Chapter 28
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Hyeri bangun dari tidur. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Usai mandi, dia memakai baju t-shirt biasa dan turun ke bawah. Sampai saja di dapur, dia terus membuka kabinet untuk melihat bahan yang sesuai untuk membuat penkek. Semasa Hyeri sedang menelek-nelek barang untuk dimasak, ada suara yang menegurnya dari belakang.
"Bah!!! " sergah Nanhee. "Oh tuhan! " Hyeri menjerit terkejut. Nanhee yang berjaya memeranjatkan chingunya itu, hanya tergelak besar. Lalu, Hyeri memandang orang yang memeranjatkannya itu. "Kau ni nanhee! Janganlah sergah-sergah aku macam tu. Terkejut tau tak." kata Hyeri. Nanhee masih lagi ketawa.
"Dah-dah latu ketawa. Hesh kau ni." "Hehe..Okay okay. Mianhae~" ucap nanhee sambil tawanya masih bersisa. "Haa yelaa..Eh, awal pula kau bangun hari ni. Kau kerja ke nanhee?" soal Hyeri. "Eleh biarlah. Emm, Aku minggu ni, straight tak kerja. Hah! Kau pula bangun awal hari ni dah kenapa? Tak silap aku, hari ni kau cuti kan." balas Nanhee. "Ouh..Aku nak buat penkek. Haa~alang-alang kau dah ada dekat sini, kau tolong aku sediakan sarapan. Aku nak buat penkek ni." Nanhee hanya mengangguk lalu mula membuat sarapan.
"Uwa~penkek! Untuk siapa? Untuk aku latu kan.." "Choih~perasan. Ini untuk Minho lah. Hari ni kan birthday dia. Apalah kau." jawab Hyeri. Nanhee tiba-tiba terdiam seketika apabila hyeri menyebut nama Minho. Entah mengapa dia teringat peristiwa di Paris apabila dia ternampak Minho bersama dengan yeoja lain di kedai emas beberapa hari yang lalu...
"Oitt~Kau kenapa nanhee, tiba-tiba diam pula. Kau merajuk ke aku tak buatkan penkek ni untuk kau? Alolo~janganlah merajuk. Nanti aku buatkan untuk kau okay?" jawab Hyeri tersenyum segaris. "Eo? Tak adalah. Mana ada merajuk. Tadi tu..aku..err..saje je..haa saje.." balas nanhee sambil mengukir senyuman tawar. "Iyela tu kau. Haa okaylah. Cepat sediakan sarapan tu. Sebab kejap lagi aku kena pergi airport." ujar Hyeri.
"Eo? Kau nak buat apa pergi sana? Omma dengan hyejin kan lambat lagi balik." "Ania. Itu aku taulah. Aku pergi sana sebab nak jemput Minho balik. Kan hari tu dia pergi Paris sebab ada shooting apa entah. Aku pun tak tau."
Comments