Chapter 11
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Namja itu memarkir keretanya sebaik sahaja sampai di sebuah restoran . "Ouhkay.Kita dah sampai. Kkaja." ajak namja itu. Hyeri mengangguk. Kemudian, mereka keluar dari perut kereta Honda Civic itu lalu menuju masuk ke dalam restoran tersebut.
Sebaik sahaja mereka berdua duduk di meja makan, seorang pelayan wanita datang ke arah mereka. "Annyeong Haseyo." ucap pelayan itu sambil menunduk sedikit tanda hormat lalu menghulurkan dua keping kad menu kepada mereka. "Erm, Okay.. Bagi saya bibimbap daging dan air iced green tea latte ya." kata namja itu.
This is beef bibimbap...
This is iced green tea latte..
*the gif is not mine*
"Cik, nak makan apa?" soal namja itu kepada Hyeri. Hyeri memanggil namja itu supaya mendekatkan mukanya sedikit ke arahnya memandangkan mereka duduk menghadap secara depan-depan antara satu sama lain. Lalu namja itu merapatkan mukanya sedikit ke arah Hyeri sambil menjongket kening. "Encik, mian kalau saya tanya. Makanan saya nanti , encik yang akan bayar ke?" tanya Hyeri perlahan sedikit serba salah. 'Yela, dahlah dia bawa aku dekat restoran mahal..Mana aku ada banyak duit nak bayar..Dahlah aku belum gaji lagi ni.Haa nanti nak bayar upah repair kereta lagi..Hurm~ susahkan orang lagi.' Namja itu menurunkan sedikit kaca mata hitamnya hingga ke parat hidung lalu mengerdipkan matanya. "Tak apa..Hari ni biar saya yang belanja. Cik order je nak makan apa." kata namja itu perlahan lantas menaikkan kaca mata hitamnya semula dan duduk tegak seperti biasa. Pelayan itu hanya memerhati tingkah laku mereka berdua. Hyeri sedikit tergamam. Bukan tergamam kerana namja itu mahu membelanjanya makan, tetapi tergamam apabila melihat mata namja yang keperangan itu secara jelas.
'OMG! Takkanlah..' Secara tiba-tiba, jantung Hyeri berdegup laju. "Ehem!" tegur pelayan wanita itu. Hyeri tersedar dan menoleh ke arah pelayan itu. "Cik pula nak order apa." tanya pelayan itu lembut seraya mengukir senyuman. "Emm, saya nak mi sos kacang hitam dan air iced tea lemonade." jawab Hyeri sambil tersenyum segaris ke arah pelayan tersebut dan terus menundukkan wajahnya. "Baiklah. Hidangan cik berdua akan sampai lebih kurang dalam 15 minit." pesan pelayan itu lalu mengambil dua keping kad menu daripada mereka dan berlalu pergi.
This is black bean sauce noodles or jajangmyeon..
This is iced tea lemonade..
*the gif is not mine*
"Cik? Cik okay tak? Dari dalam kereta tadi, cik asyik termenung je..Haha..saya bukan nak perasan ke apa, tapi cik tu asyik termenung ke arah saya. Saya takut juga kalau ada jerawat ke dekat muka saya. Sebab saya memang anti jerawat dan selalu jaga muka." Namja itu lantas menanggalkan kaca matanya dan melihat mukanya di cermin matanya untuk mengesan jerawat lalu dia membetulkan pula sedikit rambut depannya. Hendak tergelak pula Hyeri bila dengar namja itu terlalu menjaga muka. "Eo, ania. Saya sebenarnya..." Hyeri mengangkat wajahnya dan tiba-tiba dia tergamam lagi buat seketika apabila melihat wajah namja itu sedang membelek-belek mukanya sambil membetulkan sedikit rambutnya di cermin mata hitamnya. "Omo! Niel oppa!" bisik Hyeri perlahan. Dia mengamati wajah namja di hadapannya dengan teliti. 'Betullah! Muka dia macam niel Teen top..Patutlah dari tadi tengok muka dia macam familiar. Niel oppa ke rupanya. Eh
Comments