...17

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Tiffany bertemu Henry di lobi hotel. Setelah diberitahu oleh Krystal, mereka berdua pun bergegas ke sini.

“Oppa, saya rasa tak sedap hati lah.” Ujar Tiffany ketika mereka sampai di destinasi yang dituju.

Henry mengangkat kening. “Apa maksud Fany?”

Tiffany menggeleng kepala. Mereka berdua pun mengambil makanan. Pada waktu itu juga, muncul seorang wanita mendekati mereka.

“Sudah lama kita tak bertemu, Tiffany Hwang. Saya rasa awak mesti sudah lupakan saya bukan?”

Tiffany memandang pemilik suara itu. “Awak ni…”

Wanita itu tersenyum. “Saya lah Im JinAh atau nama panggilannya Nana.”

Tiffany tersentak. Dia pasti sesuatu sedang berlaku sekarang.

 

Henry menegur kawan baik bosnya yang dari tadi tidak berganjak, “Oit, Fany. Awak okey tak ni?”

“Oppa, saya betul-betul tak sedap hati sekarang ni.”

Henry memegang bahu Tiffany. “Kita perlu cari Jessica sekarang!”

 

 

***

 

 

“Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak bermaksud untuk menyakitkan hati kalian.”

Malam itu, Joy pergi berjumpa rakan-rakannya. Haeryung masih tidak menunjukkan respons.

Manakala Yeri dan Seulgi seperti sudah mula menerimanya semula.

“Joy, kau jangan lupa yang kami sentiasa ada untuk kau. Kami takkan tinggalkan kau keseorangan.” Kata Yeri sambil menepuk bahu rakannya.

Seulgi pula berkata, “Kami sayang kau, Joy. Kau jangan lupa tu.”

Joy pun memeluk kedua-dua rakannya. “Terima kasih, Seulgi… Yeri.”

Haeryung masih diam. Joy mengeluh perlahan. “Sebenarnya, aku dah buat salah dekat ibu aku. Tadi aku marah dia sebab dia mungkin akan kembali kepada pakcik tu balik. Tapi bila aku fikir balik, lebih baik ibu aku gembira daripada aku menyeksa dia.”

Air mata Joy mula menitis. Tanpa disangka, Haeryung mengelap air matanya. “Kau kena kuat, Joy. Kau anak dia kan?”

Joy mengangguk. “Terima kasih, Haeryung.”

Nobody knows…. [ringtone Joy, Tik Tok by 2PM]

Haeryung melepaskan pelukan. “Joy, telefon kau berbunyi.”

Joy pun mengambil telefon bimbitnya. Jungkook? Apa yang dia mahu? “Yeoboseyo?”

“Joy, datang ke Hotel XXX sekarang. Ibu awak!” tidak sempat Jungkook menghabiskan ayatnya, Joy menutup telefon bimbitnya. Ketiga-tiga rakannya memandang Joy.

“Joy, awak okey tak ni?”

 

 

***

 

 

“Kenapa awak mahu berjumpa dengan saya?” tanya Jessica. Hairan. Dia tidak mengenali wanita tersebut tetapi dia berasa tidak sedap hati dengannya.

Youngji mencebik. “Jangan buat-buat tak kenal aku lah, Sooyeon. Kau dah lupa ke janji kau dulu yang kau takkan cari Chanyeol dah?”

Jessica tersentak. “Maafkan saya, cik. Saya betul-betul tak faham apa yang cik cakapkan sekarang ni.”

Wanita itu tidak berputus asa. Dia mula mendekati Jessica. “Aku tak faham lah dengan kau ni. Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa Chanyeol jugak yang kau nak?”

“Cik, saya tak ada apa-apa pun dengan Chanyeol. Saya harap cik faham.”

“Bodoh punya perempuan. Aku tak tanya benda tu. Apa yang aku nak ialah kau pergi mampus! Setelah apa yang kau buat dekat kakak aku, aku tak boleh terima kau lagi.”

Jessica menelan air liurnya. Dia berjalan berundur ke belakang. Dia terhenti apabila perasan kolam renang itu betul-betul di belakangnya sekarang.

 

 

Tiffany mula berasa risau apabila dia tidak menjumpai Jessica. Dia pun bergerak ke kolam renang. Matanya terbeliak apabila dia ternampak Jessica betul-betul di tepi kolam renang dan menunggu masa untuk jatuh ke dalamnya.

Dengan sepantas kilat, dia pun mencari Henry. “Oppa, saya dah jumpa dia!”

 

 

“Cik, saya harap kita boleh bawa berbincang. Saya…”

Youngji menampar muka Jessica. Wanita itu terkejut dengan tindakan orang yang tidak dikenalinya itu. “Mampuslah kau!”

Tanpa membuang masa, Youngji pun mengambil tindakan drastik dengan mencebik Jessica. Selepas itu, dia menolak wanita itu ke dalam kolam renang. Puas hatinya.

“Aku kena blah cepat sebelum orang lain perasan.”

 

Youngji terus melarikan diri setelah dia menolak Jessica ke dalam kolam renang. Semua tetamu yang hadir terus bergerak ke kolam renang. T

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=