Chapter 02
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Hari ini, Hyeri bangun awal pagi untuk pergi ke Dongdaemun.
Buat apa? Shoppinglah kan..! Hey sorry..of courselah nak cari birthday present untuk namchinnya, Minho.
Entah mengapa dia mahu juga belikan hadiah untuk Minho.
Hari ini merupakan hari minggu. Jadi, dia bersiap awal kerana takut tidak ada parking pula nanti.
Setelah bersiap, Hyeri bergegas menuruni anak tangga untuk menikmati sarapan. Dia terus menuju ke dapur dan menegur eommanya,Puan Han.
"Omma! Goreng apa tu? " "Omma goreng donat .Kuih kegemaran Hyeri." jawab Puan Han. Hyeri mengangguk lalu duduk di meja makan .
Sementara menunggu eommanya selesai menggoreng donat, dia melihat makanan lain yang terhidang di atas meja. "Hmm..ada sosej."
Tak basuh tangan lagi,Hyeri terus mencapai sebatang sosej untuk dimakan tetapi Puan Han terlebih dahulu sempat memukul tangan anaknya itu sebagai tanda peringatan.
"Hyeri kalau ya pun nak makan, basuhlah tangan dulu.Kamu ingat tangan kamu tu bersih ke? Kalau sakit perut, siapa yang susah? Omma juga yang susah kena hantar kamu ke klinik." tegur Puan Han lebar. "Hehe..Mian omma.Hyeri lupalah.Hyeri pergi basuh tangan dulu ya." katanya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu. Haha..dah besar panjang pun masih kena tegur lagi..
Hyeri kembali duduk di meja makan. Kemudian bersarapan bersama eommanya. Appa Hyeri? Appanya tiada di rumah selama beberapa bulan kerana outstation di Amerika.
Ketika Hyeri sedang sibuk mengunyah donatnya, matanya meliar-liar melihat kawasan dapur lalu menjengah ke ruang tamu seperti mencari seseorang.
"Kamu menjengah apa? " "Eo? tak delah.Ni Hyejin mana? Tak nampak pun batang hidung dia." soalnya kepada Puan Han. "Hmm adik kamu tu macam biasalah masih berdengkur lagilah tu agaknya dalam bilik.Mentang-mentanglah hari ni hari minggu.Hah kamu tu, bukannya nak kejutkan dia." bebel Puan Han. "Ehh...Hyeri dah kejut eh tadi.Dah dia yang liat sangat nak bangun."balas Hyeri cuba untuk membela diri daripada dipersalahkan. Hahaha..padahal memang dia tak kejut pun.Malass..
"Iyelah kamu tu.Hah lupa pula omma nak tanya.Kamu ni bangun awal,pakai cantik-cantik ni nak ke mana? Seta
Comments