o16: Mission Impossible #1

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

Iseul terdiam di atas katil walaupun ketiga-tiga kawannya sedang berborak. Otaknya ligat berfikir tentang Luna sunbae dan juga pertemuannya dengan Mark sunbae tadi. Mungkin dia tak patut tiba-tiba je minta diri. Mungkin dia tak patut sebut nama Minho sunbae. Mungkin kerana perbuatannya yang pelik itu telah membuatkan Mark sunbae salah faham. Dalam kepala otak Iseul seperti ada perang yang berlaku. Ahhh, dia sendiri pun dah tak tahu mana satu yang patut dia fikirkan. Iseul berkhayal dalam lamunannya sehinggalah ada sebuah bantal hinggap tepat di kepalanya.

“Hoi perempuan! Penat kiteorang panggil, tak dengar ke?” suara Minyoung akhirnya masuk ke dalam telinga Iseul. Dia terpinga-pinga melihat ketiga-tiga kawannya itu yang sedang memandang tepat ke arahnya.

“Sorry, tak dengar…” jawab Iseul.

“Kau okay ke ni? Jauh sangat berfikir tu. Ada apa?” tanya Bora pula, bimbang melihat keadaan Iseul yang lain seperti biasa.

Iseul terdiam seketika. Dia berfikir-fikir dan kemudian membuat keputusan untuk memberitahu hal sebenar. “Aku ada satu benda nak cerita ni. Ada benda yang aku nak mintak tolong korang,” ujar Iseul. Dia kemudian menceritakan tentang segalanya dari pertemuan dengan Luna sunbae, permintaan sunbaenya itu hinggalah maklumat yang dia dapat dari Jinyoung sunbae. Mereka bertiga yang lain mendengar dengan penuh teliti.

“Korang rasa macam mana? Mission ni betul-betul mission impossible ke?” Iseul sudah mula ragu-ragu dengan keputusannya yang mahu menolong Luna.

Bora kemudian membetulkan kedudukannya di atas katil untuk menghadap Iseul, “It’s not impossible BUT it is quite hard,”

“How?”

“First of all, apa yang Jinyoung sunbae cakap tu betul dan lubang tu masih ada lagi kat situ. Masih lagi belum ditutup.”

“Kau serius? Macam mana kau tau?” Buntang mata Iseul memandang kawan tomboynya itu.

“Well, ni Bora lah! Besides, aku dah explore every single nook and cranny kat sekolah ni,”

“Bila masa kau buat?” soal Minyoung.

“Time riadah!”

“Patutlah kau selalu hilang!” Nari bangun mencekak pinggang. “Cikgu kelas kita asyik tanya dekat aku mana kau pergi masa riadah. Rupanya kau merayau pulak!”

Bora tersenyum lalu mengangkat bahunya.

“Jadi kau dah pernah tengoklah pagar berlubang tu. Besar tak? Muat tak kalau aku nak lalu?” tanya Iseul tak sabar.

“Taklah besar sangat tapi kita semua muat lalu situ,”

“Baguslah kalau macam tu,” senyum Minyoung.

“Eh, korang tak payah lah ikut! Biar aku pergi sorang je.” Iseul berdiri dari katilnya.

“Mana boleh! Aku nak ikut ko ponteng jugak!”

“Ish, benda ni bukan main-main tau! Kalau kita kena tangkap, boleh kena expel!” tegas Iseul.

Mereka semua terdiam. Terlupa pula yang mereka sedang berada di 4S, antara sekolah yang strict sekali tentang peraturan ni. Lagi-lagi mereka semua telah dicop sebagai troublemaker. Sikit salah je, hukuman berat yang mereka akan dapat.

“Apa yang Iseul cakap tu betul. Lagipun kalau kita berempat tiba-tiba tak datang sekolah esok, bukan ke pelik?” tambah Nari. Dia selalunya akan menjadi orang yang paling rasional ketika menghadapi hal-hal sebegini.

“Tapi kau tak boleh nak pergi sorang. Bahaya,” cebik Minyoung. Dia hanya mahu menemani teman baiknya dan bukanlah sekadar mahu suka-suka ikut ponteng sekali.

“Itu pun betul jugak. Kau tak boleh pergi sorang diri,” angguk Nari.

“Jadi macam mana sekarang?” soal Minyoung.

“Aku ada solution,” Bora bersuara.

“Apa dia?”

“Biar aku yang ikut Iseul,” jawab Bora

“Kenapa kau pulak?” panjang muncung Minyoung mendengar kata-kata Bora.

Iseul mendepakan tangannya. “Tak payah! Sapa-sapa pun tak payah ikut aku!”

Bora segera bangun dari katilnya untuk menenangkan keadaan. “Sabar-sabar. Setelah aku buat kira-kira akulah orang yang paling sesuai sekali untuk teman Iseul,”

“Tapi aku cakap tak-“

“Shh, Iseul. Kau tak boleh pergi sorang. Either you go with one of us or don’t go at all!”

Iseul mencebik bila dimarahi budak tomboy itu.

“Jap, kenapa kau kata kau yang paling sesuai?” soal Minyoung.

“Okay. First sekali, kau dari awal lagi tak boleh sebab korang berdua satu kelas. Kalau korang berdua tiba-tiba tak datang mesti akan menimbulkan keraguan cikgu. Jadi tinggal sama ada aku atau Nari. Second, kalau nak dibandingkan aku dengan Nari, aku lebih athletik sikit. Sorry terkutuk kau terang-terangan,” Bora ketawa lalu menabik kepada Nari dan kawannya itu membalas dengan menjelirkan lidahnya. Nari tak pula marah kerana apa Bora katakan memang betul.

“Apa kaitan atletik dengan mission ni?” tanya Minyoung lagi.

“Hish, yelah.. nak keluar masuk pagar, panjat sana, panjat sini semua tu kena guna tenaga! Ingat senang ke!” Bora mencekak pinggangnya.

Minyoung bangun dan menunjukkan dirinya, “Kalau macam tu, patutnya akulah calon paling sesuai sekali! Berbanding korang semua, akulah paling atletik sekali!”

Nari menggelengkan kepalanya. “Hishhh, tak paham lagi budak ni! Kau tak boleh sebab kau sekelas dengan Iseul! Nanti cikgu mesti syak bila korang berdua serentak tak datang!”

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Perbualan mereka terus terhenti. Iseul cepat-cepat bangun dari katilnya untuk membuka pintu. Pasti Luna sunbae yang berada di luar bilik mereka itu. Tekaan Iseul tepat bila Luna berdiri di hadapan pintu bilik mereka. Iseul mengajaknya masuk dan kemudian mengenalkan Luna kepada roommatenya. Kemudian mereka berlima berkumpul. Luna duduk di atas katil Iseul dan Minyoung serta Nari duduk di atas katil Bora.

“Sorrylah unnie. Saya dah bagitau hal ni dekat dieorang,” kata Iseul.

“Takpe. Unnie pun sebenarnya memang tak bagi kamu pergi sorang. Bahaya.”

“Jangan risau. Saya akan teman Iseul sekali,” Bora mencelah dan Minyoung memuncungkan mulutnya kerana kecewa tak dapat ikut Iseul.

Luna tersenyum. “Thanks sebab korang sudi tolong. Unnie tahu permintaan unnie agak melampau tapi kat sekolah ni hanya korang je mampu buat macam ni. Sebab takde student lain yang segila korang. Korang je berani langgar peraturan sekolah yang strict ni.”

Bangga sekejap mereka berempat bila mendengar pujian dari Luna itu. Kalau pelajar lain, mungkin marah bila dianggap ‘rebelious’ tapi tidak The Stinkies. Itulah matlamat mereka sejak dari hari pertama mereka dibuli oleh geng Blue Ribbon. Fight the system and don’t just be a follower.

“Don’t worry! Kiteorang takkan bagi boyfriend unnie jatuh ke tangan perempuan plastik tu!” ujar Iseul. Luna tergelak mendengar kata-kata dari Iseul lalu mereka semua pun ketawa. Kemudian Luna sambung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️