Chapter 04
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Operasi mencari hadiah sudah pun selesai.
Hyeri mengerling jam tangannya.
'Dah pukul 10 lebih. Nak buat ape lagi ya. Erm... Aku balik jelah memandangkan hadiah yang aku nak pun dah ada.' bisiknya. Dia pun menuju ke tempat letak kereta lalu memandu pulang.
Apabila sampai di hadapan pagar rumah, Hyeri menekan butang alat kawalan jauh pagar rumahnya lalu memarkir kereta BMW nya bersebelahan dengan kereta Toyota Vios milik Puan Han.
Hyeri keluar dari kereta sambil membawa hadiah yang telah dibelinya masuk ke dalam rumah. "Saya dah balik." Begitulah ayat Hyeri hari-hari setiap kali dia pulang ke rumah.
Ketika dia hendak melangkah masuk ke biliknya, dia ternampak dua buah bagasi besar di hadapan pintu bilik eommanya. 'Aikk..! Buat apa beg baju dekat situ? Omma nak pergi mana?' Hyeri berasa pelik pada mulanya tetapi selepas itu dia tidak menghiraukannya.
Usai meletakkan beg tangan dan hadiah di dalam bilik, Hyeri mengatur langkah mahu ke bilik air sebentar. Tetapi belum sempat dia masuk ke dalam, tiba-tiba dia terdengar bunyi orang sedang mengetuk pintu biliknya.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Hyeri, boleh omma masuk?" Aahh..Puan Han rupanya.
"Haa..Masuklah omma" Hyeri tak jadi mahu ke bilik air kemudian duduk di atas katil sambil mengajak Puan Han duduk di sebelahnya.
"Ada apa omma?" soalnya. "Ni..omma nak bagitahu kamu. Adik kamu, Hyejin dapat tawaran pertukaran
Comments