...10

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

 

Joy merenung ke arah kebun sayur. Hampir dua hari dia berada di situ. Dia berasa bosan kerana tidak dapat berjumpa ibunya. Sudahlah seminggu dia harus berada di Busan untuk aktiviti kemasyarakatan.

“Macam manalah ibu dekat sekolah agaknya?”

Dia mengeluh. Joy sebenarnya tidak faham dengan mamat sewel itu. Tidak habis-habis nak mengacau hidupnya. Semalam, Jungkook meletakkan ulat beluncas di atas sayurnya. Hari ini pula, mamat sewel itu mematahkan pencakarnya.

“Teruk betul budak tu.”

“Budak mana ni?”

“Jeon Jungkook tu lah. Dia… eh wait? Awak ni siapa?” Joy pun memusingkan badannya ke belakang. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.

“A-awak Puan Jung Krystal kan?”  Wanita itu mengangguk. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Joy.

“Boleh saya cakap dengan kamu sekejap, Jung Sooyoung?”

Hampir terbeliak mata Joy apabila wanita berpangkat tinggi sebegitu menyebut nama penuhnya. Dia jadi hairan. Macam mana dia tahu nama aku?

Joy mengangguk. Wanita itu membuka topi yang dipakainya. Joy agak terkejut melihat wajah wanita itu dengan dekat kerana dia mempunyai iras muka ibunya.

Wanita itu tersenyum. “Muka saya macam ibu kamu kan? Kalau kamu nak tahu, saya ialah adiknya dan juga ibu saudara kamu.”

Dan Joy tidak mampu berkata apa-apa.

 

 

***

 

 

Jessica tidak pergi ke sekolah hari itu kerana dia mempunyai mesyuarat yang penting bersama syarikat ayahnya. Dia tidak tahu hendak berkata apa apabila berhadapan dengan lelaki berumur itu.

“Saya harap saya sudah jelaskan semuanya. Kami minta diri dulu.” Ujar Encik Jung sebelum memberi tunduk hormat.

Jessica yang duduk tidak jauh dari ayahnya, menggigit bibir. Dia ingin sekali memeluk ayahnya kerana rindu yang amat sangat.

“Puan Jung, kami ingin minta diri dulu. Semoga kita berjumpa lagi.”

Sedar-sedar saja, Encik Jung sudah ada di hadapan Jessica sambil menghulurkan tangan. Jessica teragak-agak untuk bersalam.

“Papa nak kamu berikan Sooyoung kepada keluarga Jung.” bisik Encik Jung di telinganya.

Jessica tersentak. Dia ingin berkata sesuatu tetapi Encik Jung terlebih dahulu meninggalkannya. Dia menjadi hairan. Kenapa papa mahukan Joy?

Selesai mesyuarat, Jessica mengambil kesempatan untuk berehat di pejabat. Dia mengurut-urut dahinya. “Kalau papa nak Joy, adakah semua ini ada kena mengena dengan Krystal?”

Dia menggeleng kepala. “Tidak mungkin. Krystal sudah mendapat semua harta.”

Sedang dia berfikir, Henry muncul di muka pintu. Dia kelihatan aneh sekali. Lelaki Cina itu berjalan ke arahnya dengan perasaan bercelaru.

“Jessica, kau nak buat rawatan tak?” tanyanya tiba-tiba.

Jessica terus bangun dari kerusinya. “Apa maksud kau?”

Henry pun mencampakkan beberapa helaian kertas di atas meja Jessica. Wanita itu memandang Henry sebelum dia meneliti setiap helaian kertas tersebut.

Terbelik mata Jessica dibuatnya apabila dia membaca laporan kesihatannya. “Aku… kena amnesia?”

Henry mengangguk. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi kelihatan tenang. “Sebab tu lah kau tak ingat apa-apa pasal memori kau semasa sekolah menengah tinggi.”

Jessica duduk semula sambil memegang kepalanya. “Macam mana kau tahu?”

Lelaki Cina itu mengeluh. “Bukan kau sendiri ke yang nak cari ayah Joy balik? Dan aku nak minta maaf sebab curi  kad laporan kesihatan kau tempoh

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=