Chapter 19
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Hyeri melihat jam dinding di pejabatnya. Waktu sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Lagi 45 minit waktu kerjanya tamat. Kerja Hyeri pula sudah pun selesai. Tiada apa lagi yang mahu dibuatnya. Jadi, dia bercadang mahu ke pantri untuk minum air.
Hyeri lantas bangun dari kerusinya dan menuju ke pantri. Setelah melangkah masuk ke dalam pantri, dia terus mengambil cawan dan mencapai seuncang teh. Selepas siap membancuh teh, dia menuju ke mejanya semula sambil membawa minumannya keluar dari pantri.
Hyeri meletakkan minumannya di atas meja lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Perlahan-lahan dia mengambil semula minumannya dan menghirup air teh itu sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, dia termenung sendiri memikirkan perkara yang telah berlaku ke atas dirinya. Selain daripada itu, dia termenung mengingatkan omma dan adiknya yang berada di Jepun, dia teringatkan kawan baiknya Nanhee dan juga kepada namja chingunya, Kim Minho.
Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Minuman yang sudah lama habis, dihirupnya lagi. "Eh! Dah habis rupanya air." bisiknya lalu meletakkan cawan minumannya di atas meja dan mengerling pula jam tangannya. "Mak oii~Dah pukul 6.50 dah. Lamanyalah aku ni berangan. Aigoo~" bisik hyeri lagi lantas membawa cawan minumannya ke pantri semula.Kemudian, dia kembali ke mejanya dan mengemas barang-barang untuk pulang.
"Saya balik dulu." tutur Hyeri kepada rakan sekerja yang tempatnya terletak di sebelah me
Comments