Chapter 16
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Daehee sudah turun dari tangga tepat pukul 7 pagi lalu dia memasuki ke ruang dapur untuk bersarapan. "Hello semua!!" tegur daehee ceria ke arah ommanya yang sedang memasak di dapur dan juga ke arah abangnya yang sedang menikmati sarapan. Kemudian, Daehee duduk di meja makan menghadap abangnya. Puan Ahn hanya tersenyum segaris ke arah Daehee manakala Dani diam sahaja sambil sibuk mengunyah makanan di dalam mulutnya. "Daehee, Hyeri mana?" tanya Dani apabila melihat adiknya tidak turun bersama Hyeri. "Ouh..Unni ada dekat bilik lagi tengah bersiap. Kejap lagi dia turun." beritahu Daehee. Dani pula hanya mengangguk.
Hyeri mengimbas dirinya seketika di hadapan cermin meja solek daehee sebelum melangkah keluar dari bilik. Sekejap dia pusing ke kiri, sekejap dia pusing ke kanan untuk melihat dirinya di cermin. 'Cantik juga baju yang dia beli ni. Hmm~pandai dia pilih.Tapi, dia tau pula saiz baju aku macam mana. Haih, dia tu memang pelik.' bisik Hyeri perlahan. Kemudian, dia melangkah keluar dari bilik Daehee dan menuruni anak tangga lalu terus menuju ke ruang makan. Dani yang melihat Hyeri mula masuk ke arah meja makan, terus menegurnya. "Selamat pagi Hyeri. Jom sarapan." ajak dani lalu menguntum senyum. Hyeri yang sudah memasuki ruang makan,segera membalas. "Selamat pagi dani." Kemudian, Hyeri melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan daehee.
"Ouh, semua dah turun?" tanya Puan Ahn sambil meletakkan makanan yang baru dimasaknya di atas meja makan lalu terus duduk di sebelah anak sulungnya,Dani. "Nae~" jawab Dani, Daehee dan Hyeri serentak.
"Erm Hyeri, awak masuk kerja pukul bera
Comments