Chapter 08
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)"Excuse me, boleh saya tolong? Kereta cik kenape?" sapa seorang namja kepada Hyeri.
Kepala Hyeri mendongak ke arah namja tersebut memandangkan namja itu lebih tinggi daripadanya.
'Eh,muka dia ni macam selalu nampak tapi dekat mana ea?..Haih tak berapa camlah.. Aahh lupakan..' fikir Hyeri tidak pasti.
"Cik?" soal namja tersebut.
"Eo? Nae..Kereta...saya...ada...masalah sikit." jawab Hyeri teragak-agak. Entah mengapa dia kurang yakin pula namja ini benar-benar mahu menolongnya.Yelah..Memanglah bernasib baik kalau ada orang yang nak tolong. Tapi, mestilah takut dan risau juga kalau-kalau ada orang yang nak ambil kesempatan atau merompaknya. Manusia zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat.
"Cik, janganlah takut. Saya tak akan apa-apakan cik. Niat saya memang ikhlas nak tolong cik." terang namja itu untuk meyakinkan Hyeri. Hyeri tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi kepada namja itu. Tetapi apabila dia melihat riak wajah namja itu seperti benar-benar ikhlas mahu menolongnya, dia percaya akan namja tersebut walaupun Hyeri samar-samar sahaja dapat melihat wajahnya. Biasalah..Suasana malam kan gelap. Mana nak cam sangat muka orang..
Namja tersebut memeriksa enjin kereta Hyeri.
"Aduh! Panas." namja itu terjerit kecil. "Eh! encik.Waeyo? Encik ok?" soal Hyeri. "Aahh gwaenchana..Saya rasa enjin awak ni ada masalahlah." beritahu namja itu. "Mwo? Enjin ada masalah? Masalah apa? Patutlah enjin saya berasap-asap tadi." kata Hyeri. "Erm, saya pun tak tau." Namja itu menaikkan kedua-dua bahunya. "Macam nilah cik. Saya hantar cik balik ke rumah dulu. Bahaya kalau cik sorang-sorang dekat sini." sambungnya lagi. "Eo? Tapi kereta saya macam mana?" tanya Hyeri. "Oh yang tu, cik jangan risau. Saya akan call kan mekanik dengan tow-truck dan suruh mereka tolong bawa kereta cik ke bengkel." terang namja tersebut. Hyeri teragak-agak untuk menjawab.
" Tak apa cik. Saya hantar lepas tow-truck datang bawa kereta cik ke bengkel, ok?" Hyeri hanya mengangguk perlahan.
Comments