Chapter 37
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Keesokan harinya, pada awal pagi itu....
"Bye Nanhee. Aku pergi kerja dulu tau." ujar Hyeri lalu melangkah masuk ke dalam keretanya. "Ouhkay bye. Hati-hati bawa kereta tu." balas Nanhee sambil melambai ke arah kereta milik Hyeri.
Sebaik sahaja kereta Hyeri hilang dari pandangan, Nanhee terus bersiap-siap memakai suit sukannya lalu mengambil sehelai tuala kecil dan menyangkutkannya di atas leher. Rambutnya pula diikat mengikut style high pony tail.
Kemudian,Nanhee mencapai kasutnya di dalam rak kasut dan memakainya.
Usai mengikat tali kasut, dia mula melangkah keluar dari rumah Hyeri dan terus menuju ke taman untuk berjoging.
* ok ni dia suit sukan yang nanhee pakai * -this gift is not mine-
* ni pula kasut Nanhee. Btw, comel kan kasut ni XD * -this gif is not mine-
Selepas 45 minit Nanhee berjoging di sekitar taman tersebut, dia duduk berehat seketika di sebuah bangku yang telah tersedia di taman tersebut.
"Huh! Penatnya.." Nanhee mengelap peluh di dahinya dengan tuala kecil yang tersangkut di lehernya.
"Haih, hauslah.. Kering pula tekak aku ni. Singgahlah minum kejap." ujar Nanhee sendiri lalu bangun dari bangku dan mula menuju ke kedai minuman yang berdekatan.
Dalam masa 10 minit, Nanhee sudah berada di hadapan sebuah kedai minuman.
"Cheery Bubble Tea Cafe.." Nanhee menyebut nama kedai minuman tersebut yang sudah tertera tergantung di hadapan kedai itu.
"Waa~ Kedai ni jual air bubble tea..Hmm, dah lama tak minum." kata Nanhee gembira lalu terus melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.
Sebaik sahaja Nanhee masuk, dia terus menuju ke arah kaunter untuk membuat pesanan.
"Annyeong Haseyo~ Selamat datang ke Cheery Bubble Tea Cafe. Agassi (cik) nak minum apa? Di sini kami ada pelbagai jenis perisa air bubble tea." ujar salah seorang pekerja perempuan di kaunter itu dengan ramahnya.
Nanhee hanya mengukir senyum dan mula tengok satu persatu menu yang yang disediakan di atas meja kaunter.
"Erm, okay. Bagi saya strawberry bubble milk tea ni satu." ujar Nanhee sambil menunjuk gambar bubble tea yang dimahunya di atas menu tersebut.
"Nae, arasseoyo~ Agassi nak bungkus atau minum di sini?" tanya pekerja tersebut. "Eo? Saya nak bungkus saja." "Nae, gidaryo juseyo~"
Pekerja itu terus menyediakan air bubble tea yang dipesan oleh Nanhee. Nanhee pula hanya mengangguk sahaja dan mula menunggu air bubble tea yang dipesannya siap dibuat.<
Comments