Chapter 48

My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)
Please Subscribe to read the full chapter

Lebih kurang pukul 8 malam, Dani dan Hyeri pun mula tiba di rumah mereka berdua.

"Alright~ Dah sampai pun." Dani mula bersuara sebaik sahaja tiba di rumah mereka.

"Kkaja Hye- eh? Dah tidur rupanya." Dani tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kemudian, Dani mula membuka tali pinggang keledarnya lalu menghadap Hyeri di sebelahnya.

Dia mendekatkan sedikit mukanya dan merenung wajah Hyeri yang kelihatan penat itu sambil mengalihkan rambut Hyeri yang menutupi ruang mata. 

"Aissh comelnya bila dia tidur." ujar Dani sambil tergelak kecil.

Tiba-tiba Hyeri mula terjaga dari tidurnya dan apabila dia membuka matanya, dia sedikit terkejut apabila melihat muka Dani yang betul-betul di hadapan wajahnya.

"Ahh kamchagia!" Hyeri terkejut sambil memegang dadanya. Lalu, dia menarik nafas sedikit.

Dani tergelak kecil. "Haha wae?"

"Awaklah. Tiba-tiba je dekat depan muka saya. Manalah saya tak terkejut."

"Apa? Saya tadi nak buka kan tali pinggang keledar awak. Meh sini saya bukakan." Tangan Dani pun mula hendak membukakan safety belt tetapi ditahan Hyeri.

"Eh takpe. Biar saya buka sendiri okay." ujar Hyeri.

Dani hanya akur lalu mula mematikan enjin keretanya.

"Erm, kita dah sampai ke?" soal Hyeri.

Dani hanya mengangguk lalu mula keluar dari kereta. Kemudian, dia terus membukakan pintu kereta Hyeri.

Hyeri pun mula melangkah keluar perlahan-lahan. 

"Hah nilah rumah kita. Kkaja kita masuk dalam." ajak Dani sambil menarik tangan Hyeri lembut untuk masuk ke dalam bersama-samanya.

Hyeri pula hanya akur dan mengikuti langkah Dani dari belakang.

Dani mula membuka pintu utama lalu mereka berdua mula menapak masuk ke dalam.

Hyeri sedikit terpegun tatkala melihat setiap sudut di dalam rumah itu.

"Wah! Cantiknya rumah ni." puji Hyeri apabila dia mula melangkah ke ruang tamu.

*I want this style in my own house! XD*

 

"Mestilah. Tengoklah siapa yang deko rumah ni." 

"Hihi yelah. Gomabta. Saya suka sangat rumah ni." Hyeri tersenyum manis sambil membuat gaya thumbs up.

"Saya tahu yang awak mesti suka punya." ujar Dani.

"Erm, saya naik bilik dululah nak mandi." tutur Hyeri.

"Ouh okay. Pergilah." balas Dani lembut.

Sebaik sahaja tiba di pintu bilik, Hyeri mula memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam lalu perlahan-lahan menuju masuk ke bilik tersebut.

Hyeri kemudiannya duduk sebentar di birai katil  sambil matanya meliar-liar melihat keadaan di dalam bilik itu.

*my favourite colour to be honest XD*

 

"Wah cantik betul bilik ni. Simple je tapi semua warna biru. Mungkin Dani ni memang suka warna biru agaknya." bisik Hyeri sambil mengukir senyum.

Kemudian, dia mula ke almari baju untuk mengambil sehelai tuala berserta baju t-shirt dan seluar.

"Omo! Banyaknya baju dia dah sediakan. Haih Dani-Dani, teliti betul orangnya." ujar Hyeri lalu memilih salah satu t-shirt dan seluar yang sudah terlipat kemas di dalam almari.

*gif is not mine*

Lalu, dia terus menuju ke dalam bilik air untuk mandi.

Usai mandi, Hyeri terus ke bahagian cermin meja solek untuk sikat rambut dan perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di kerusi meja solek.

Ketika dia sedang mengeringkan rambutnya, tiba-tiba seseorang memeluk dirinya dari belakang.

"Eo?" Hyeri terus mengalihkan pandangan kepada orang tersebut. Kemudian, dia tersenyum lega.

"Lah awak rupanya. Ingatkan siapa tadi." kata Hyeri lalu sambung semula mengeringkan rambutnya dengan tuala.

"Haih siapa je yang ada dekat rumah ni. Haha Jagi dah siap mandi dah?"

"Haah. Baru je lepas mandi. Awak dah mandi ke belum ni?" balas Hyeri  sambil sibuk mengeringkan rambutnya yang masih basah.

Dani mengangguk kepalanya.

"Dah. Saya mandi guna bilik air bawah." jawab Dani sambil melihat isterinya yang masih mengeringkan rambut.

"Hmm, sinilah. Biar saya keringkan rambut awak tu." ujar Dani lalu terus mengambil tuala dari Hyeri dan mula mengeringkan rambut isterinya.

Terkelip-kelip mata Hyeri dengan tingkah laku suaminya itu.

"Eh, tak payahlah susah-susah. Sini biar saya buat. Bukan susah sangat p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HanHara1351
Yeay!! Finally habis jugak ff ni..Yahoo! Happy reading..I will update for 'author's note' soon for this ff.. Btw, Welcome back to school!!! ^^

Comments

You must be logged in to comment
HanHara1351
#1
Chapter 11: Hello my beloved subscribers!!! Actually I had decided to create another malay fanfic and the characters maybe about up10tion + special features who are Jeon Somi and Sejeong.. and the story still in process..hehehe I think I want to update it during school holiday soon but I don't if I have much time to update it..I'm not sure yet.. but I wish to update the fanfics..Huh! I will try my best!! anyway thank you so much for supporting me! I love you guys so much..*throwing kisses to all of you* XD #han_hyeri_fighting!!
#teen_top_fighting!!
#red_velvet_fighting!!
#up10tion_fighting!!
#exo_fighting!!
#hahaha_btw_i'm_so_boring_today
#sorry_guyssssss
RaeHyeHan #2
Chapter 50: OMG!!! FINALLY I'M FINISH READING... Hahaha.... sorry for my broken english
... you know i'm in new school.... so I don't have much time even only to clean my own room... Lmao... keep going author-nim.... I been your fan ok... HyeYoung you too... i will forever be u two fan....
RaeHyeHan #3
Chapter 45: Wah!!! Sorry author-nim.... baru boleh buka... btw best sangat jang jang pong pong.... waiting for your new fanfic....
cheeryirene
#4
Chapter 50: Wahhhh~~~ Chukhahae author nim sebab cite ni best sgat > < Maaf sebab baru bace since I was on hiatus a few days ago. Anyway, I love you!!!
cheeryirene
#5
Chapter 43: AT LAST! Cepatla kahwin!! > < Daebak author-nim!!
RaeHyeHan #6
Chapter 41: Ahh!!!..... i be excited and than....... ok nevermind... kite x paksa awk utk cpt sambung but hopefully cepat sambung.
..hahaha....
cheeryirene
#7
Chapter 40: Ppalli update author-nim! Tak sabar tunggu Dani lamar Hyeri!! > < Saranghae Hara ♡♡♡
cheeryirene
#8
Chapter 32: NanHee ngan HyeRi > < So sweet XD Akhirnyaa Hyeri da mule suke Danii!! Jalhaesseo author-nim! Jjang!
cheeryirene
#9
Chapter 30: Update lagi please author-nim! Love you ♡♡
HeeYeon20 #10
Chapter 28: Yeay! update jugak chapter ni..btw good luck for your exam! authornim hwaitting!