Chapter 22
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Malam itu merupakan malam terakhir Hyeri dan keluarga dani makan malam bersama. Masing-masing berselera menikmati hidangan makan malam kecuali daehee.
"Daehee, kenapa kamu tak ceria malam ni?" tanya puan ahn. "Hurm~tak adalah. Esok kan unni dah balik rumah. Jadi, daehee sedihlah." jawab Daehee. "Aahh tak apalah Daehee. Kan unni dah bagitahu tadi yang daehee boleh datang rumah unni bila-bila je. Janganlah risau." ujar hyeri lembut. "Betul tu. Kalau kamu nak pergi rumah hyeri, boleh omma izinkan. Tapi make sure yang kamu mesti dah siap buat homework dulu, baru pergi sana. Arasseo?" beritahu puan ahn. "Nae, arasseo. Gomawo omma." jawab daehee sedikit gembira."Eleh, tak payahlah nak happy sangat. Mengada-ngada pula oppa tengok kamu ni." tutur dani selamba. "Suka hati daehee lah. Oppa ni sibuk jelah." "Ceh, orang gurau je kan. Janganlah serius sangat." Daehee hanya menjelir lidah ke arah abangnya.
Selepas selesai makan malam, Dani mengajak hyeri berbual di beranda rumahnya. Dari luar rumahnya, boleh nampak cahaya lampu bangunan-bangunan di Seoul yang bersinar-sinar dengan sangat cantik. Sungguh! Seoul memang nampak cantik bila waktu malam. Ditambah pula dengan cuaca yang agak sejuk dan juga angin malam yang bertiup sepoi-sepoi sahaja. Itulah yang menambahkan lagi keindahan di Seoul. Sudah lama Hyeri tidak melihat keadaan di Seoul pada waktu malam. Yelaa..Selalunya lepas hyeri balik kerja, dia akan terus balik ke rumah untuk berehat. Mana ada masa untuk singgah jalan-jalan di situ.
Setelah lama mereka mendiamkan diri di situ, akhirnya Dani bersuara. "Hyeri.." Dani memanggil nama Hyeri. "Nae?" "Emm~esok awak dah balik ke rumah awak semula. Jadi, saya nak minta maaf kalau sepanjang awak duduk di sini, saya dan family saya tak melayan awak dengan baik." ujar dani. "Eo? Tak delah. Awak sekeluarga dah layan saya dengan baik sangat dekat sini. Sepatutnya saya minta maaf sebab dah menyusahkan awak dan keluarga awak." "Eh, tak Hyeri. Awak tak menyusahkan kami pun. Malah, awak amat menyenangkan kami sekeluarga." "Hah? Err..apa maksud awak?" "Maksud saya, sejak awak tinggal di sini, keadaan dalam rumah ni macam lagi meriah. Orang-orang dalam rumah ni semuanya jadi
Comments