Chapter 26
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Hari ini, hyejin bangun awal pagi untuk bersiap-siap ke sekolah. Dia sungguh bersemangat pagi ini kerana hari ni merupakan hari pertamanya bersekolah di sekolah jepun. Usai mandi dan gosok gigi, dia terus mencapai baju sekolahnya di dalam almari lantas memakainya. Kemudian, dia mencapai sikat dan menyisir rambutnya.
"Hyejin! Dah siap ke belum? Kkaja sarapan." ajak puan han sedikit menjerit dari arah dapur. "Nae~ Hyejin keluar sekarang." Hyejin terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur.
"Omma, selamat pagi." tegur hyejin ceria. "Uwaa~ Ceria betul kamu hari ni." "Hehe.Mestilah." jawab hyejin lalu menikmati sarapannya. "Nanti pergi sekolah baik-baik. Nah bekal." Puan han menghulurkan roti dan air banana milk yang telah dibawanya dari Korea. "Nae, gomawo." Hyejin sambung mengunyah makanannya sambil membayangkan suasana di sekolah nanti.
Hyejin melihat jam tangannya. Sudah pukul 7.10 pagi. "Ouhkaylah omma, hyejin pergi sekolah dululah." Puan han hanya mengangguk. hyejin bangun dari kerusi lalu mengambil stokin dan beg sekolahnya di dalam bilik.
Usai mengikat tali kasut, dia mula menapak keluar dari rumah. "Bye omma. Hyejin pergi dulu." "Nae, arasseo. Chusime.(hati-hati)" pesan puan han.
Selepas 15 minit berjalan, akhirnya Hyejin sampai di hadapan sekolahnya. Lalu, dia melangkah masuk ke dalam pagar sekolah dengan perasaan yang sangat gembira dan teruja. Sebelum hyejin menuju ke kelasnya, dia pergi ke pejabat terlebih dahulu untuk berjumpa dengan guru kelasnya.
5 minit kemudian...
Setelah tiba di hadapan kelas, Hyejin melangkah masuk ke dalam bersama guru kelasnya. Pelajar-pelajar yang melihat
Comments