...6

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Pertemuan Krystal dengan kakaknya beberapa minggu yang lepas tidak dapat wanita berusia 32 tahun itu melupakan segalanya.

Dia tahu selagi Joy tidak kembali ke keluarga Jung, selagi itu dia tidak akan dapat mengaut semua harta kekayaan mendiang neneknya. Krystal tahu dia perlu berbuat sesuatu.

Sejak tujuh belas tahun yang lalu, dia ingin membalas dendam terhadap kakaknya. Walaupun niat sebenarnya bukanlah untuk mewarisi harta kekayaan keluarga, tetapi dia tidak mahu kakaknya itu bahagia dengan harta keluarga. Cukup-cukuplah apa yang Krystal rasai selama ini.

Krystal Jung bukanlah anak kesayangan ayah atau ibunya. Sejak kecil, Jessica pasti akan mendapat kelebihan daripanya.

Jessica sering kali dipuji oleh ahli keluarganya. Jessica yang baik. Jessica yang pandai. Jessica yang cantik. Semuanya Jessica.

Krystal memang cemburukan kakaknya yang seorang itu. Dia tidak tahu apa salahnya dan kurangnya dia tetapi Krystal selalu dipersalahkan oleh ahli keluarga Jung yang lain atas kematian ibunya.

Ibu mereka meninggal dunia semasa ibunya melahirkan Krystal. Krystal amat sedih dengan kenyataan itu.

Mujurlah, Jessica tidak membencinya. Jessica selalu menasihati Krystal supaya tidak bersedih dan menganggap semua itu takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Walaupun begitu, Krystal tetap tidak mahu berbaik-baik dengan Jessica. Dia menganggap Jessica seperti musuh. Dipanggil kakaknya itu timun oleh kerana Jessica mempunyai perangai yang pelik iaitu takutkan timun. Takut takut timun pun, Jessica arif dalam bab memasak.

Hairan Krystal dibuatnya!

 

 

Arwah nenek mereka meninggal dunia semasa umur Krystal baru sahaja mencecah empat belas tahun manakala Jessica pula enam belas tahun.

Wasiat harta peninggalan dibacakan di hadapan semua ahli keluarga Jung dan Jessica terpilih sebagai waris yang menerima harta paling banyak. Ini menimbulkan kemarahan Krystal.

Setelah apa yang diberikan kepada Jessica, mengapa mesti dia lagi yang menerima harta terbanyak? Sebab dia anak sulung dan cucu sulung? Sebab tu dah tak boleh pakai la.

Sehari selepas itu, Krystal telah mengurung dirinya di dalam bilik.

“Krystie? Bukak pintu ni sayang.” Panggil Jessica dari luar bilik.

Krystal tidak menjawab malah dia langsung tidak peduli dengan dunia di luar sana. Hatinya sakit. Walaupun umurnya baru berumur empat belas tahun untuk memikirkan soal harta, dia mampu berfikir apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Gadis kecil itu hanya berdiam diri dan mengenggam tangannya seolah-olah sedang menyimpan dendam. Dendam yang membara seumpama api yang tidak boleh dipadam. Krystal nekad mencari sesuatu yang membolehkan Jessica digugurkan hak sebagai pewaris.

 

 

 

Semasa umurnya lima belas tahun, dia tidak sengaja mendengar perbualan ayah dan kakaknya. Buat pertama kalinya, Krystal tidak seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

“Jessica! Berani kau conteng arang ke muka aku! Anak apa kau ni.” Marah ayahnya.

Krystal pun terkejut. Langkahnya terhenti. Dia menyorok di sebalik pintu untuk melihat situasi tersebut.

Jessica kelihatan pucat. Dia berdiri menghadap Kevin Jung, ayahnya di dalam bilik tidur Jessica. Tangannya kelihatan menggeletar dan ketakutan.

Krystal jadi hairan. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh kakaknya sehingga ayahnya begitu berang sekali? Walaupun dia tidak suka Jessica, tetapi adalah juga rasa sayangnya cuma tidak berkembang.

Encik Jung keluar dari bilik Jessica dengan muka yang merah. Mukanya menahan marah. Krystal tidak berkata apa-apa tapi dia terus masuk ke dalam bilik. Dia tidak mahu mencurah api ke ayahnya.

Keesokannya, Krystal dikejutkan dengan berita bahawa kakaknya itu hamil anak luar nikah. Dia terked

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=