Chapter 12
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Apabila sampai sahaja hidangan mereka di atas meja, Hyeri terus mengucapkan terima kasih kepada Dani kerana membelanjanya makan. Kalau perasan, dari tadi hyeri agak sering mengucapkan terima kasih dan meminta maaf. Kenapa? Kerana memang dari kecil lagi, omma Hyeri sudah mendidik dia dan adiknya supaya selalu berterima kasih kepada orang yang telah berbuat baik kepada mereka. Tidak kisahlah membantu mereka dalam apa jua cara sekali pun. Dan omma Hyeri juga mengajar mereka supaya sentiasa meminta maaf kepada orang lain walaupun bukan mereka yang memulakan kesalahan. Ceh Wah~ "Nae, cheonma. Haa makanlah. Cik Hyeri mesti lapar kan sampai perut pun dah berbunyi tadi." perli Dani. Hyeri hanya tersenyum malu lalu menikmati mi kacang hitam yang telah dipesannya.
Setelah mereka habis menjamu selera....
"Errkkk~" Hyeri sedawa lantas dia terus menutup mulutnya. 'Alamak! Terkuat pula. Erk..Harap-harap dia tak dengar.' bisik Hyeri. Dani yang sedang menyedut minumannya hanya tergelak kecil di dalam hati. "Cik Hyeri dah kenyang?" soal Dani seperti menyindir. 'Aduh, dia dengar ke?' Hyeri mengomel. "Kalau dah kenyang, kkaja kita balik." ajak Dani. Hyeri mengangguk.
Sebelum mereka melangkah keluar dari restoran itu, Hyeri sempat menyedut minumannya seketika buat kali terakhir dan terus menuju ke parkir kereta. Setelah masuk ke dalam kereta, Dani mula menarik gear lantas mula memandu keretanya. Ketika dalam perjalanan, Hyeri dan Dani seperti biasa hanya mendiamkan diri dan bunyi alunan radio saja yang kedengaran. Mungkin masing-masing perut sudah kenyang dan malas untuk berbicara. Sedang Hyeri sibuk melayan perasaan sendiri ke luar tingkap, tiba-tiba lagu 'Dumb dumb' yang dinyanyikan oleh kumpulan Red Velvet berkumandang di radio.
Terbeliak mata Hyeri apabila mendengar lagu itu dimainkan di radio. Mana tidaknya, kumpulan Red Velvet juga merupakan kumpulan idol yang sangat diminatinya selepas kumpulan Teen top. Hyeri apa lagi, ikut sekali lah menyanyi lagu 'Dumb Dumb' di dalam kereta.
~Maneking inhyeongcheoreom
Hanabuteo yeolkkaji da eosaekhaji (Ha Ha Ha)
Pyeongsogati hamyeon doeneunde
Tteo neoman bomyeon
Sijakdoeneun babo gateun chum..
Dumb Dumb Dumb Dumb Dumb Dumb~
Hyeri menyanyi dengan penuh semangat dan teruja. Siap menari lagi sikit-sikit di bahagian ko
Comments