...7

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

“Annyeonghaseyo, nama saya Park Chanho. Sila beri tunjuk ajar.”

Yura tidak tahu apa yang ingin difikirkannya. Dia bosan. Walaupun dia seorang queenka di sekolah ini, dia tidak mempunyai seorang kawan pun. Cuma Sehun sajalah yang ada disisinya.

Yura sedih dengan kehidupannya yang begini. Dia tidak mahu orang lain hanya mengenalinya sebagai kekasih Sehun. Dia inginkan kawan. Teman untuk berbicara…

Chanho tunduk hormat kepada rakan-rakan kelasnya. “Erm, Chanho. Awak boleh duduk di sebelah Yura.”

Yura tersentak. Adakah namanya baru saja disebut oleh Cikgu Kim? Terasa malu pula kerana dia tidak menumpukan perhatian hari ini.

Dia hanya melihat pelajar baru itu berjalan ke arahnya dan duduk di sebelahnya. Yura hanya tahu senyum. Dia ingin mencuba…

Chanho membalas senyumannya dan menghulurkan tangan untuk bersalam. “Park Chanho. Panggil saya Channie saja.”

Yura menyambut tangannya dan bersalam. “Hai, nama saya Jeon Yura. Panggil Yura saja.”

 

 

Semasa rehat, Jessica, Gayoon, Suzy dan Yura duduk bersama di kantin. Mereka sebenarnya hairan dengan Yura kerana selalunya dia akan bersama Sehun tetapi hari ni tiba-tiba saja dia mahu berehat bersama mereka.

“Sebenarnya, saya ingin berkawan dengan awak semua. Walaupun orang kenal saya sebab Sehun, tapi saya tak ada kawan. Boleh saya berkawan dengan bertiga?”

Gayoon menepuk bahu Yura dengan lembut. “Jangan risau, Yura. Sudah semestinya awak boleh berkawan dengan kami.”

Lupa pula mahu cerita bagaimana Jessica boleh bergaul dengan Gayoon dan Suzy ni. Sebenarnya Suzy juga MPP sama seperti Gayoon. Setelah Jessica diterima masuk kelab oleh Gayoon, secara tidak sengaja mereka menjadi rapat pula dan Suzy merupakan kawan baik Gayoon.

“Sehun mana?” sampuk Suzy tiba-tiba.

Yura tersenyum manis menampakkan giginya. “Saya cakap dengan dia saya mahukan sedikit privasi dan dia tidak kisah!”

“Wah, baguslah macam tu. Bolehlah selalu lepak dengan kami?” Yura mengangguk.

Jessica termenung lagi. Dia suka melihat suasana sekolah. Tiba-tiba, dia rasa perasaan itu datang lagi. Jessica ternampak dirinya sedang menyuapkan makanan untuk seorang lelaki. Cuma dia mempunyai masalah sedikit, wajah lelaki itu seperti dilindung.

Jessica bangun dari tempat duduknya dan dia berjalan ke arah kaki lima sekolah.

Dia seolah-olah tidak mendengar rakan-rakannya yang sedang memanggilnya. Jessica terus berjalan.

Wanita berambut blonde itu menghentikan langkahnya. Dia memandang ke arah tingkap. Kelihatan dirinya sedang merajuk dan di belakangnya seorang lelaki cuba memujuk. Jessica berasa aneh. Kenapa dia tidak mampu mengingati lelaki itu?

Jessica mengeluh kekecewaan lalu berjalan ke kafe semula. Dia secara tidak sengaja terlanggar seseorang. Dia menguru-urut kepalanya yang sakit akibat terhantuk dengan pelajar itu.

“Awak tak apa-apa?” tanyanya dengan nada lembut.

Jessica mengangkat muka untuk meminta maaf tetapi dia terpaku. Terpaku melihat wajah tampan pelajar lelaki itu. Tertulis di uniform sekolahnya, Park Chanho.

Selepas beberapa saat, Jessica tersedar dia memandang pelajar lelaki itu. Dia tertunduk malu. “Saya minta maaf. Saya tidak sengaja.”

Sungguh, dia malu ketika itu! Pipinya sudah menjadi merah seperti tomato. Pelajar lelaki tersenyum menampakkan giginya.

“Tidak mengapa. Lain kali hati-hati okey?” dia menghulurkan tangannya untuk membant

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=