Chapter 05
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Pada malam itu..
"Hyejin, dah siap packing apa yang patut bawa nanti? " soal Puan Han ketika melangkah masuk ke dalam bilik Hyejin.
"Emm..sikit je lagi omma.Tinggal barang-barang keperluan sekolah." jawab Hyejin. "Hah! Pasport dah bawa? Kalau tertinggal tu, sia-sia je kita nanti." tanya Puan Han lagi. "Sudah. Omma janganlah risau. Pasport tu awal-awal lagi Hyejin dah masukkan dalam beg." Hyejin mengenyitkan mata bulatnya dengan manja kepada eommanya. "Hmm baguslah kalau macam tu. Hah! Ni kamu dah telefon Nanhee yang kita akan pergi ke Jepun lusa?" "Belum lagi.Tapi kenapa nak telefon dia?" Hyejin bertanya hairan.
"Mestilah kena beritahu dia.Nanhee tukan BFF kakak kamu. Kalau kita ke sana, Nanhee boleh juga temankan kakak kamu dekat sini. Tak adalah kakak kamu tu sunyi duduk sorang-sorang kat rumah." jelas Puan Han. "Tapi omma, Kak Nanhee tu kan pramugari. Selalu ada penerbangan kat sana sini dan jarang ada di Korea. Macam mana nak teman Kak Hyeri nanti.." tanya Hyeri lebar.
Puan Han mengeluh. Ada betulnya juga kata Hyejin tu...
"Tak apalah. Kamu telefon je dia. Beritahu dia yang kita akan ke Jepun selama 4 bulan dan tolong beritahu kalau dia balik ke Korea, minta dia singgah ke rumah kita sekejap tengokkan Hyeri." pesannya. Tanpa membantah, Hyejin mengangguk perlahan. "Nae, arasseo omma."
*************************
Park Nanhee bersiap-siap untuk ke lapangan terbang kerana malam ini dia mempunyai tugasan penerbangan ke Paris.
Seperti biasa, Nanhee akan memakai baju uniform dan skirt milik syarikat penerbangannya beserta kain skarf yang diikat seperti reben di lehernya. Kemudian, dia akan membawa sekali bagasinya yang bersaiz mini ke sana.
Nanhee mengimbas sebentar dirinya di cermin untuk melihat perwatakan dirinya sebelum ke tempat kerja. Sebagai seorang pramugari, dia mesti ta
Comments