...9

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Chanyeol tersenyum melihat wanita itu. Dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa Jessica di tempat sebegini.

“Awak buat apa dekat sini?” tanya Jessica. Dia risau sekiranya rahsianya terbongkar. Dia tidak boleh membiarkan Chanyeol melihatnya bersama Joy. Mujurlah Joy pergi membeli air.

“Saya nak beli beg dompet baru tadi. Saya ternampak awak dekat butik ni. Jadi, saya datanglah.”

Jessica tersenyum pahit. Semoga Chanyeol cepat blah sebelum Joy membuat kemunculannya.

 

 

***

 

 

Menyesal pula Jessica menerima tawaran Gayoon yang mengajaknya ke gunung semasa musim sejuk ini. Disebabkan itu, dia terkandas di gunung salji bersama seorang pelajar lelaki jurusan Kejuruteraan Awam yang bernama Park Chanho.

“Ch-chanho, a-awak t-tak se-sejuk ke?” tanya Jessica. Dia sudah menggigil kesejukan.

Chanho mengangguk. “Sejuk la jugak. Erm, janganlah panggil saya Chanho. Channie je.”

Jessica tersentak. Channie?

“S-saya se-sejuk.” Kata Jessica lagi. Mungkin suhu turun mendadak lagi pada malam ini. Sudahlah dia tidak tahan sejuk.

Chanho mendekatkan tubuhnya kepada Jessica. “Awak okey tak ni? Tangan awak… sejuknya! Maafkan saya tau awak. Saya terpaksa peluk awak.”

Sebagai persediaan, Chanho sudah membuka pemanas bilik serta kot panas buat Jessica. Dia memeluk Jessica untuk membuatkan gadis itu berasa hangat. “Bertahanlah, awak. Kita ada dua jam saja lagi sebelum pagi.”

Jessica mengangguk lemah. Perlahan-lahan dia melelapkan matanya dan tertidur dalam pelukan Chanho.

“Sleep tight.” Chanho mencium dahi Jessica secara senyap sebelum melelapkan matanya.

 

 

Keesokan harinya, Jessica terbangun dalam pelukan Chanho. Dia terkejut lalu menolak Chanho perlahan-lahan dengan niat tidak mahu mengejutkan pelajar lelaki itu.

“Aduhai, bilalah diaorang nak datang selamatkan kitaorang ni?” rungut Jessica. Dia menepuk-nepuk bajunya yang penuh dengan debu.

Dia tertarik dengan wajah Chanho yang sedang tidur itu. Jessica seperti pernah melihat wajah itu tetapi di mana ya?

“Chanho, kalaulah awak tahu kebenarannya.” Tiba-tiba…

“Awak dah bangun?” Chanho membuka matanya.

Jessica terjatuh ke belakang. Wajah Chanho hanya beberapa inci saja dari wajahnya tadi. Mukanya terus menjadi merah seperti tomato.

“Haah, saya tunggu awak bangun.” Jessica memalingkan mukanya ke arah lain.

Chanho ketawa kecil. “Oh ye. Dah lama saya nak tanya awak.”

“Tanya apa?” Jessica tersentak. Adakah Chanho tahu rahsianya?

Chanho menggaru lehernya yang tidak gatal. “A-apa nama awak?”

Jessica tersipu malu. “Oh… nama saya Jung Sooyeon.”

“Cantik nama awak, seperti orangnya juga.”

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Ketika itu, Jessica seolah-olah sedang melihat seseorang yang dikenalinya.

“Weh, Chanho! Jessica! Korang okey tak?” jerit Kris dari luar.<

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=