal-nakal dia, dia masih takde keberanian nak bertindak sampai macam tu sekali. “Takpe, aku akan balas dendam dengan cara lain. Nanti aku takkan study langsung-langsung! Biar dapat result teruk, biar dieorang tahu yang ada benda dalam hidup ni tak boleh dipaksa!” jerit hati Iseul. Kepantangan buat Iseul apabila dirinya dipaksa-paksa dan bila dia dicabar. Jangan cabar dia, sebab dia akan buat. Itu prinsip hidup Iseul yang dia pegang kuat sehingga kini.

Pernah sekali, dia dicabar untuk curi masuk ke dalam sekolahnya pada waktu malam.  Iseul dan seorang budak lelaki di kelasnya bergaduh dan pergaduhan mereka berakhirnya dengan cabaran. Siapa yang dapat masuk sekolah dan curi barang guru kelas mereka tanpa ditangkap Pak Guard akan diiktirafkan sebagai budak ter’cool’ sekali dekat sekolah. Iseul hanya berumur 11 tahun ketika itu. Walaupun masih kecil, dia sangat berani membuatkan dia tak teragak-agak untuk terima cabaran bodoh tu. Semua orang tahu yang Jung Iseul pantang dicabar. Kawan-kawan perempuannya puas nasihatkan Iseul supaya jangan termakan hasutan budak-budak lelaki di dalam kelas mereka. Mereka sengaja mengumpan Iseul untuk buat salah dan nanti mereka akan beritahu cikgu. Tapi Iseul tetap dengan keputusannya. Dia tetap akan teruskan dengan cabaran tu. Sekali dia dah janji, dia takkan mungkir.

Apabila tiba hari kejadian, tak sempat Iseul nak masuk ke bilik guru, dia telah ditangkap Pak Guard. Kata-kata kawan perempuannya benar. Budak lelaki yang mencabarnya telah belot dan beritahu sendiri Pak Guard. Iseul kena marah teruk dengan mak ayah dia. Dahlah seludup masuk sekolah waktu malam, dia juga seludup keluar dari rumah senyap-senyap. Bila tiba di rumah, appanya melibas dia dengan tali pinggang. Tapi Iseul sikit pun tak nangis, sebab nak tunjuk hero. Bila dia masuk je dalam bilik,  dia menangis sampai tersedu-sedu. Eommanya yang kebetulan lalu di tepi biliknya masuk memujuk anaknya. Walaupun anak perempuannya degil dan nakal tapi Iseul soranglah anak perempuan mereka. Siapa yang tak sayang anak sendiri kan. Tapi Iseul tetap Iseul.  Dia memang jenis budak tak makan saman. Walaupun dia dah berapa kali kena sebat, Iseul tak pernah serik. Itulah sebab ayahnya mahu masukkan dia ke sekolah asrama supaya dia jadi lebih berdisiplin dan terkawal.

Tapi senakal-nakal Iseul, dia tak merokok, hisap dadah atau keluar berpeleseran. Selalunya dia ni bergaduh bila dia dicabar je. Dia hanya akan bergaduh bertumbuk dengan budak lelaki. Jarang dia bergaduh dengan budak perempuan (sebab kebanyakkan dari dieorang takut dengan Iseul). Kalau dia bergaduh pun, dia hanya akan bergaduh mulut. Iseul tak pernah (dan takkan) memukul kaum sejenisnya melainkan dia telah sangat – sangat di’provoke’.

Dalam Iseul dok menyumpah seranah dalam kereta, sedar tak sedar mereka sudah sampai ke destinasi mereka. Iseul yang tadi berbaring di seat belakang segera menegakkan badannya. Di luar kereta, kelihatan ramai orang menuju ke dalam kawasan sekolah. Berbagai susuk tubuh berpusu-pusu menuju masuk. Lelaki, perempuan, tinggi, rendah, besar, kecil, tua dan muda. Ramai ibu bapa menolong anak mereka membawa bagasi dan masuk mendaftar di pintu utama sekolah tinggi itu. Seorang pelajar lelaki kelihatan memberi arahan tangan memberitahu tempat untuk meletakkan kenderaan berada di hadapan. Ligat tangan pelajar lelaki tersebut melambai-lambai ke arah kenderaan yang mula banyak. Appanya meletakkan kereta berhampiran dengan pintu utama sekolah itu dengan bantuan pelajar lelaki lain. Setelah menolong kenderaan mereka, pelajar itu segera menolong kereta lain pula. Senyuman langsung tak lekang dari bibir pelajar-pelajar lelaki itu.  Iseul rebahkan semula badannya di kerusi belakang kereta. Dalam hatinya mengomel kenapa mereka boleh cepat sangat sampai. Appa dan eommanya sudah berada di luar kereta dan sedang mengangkat bagasi Iseul keluar dari boot kereta. Iseul masih berada di dalam, tak mahu keluar.

“Cepat keluar, sayang. Nanti kalau lambat register, dapat bilik tak best pulak,” eommanya mengetuk cermin tingkap menyuruh Iseul keluar dari kereta segera. Huh, baru sekarang nak panggil dia sayang, cebik Iseul.

“Cepat keluar, Iseul. Jangan nak buat perangai kat sini.” Tegur appanya tegas. Misainya mula bergerak-gerak menahan sabar melayan kerenah anak bongsunya itu. Iseul pun keluar dari perut kereta itu dengan muncungnya yang boleh sangkut payung. Appanya mengulurkan bagasi beroda besar berwarna silver kepada Iseul. “Tarik sendiri,” kata appanya.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️