Chapter 29
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Usai sarapan, Hyeri bersiap-siap untuk ke airport. Dia memakai dress berwarna cream paras peha dan rambutnya dibiar lepas. Malas dia hendak mengikat rambut.
Kemudian, dia turun ke bawah bersama beg kertas yang berisikan hadiah kasut yang sudah lama dibelinya dan terus menuju ke dapur untuk mengambil penkek pula.
"Ouhkaylah Nanhee, aku pergi dulu~" kata Hyeri gembira. "Emm..Hyeri, betul ke kau nak pergi jemput dia?" "Heish kau ni. Betulla. Kenapa kau tanya?" "Eo? Takde apelah. Hati-hati bawak kereta tu." pesan Nanhee. "Nae, arasseo. Aku pergi dulu." balas Hyeri.
Hyeri melangkah masuk ke dalam perut kereta. Kunci kereta yang disimpan di dashboard, diambilnya lalu menghidupkan enjin. Tali pinggang keledar terus dipakainya . "Kim Minho~ Saya datang ni.." kata Hyeri seorang diri di dalam kereta dan memulakan pemanduannya ke destinasi yang dituju.
45 minit kemudian...
Sampai sahaja di Incheon Airport, Hyeri terus memarkir keretanya. Usai mematikan enjin, dia pun melangkah keluar dari kereta BMW nya bersama hadiah dan penkek lalu menuju masuk ke dalam airport. Kemudian, Hyeri terus ke tempat menunggu dan duduk di salah satu bangku yang tersedia di situ.
************************************
Nanhee duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Kemudian, dia mencapai remote tv di sebelahnya dan menukar channel yang baginya tidak menarik ditonton. Dari satu channel ke satu channel yang lain ditukar, namun satu pun gagal menarik minatnya. Serentak itu, dia letak semula remote tv di situ dan channel tersebut dibiar saja terpasang.
Nanhee memandang kaca televisyen dengan pa
Comments