Chapter 24
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Dani memberhentikan keretanya setelah sampai di hadapan pagar rumah Hyeri. "Ouhkay Hyeri. Dah sampai." ujar dani lembut. "Nae, gomawo Dani sebab hantar saya balik. Hah, lagi satu, gomawo sebab belanja saya makan tadi dan bawa saya jalan-jalan dekat Dongdaemun. Terima kasih banyak-banyak." ucap Hyeri. "Gwaenchana. Tak payahlah berterima kasih." Hyeri hanya menguntum senyum dan membuka safety belt. Lalu, dia membuka pintu kereta untuk melangkah keluar. "Eh chakkaman!" ujar Dani sebelum Hyeri membuka pintu kereta tersebut. "Eo? waeyo dani?" soal Hyeri. Dani yang tidak menghiraukan pertanyaan Hyeri, terus keluar dari kereta. Terkebil-kebil mata Hyeri apabila melihat Dani yang terus keluar dari kereta tanpa menjawab pertanyaannya tadi.
Dani membukakan pintu kereta untuk Hyeri. "Eh?" Hyeri yang melihat dani membukakan pintu untuknya, berasa sedikit terkejut dan teragak-agak mahu turun dari kereta. "Hyeri? Kenapa tak turun?" "Eo? Nae.." balas Hyeri lalu turun dari kereta dan menuju ke pagar rumahnya. "Erm~ Gomawo." ucap Hyeri lembut lalu tersenyum. "Untuk apa pula?" "Sebab tadi awak bukakan pintu untuk saya." "Laa~ Tak de apalah. Bukan susah pun." balas Dani.
**************************
Sebaik sahaja sampai di lorong rumah Hyeri, Nanhee terus memakir keretanya tidak jauh daripada rumah kawannya itu. Ketika dia hendak mematikan enjin kereta, Nanhee ternampak sebuah kereta honda civic di hadapan pagar rumah hyeri. "Eh! Kereta siapa pula tu? Sejak bila pula Hyeri beli kereta baru." fikirnya.
Tiba-tiba dia ternampak seorang namja melangkah keluar dari kereta dan membuka pintu kereta di bahagian sebelah pemandu. "Eh! T
Comments