Chapter 01
My Husband is look alike Kpop Idol ?! (malay FF)Tepat pukul 8 malam.
"Saya dah balik." ujar Hyeri.
Hmm..tiada sesiapa yang menyambutnya.Masing-masing membuat hal sendiri.Eommanya sibuk mengemas di dapur.Hyejin pula sibuk menonton televisyen di ruang tamu.
Hyeri melangkah masuk ke dalam rumah dengan lemahnya.Biasalah baru balik dari kerja.Mestilah penat.
Hyeri terus naik ke atas menuju ke bilik tidurnya untuk berehat.
Sebaik sahaja sampai di biliknya yang berwarnakan merah jambu, kaki Hyeri mengatur perlahan masuk menuju ke katilnya yang bersaiz queen lalu merebahkan badannya.Beg tangannya pula sudah terlebih dahulu dicampak entah ke mana.
Aahh..leganya dah balik rumah.
Dalam masa yang sama, Hyeri menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembusnya perlahan. Hmm..lega rasanya setelah penat seharian bekerja menghadap komputer setiap hari.Mujurlah esok merupakan hari minggu.Jadi, bolehlah dia berehat di rumah dan menenangkan fikiran.
Hyeri merenung kalendar yang terletak di atas mejanya.Tanpa sedar,satu senyuman terukir di bibir basahnya.Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah siling.
"Haahlah.birthday Minho tak lama lagi.Tak sabarnya." Hyeri teruja sendiri. "Eh kejap-kejap..Tapi nak bagi dia hadiah ape ya? Aigoo Hyeri, takkanlah kau tak tau hadiah apa yang dia suka.Hmm...Kalau aku bagi dia haiwan peliharaan, okay tak eh? " Hyeri berfikir sejenak.
" Oohh..no..no..no..Dia tu selalu busy dengan kerja.Mana sempat nak bagi haiwan tu makan.Silap-silap tak sampai beberapa hari, mati pula haiwan tu." Hyeri menggelengkan kepalanya sendiri.
"Habis nak bagi dia apa? Takkan bunga kot.Haha..Tak mungkinlah. Erm...coklat? Ke minyak wangi? Haishh..." Hyeri mengetap bibirnya.
Hyeri mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Minho.
Bunyi ada tapi tak berangkat. Lalu dia cuba mendail sekali lagi.
Masih sama tetapi apabila Hyeri mahu meletak telefon,Minho sudah menjawab di hujung talian.
"Yeoboseyo?"
Fuhh...lega rasanya
Comments