o17: Mission Impossible #1.2

⌈4S: Sekolah Setan-Setan Seantero!⌋
Please Subscribe to read the full chapter

 

  SAMBUNGAN      

Sudah pukul 9 pagi. Iseul mengintai-intai dari tingkapnya. Semua pelajar nampaknya sudah masuk ke dalam kelas. Pengawas yang berlegar-legar di hadapan sekolah untuk mendenda pelajar yang lambat pun nampaknya sudah masuk. Line nampaknya dah clear.

 

  “Ready Bora?” Jantung Iseul berdegup-degup ketika ingin memulakan langkah pertama mereka.

 

Bora mengangguk. Mereka kemudian mengambil beg silang yang diletakkan di bawah katil dan memakainya. Oleh kerana mereka masih berada di dalam kawasan sekolah, mereka terpaksa memakai baju sekolah untuk elak nampak pelik. Mereka akan tukar baju di pondok kecil yang diberitahu Luna.

 

Mereka kemudian keluar dari bilik dan turun tangga perlahan-lahan lalu keluar dari dorm mereka. Kepala mereka berdua tertinjau-tinjau tak ubah macam ayam tengah cari makan. Bora berada di hadapan kerana mahu memberi signal pada Iseul untuk elak dari dirakam CCTV. Berkat dikurniakan kaki yang pantas berlari, mereka berjaya sampai ke Dataran Shin dalam masa kurang dari 5 minit. Mereka kemudian bergerak menuju ke gym.

 

Untuk ke padang, mereka terpaksa melintasi kawasan gym dan menuruni 20 anak tangga. Bora menghentikan langkahnya. Dia menyuruh Iseul menyandarkan badan rapat ke dinding. Bora kemudian menunjukkan CCTV yang berada di atas bumbung gym itu. Iseul mengangguk. Dia mengikut arahan Bora. Mereka berdua mengesot badan mereka rapat ke dinding itu sedikit demi demi sedikit untuk bergerak ke hadapan. Bila nampak saja anak tangga untuk turun ke padang, mereka cepat-cepat bergolek dan melompat untuk elak ditangkap masuk dalam CCTV. Dengan pantas kaki mereka berlari turun meniti 20 anak tangga itu.

 

Bila mereka sudah tiba di kawasan padang, terbongkok-bongkok masing-masing berlari hingga ke hujung kawasan padang tersebut. Mereka tercari-cari lubang yang disebut-sebut oleh senior mereka. Tumbuhan hijau penuh menjalar di atas pagar besi mengelilingi kawasan itu. Mereka perlahan-lahan merangkak mencari lubang ‘Alice in Wonderland’ yang bakal membawa mereka ke ‘dunia’ sebelah sana. Ada di satu kawasan dekat pagar besi itu, penuh bunga Seri Pagi yang sedang mekar menjalar di atas pagar itu. Sepanjang pagar itu, langsung tiada bunga Seri Pagi itu melainkan di kawasan itu. Intuisi Bora mengatakan di situlah lubang yang mereka cari.

 

  “Iseul, aku rasa lubang tu ada dekat bunga Morning Glory tu,” Bora menunjukkan ke arah bunga tersebut.

 

Iseul mengangguk faham. Mereka merangkak sehingga tiba di tempat tersebut. Mereka menyelak segala tumbuhan yang tumbuh di atas pagar itu dan ternyata gerak hati Bora betul. Memang di situlah lubang yang mereka cari. Mereka pun cepat-cepat melalui lubang tersebut dan kemudian menutup semula dengan tumbuhan-tumbuhan hijau tadi. Bora dan Iseul menyapu-nyapu badan mereka dari dedaunan yang melekat pada uniform sekolah mereka.

 

  “Kita belum keluar dari 4S lagi kan?” Iseul memandang Bora.

 

  “Belum. Luna sunbae cakap kita kena lari ke arah kanan sampai jumpa tembok. Pastu kita kena panjang,”

 

Iseul menelan air liurnya. Matanya terpejam-celik. Panjang lagi rupanya perjalanan ‘curi keluar’ mereka ini. Tanpa membuang masa, mereka berdua pun mula berlari mengikut peta yang diberikan…

 

 

Di dalam kelas 1-D.

 

9.15 A.M

 

Minyoung telah menyerahkan surat pelepasan dari Nurse Lee kepada guru kelas mereka ketika waktu pertama ‘homeroom’ tadi. Nasib baiklah budak kelasnya yang betul-betul demam tu pun masih lagi bercuti jadi cikgu kelasnya terima saja surat itu tanpa banyak soal. Terus cikgu kelas mereka menasihati supaya murid-muridnya menjaga kesihatan masing-masing.

 

Di dalam kelas 1-A

 

9.45 A.M

 

Nari sedang sorok-sorok bermesej dengan kawan-kawan yang lain di group Kakaotalk mereka. Dia terpaksa menyembunyikan telefon bimbitnya, bimbang akan dirampas kerana mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ketika waktu belajar. Info terbaru yang Nari dapat adalah Iseul dan Bora sudah berjaya berada di luar kawasan sekolah. Mereka telah menukar pakaian dan sekarang sedang menunggu bas di bus stop yang telah diarahkan. Nari berdoa semuanya akan berjalan dengan lancar.

 

Solbin memandang pelik melihat tindak-tanduk Nari. Dia melihat kerusi kosong di sebelah meja Nari. Si tomboy tu tak datang hari ni. Demam katanya. Namun, Solbin rasa seperti sesuatu sedang berlaku, dia rasa hairan bin ajaib bila lihat si budak skema Nari tu macam tak senang duduk sedangkan minah skema tu selalu fokus dalam kelas. Sesekali terlihat si minah spek mata ni di depannya itu tertunduk macam tengah periksa sesuatu di bawah mejanya. Apabila Solbin nampak dengan jelas apa yang minah tu sedang buat, dia tersenyum sinis.

 

Di Luar Kawasan Sekolah. Di Bus Stop Kedua

 

9.45 AM 

 

Mereka berdua berjaya sampai ke bus stop yang disuruh setelah penat lelah meneroka kawasan sekolah mereka itu. Masing-masing duduk di bangku menunggu sambil mengambil nafas. Iseul membuka begnya untuk mengambil plastic berisi roti dan juga air mineral. Perutnya sudah bergendang minta diisi. Melihat Iseul mula makan, Bora turut ikut sama. Masing-masing tak bercakap dek kerana terlalu penat melalui onak duri beberapa puluh minit sebelum ini. Dalam beberapa saat je, roti dimakan mereka habis. Mereka berdua kemudian berbual kecil sambil menunggu ketibaan bas.

 

Setelah beberapa minit berlalu, kawasan bas stop itu mula penuh dengan orang ramai. Mereka berdua cepat-cepat menutup muka mereka dengan hoodie yang dipakai. Takut-takut kalau ada orang cam mereka budak sekolah. Iseul dan Bora tercangak-cangak menunggu bas yang tak kunjung tiba. Bora melihat jam tangan yang dipakainya berkali-kali.

 

   “Mana basnya nie??? Berkurun dah tunggu ni!” keluh si budak tomboy itu.

 

  “Sabarlah… kita ni kan bukan dekat bandar Seoul nun… ni pekan kecik je. Lambat sikit tu biasalah,” jawab Iseul yang sedang duduk di atas bangku di bus stop itu sambil bermesej dengan yang lain di dalam group Kakaotalk mereka.

 

  “Hmm, ada apa-apa berlaku ke?” Bora duduk di sebelah kawannya dan menjengah kepalanya melihat telefon bimbit Iseul.

 

  “Takde apa-apa. Cikgu kelas kita just terima surat pelepasan tu tanpa ada soalan. Setakat nie tak ada apa-apa problem,”

 

Bora mengangguk. Tangannya menyeluk poket hadapan ‘hoodie’ hitam dipakainya. Mereka berdua berbual dan tak lama kemudian bas yang dinanti-nantikan pun sampai. Mereka serta merta berdiri dan menunggu pintu bas itu dibuka. Sedang mereka mahu naik, pemandu bas itu memandang mereka berdua. Iseul dan Bora menelan air liur. Aik, janganlah pakcik ni syak dieorang ponteng sekolah pulak. Yelah, rupa dieorang tu langsung takde macam orang dewasa, terang-terangan rupa budak sekolah lagi!

 

Namun pemandu bas itu beralih pandangannya memandang depan. Tiada sebarang reaksi ditunjukkan oleh pakcik bas itu. Bora dan Iseul menarik nafas lega. Mereka berdua meniti anak tangga bas itu dan memilih tempat duduk paling belakang. Bora berbisik kepada Iseul,

 

  “Kau rasa pakcik bas tu perasan tak kita ni tengah ponteng?”

 

   Iseul mengangkat bahunya, “Ntahlah. Harap-harap tak. Tengok dari muka macam tak.. tapi tak tahulah kalau diam-diam pakcik ni spy sekolah kita!”

 

  Bora menelan air liurnya. “Spy?? Matilah!”

 

“Alah, itu aku punya teori je.” Iseul menenangkan Bora. Oleh kerana tidak mahu nampak terlampau menonjol, mereka berdua memilih untuk mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke pekan. Nampaknya orang-orang yang naik bas bersama mereka tidak hiraukan pun pasal penumpang-penumpang lain.

 

Setelah hampir satu jam mereka di dalam bas, mereka akhirnya tiba ke destinasi. Bora dan Iseul segera turun dari bas dan mereka cepat-cepat membuka peta yang dilukis Luna untuk mengetahui kedudukan kedai kasut tersebut. Melalui peta tersebut, Bora dan Iseul mencari arah kedai itu. Agaknya kerana doa-doa kawan mereka, Bora dan Iseul menemui kedai kasut itu dengan mudah. Tanpa sesat mahupun ditahan orang lalu lalang sebab muka dieorang ni sah-sah macam budak sekolah yang tengah ponteng!

 

Bora dan Iseul berdiri di hadapan kedai kasut tersebut. Mereka meninjau-ninjau di dalam kedai kerana kedai itu masih belum dibuka. Bora melihat jam tangannya lalu dahinya berkerut. “Takkan tak bukak lagi, wey? Dah pukul berapa ni?” Iseul pun seraya melihat jam tangannya. Sepatutnya waktu macam ni kedai sudah bukak. Malahan kedai-kedai di sekeliling mereka pun sudah beroperasi kecuali kedai kasut ni.

 

Tiba-tiba Bora meluru ke pintu hadapan kedai itu. Kepalanya terteleng membaca sesuatu. Iseul terus menegur Bora yang berkelakuan pelik secara tiba-tiba itu. “Kau dah kenapa?”

 

“Ni, kau tengok ni! Ada notis!” Jari telunjuk Bora mengetuk cermin pintu hadapan kedai itu.

 

‘KEDAI INI TUTUP SELAMA SEMINGGU KERANA ANAK TOKEY BERKAHWIN’

 

Melopong Bora dan Iseul apabila mereka membaca notis yang ditampal di hadapan kedai itu.

 

Bora menekup mukanya dengan rasa tak percaya. “Oh, sh*t. Apa kita nak buat sekarang?

 

 

Di dalam kelas 1-D

 

Mata Minyoung langsung tak fokus pada pembelajarannya ketika itu dan sedang sorok-sorok melihat telefon bimbitnya yang diletak bawah meja. Dia merasa ada getaran, menandakan ada mesej baru masuk. Minyoung segera membacanya dengan berpura-pura ambil buku.

 

From: Iseul

“Kedai kasut tutup!!! Sekarang ni macam mana??!!!”

 

  “Hah! Tutup??!” Minyoung secara tak sengaja menjerit. Semua rakan sekelasnya memandang ke arah Minyoung. Minyoung tersedar dia baru saja menjerit macam orang gila kat dalam kelas. Cikgunya yang sedang menulis di papan hitam pun berhenti melihat gelagat Minyoung.

 

  “Kamu dah kenapa Minyoung? Kamu berangan apa tiba-tiba menjerit ‘tutup’ tu?

 

  “Sorry cikgu! Dia tu mintak saya tutup tingkap ni sebab ada binatang apa ntah terbang masuk. Dia geli katanya,” Tangan Minyoung lurus menunjuk ke arah Chanyeol. Semua mata kemudian tertumpu kepada budak lelaki tinggi lampai itu.

 

Jari telunjuk Chanyeol menunjuk kepada dirinya sendiri, terkejut dengan tuduhan Minyoung. Dia pun sebenarnya baru terjaga dari tidur akibat tempikan Minyoung tadi. Chanyeol terus mengelengkan kepalanya bila mata cikgu membulat memandangnya. Namun dia ternampak Minyoung seperti merayu, mahu dia mengaku apa yang budak perempuan tu cakap benar. Minyoung mengosok kedua tapak tangannya, berharap Chanyeol ‘just go with the flow’. Chanyeol mengeluh. Kalau tak ikut, karang dia pulak kena belasah. Dahlah geng-geng dia semuanya gangster-gengster. Nak tak nak, terpaksalah ikut.

 

  “Er, ha’ah cikgu. Tadi ada ulat gonggok terbang. Saya geli dengan ulat gonggok,” jawab Chanyeol, sambil mengaru kepalanya.

 

  “Chanyeol, ulat gonggok mana boleh terbang. Tula, tidur lagi dalam kelas saya.” Cikgu mengeleng-gelengkan kepalanya. Satu kelas mengetawakan Chanyeol dan dari jauh Minyoung mengujar ‘thank you’ pada Chanyeol. Budak tinggi lampai itu hanya mampu mengangguk lalu melepaskan keluhan yang pendek.

 

 

Di kelas Luna. 2-B

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Iefa_San
Selamat datang pada readers baru dan Welcome Back to my old readers!! Please leave a comment for the new chapter, ye! Love you! <3

Comments

You must be logged in to comment
BabyBaekBacon
#1
Chapter 20: Huwaaaa!!! Takut jer kalau diorang bagi vid tu kat Solbin nanti dia sebarkannn ? !! Goodluck stinkies curi spender ?
Zitaopabo #2
Chapter 20: Cliffhangerrrrrrrr kak iefaaaa T.T oh goshhhhhh. Dia punya berdebor macam saya yang buat hahahahahah kenapa kak iefa kenapa dibiarkan tergantunggggg ;-----; berani betul budak2 busuk ni!! XDDDDD Kalau saya idaklah. Memang sanggup kena buli je gamaknya hahahahah cepat2 lah update ya! Thank you update tahun ni! Sekejap je rasa XDDDDD Anyway, Happy New Year Kak Iefa <3
Zitaopabo #3
Chapter 19: Yayyyyy! Selesai sudah misi! Fuhhhhh debaran yang susah nak diduga XD ni fav chapter ni :'))) geram weh dengan rombongan cik kiah blue ribbon tu. Walaupun sowon bias saya, dia punya annoying dalam ff ni tak boleh cerita. Menjadi-jadi annoying dia hahahahahaha. woahhhhhh kak iefa thanks for the updateeeeeeee :3 dang, preview for the next chapter buat saya suddenly goosebumps hahahahahah. Tak sabar! ><
BabyBaekBacon
#4
Chapter 19: Chapter 18: Thanks Author sebab sambung cerita ni ! THIS IS MY FAVORITE STORY IN ASIANFANFICS!!! 사랑해요!!!!!! ❤️