Chapter 32
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Perlahan-lahan Hyeri melangkah menuju ke taman seorang diri. Dia berjalan sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
Setelah sampai di taman, dia terus menghampiri buaian dan duduk di atasnya. Kemudian, dia mengambil handphonenya di dalam poket dan membuka galeri di handphonenya. Lalu, dia menelek satu persatu gambar Minho di dalam handphone tersebut. Ada gambar Minho seorang diri, dan ada juga gambar selfinya bersama Minho.
Bergenang air matanya apabila merenung gambar-gambar tersebut. Kemudian, dia menutup handphonenya dan menyimpannya semula ke dalam poket jaketnya. Lalu, Hyeri melentokkan kepalanya sedikit di tali buaian.
Hyeri memejamkan matanya dan selepas beberapa minit, terasa ada air hangat mula bertakung di tubir matanya itu.
Ketika Hyeri sedang leka melayan perasaanya, tiba-tiba buaiannya ditolak perlahan oleh seseorang.
"Awak buat apa duduk dekat sini malam-malam? Sorang-sorang pula tu. Tak takut ke." tegur orang tersebut.
Hyeri yang sudah kabur pandangan dek takungan air mata terus menoleh ke belakang.
"Eo? Dani ke tu? Awak buat apa dekat sini?" soal Hyeri mahu kepastian.
"Ye, ni saya. Hmm, saja ambil angin dekat taman ni. Release tension sikit. Tak sangka pula terjumpa awak dekat sini." Dani menguntum senyum. Lalu, melabuhkan punggungnya di buaian yang berada di sebelah buaian yang diduduki Hyeri. "Ouh.." Hyeri mengangguk perlahan.
"Eo? Chakkaman..Awak menangis ke ni Hyeri?" tanya Dani. "Mwo? Anieyo." jawab Hyeri lalu terus memandang ke arah lain dan cepat-cepat mengesat air matanya yang hampir jatuh. Lalu, dia memandang semula ke arah Dani dengan satu senyuman yang dibuat-buat. Ya..Memang senyuman palsu saja yang dapat terukir di bibirnya ketika ini.
"Hyeri, saya tau awak tipu. Kalau tak, wae saya nampak mata awak berair tadi." kata Dani. "Erm...saya....err...saya.." jawab Hyeri teragak-agak. "Hyeri, malhaebwa (bagitau saya). Siapa yang dah buat awak menangis ni?" soal Dani sambil merenung anak mata Hyeri dalam.
Hyeri yang melihat mata Dani yang sedang merenungnya, terus air matanya mengalir laju dan mengalihkan pandangan ke bawah. Sungguh! Hyeri tidak dapat menahan perasaaanya yang sedang terluka saat ini.
"Hey hey~ Kenapa ni?" tanya Dani lembut sambil menarik bahu Hyeri perlahan sehingga menghadapanya. Hyeri hanya mendiamkan diri dan pandangannya masih di bawah.
"Hyeri-ya..pandang saya." ujar Dani lembut sambil kedua-dua tangannya memegang pipi Hyeri dan mengangkat muka Hyeri perlahan supaya memandangnya.
"Hyeri, cuba cerita apa yang dah berlaku. Tak elok tau kalau pendam je masalah awak tu sendiri." Hyeri hanya diam membisu. " Hyeri, kita mungkin baru kenal, tapi percayalah pada saya. Lagi pun kita kan dah semakin rapat sekarang. Jadi, apa salahnya kalau awak luahkan apa yang awak rasa tu dekat saya." pinta Dani sambil mengelap air mata Hyeri dengan ibu jarinya.
Hyeri mula akur. Mungkin betul kata Dani. Mereka berdua memang semakin rapat sejak kebelakangan ini.
"Emm..Minho..." tutur Hyeri perlahan. "Minho? Siapa Minho?"
"Dia...Dia namchin saya." m
Comments