...16

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Rahsia Chanyeol dan Jessica tidak bertahan lama. Rahsia mereka terbongkar juga apabila ada orang lain yang mendengarnya selain daripada Kris. Namanya tidak diketahui tetapi apa yang pasti, Jessica dan Chanyeol perlu meninggalkan sekolah itu dengan segera.

“Maafkan kami berdua sebab sudah berbohong kepada kalian semua.” Ucap Jessica kepada rakan-rakannya.

Kelihatan Gayoon cuba menahan untuk menangis. “Apa-apa kau tetap kawan aku kan?”

Jessica mengangguk. “Ya.”

“Sooyeon, kau tahu kan? Kalau kau perlu bantuan, kami boleh tolong kau…”

“Saya tahu, Gayoon. Tapi, masa saya dengan Chanyeol di sini sudah habis. Saya juga perlu menerima hakikat yang sebenar.” Kata Jessica yang turut merujuk kepada pencarian bekas teman lelakinya itu gagal.

Kris mendekati Chanyeol yang berdiri di sebelah Jessica. “Terima kasih untuk segalanya.”

Chanyeol mengangkat kening. Apa maksud Kris?

 

 

***

 

 

“Macam mana aku nak tahu yang kau dah berubah?” tanya Henry.

Pagi tadi, dia mendapat panggilan yang agak aneh dari anak gadis Kevin Jung yang bernama Krystal Jung Soojung. Pada mulanya dia tidak mahu percaya tetapi dia yakin sesuatu telah berlaku kepada wanita beranak dua itu.

“Maafkan Krystie, oppa. Krystie menyesal. Disebabkan ketamakkan Krystie, Krystie kehilangan satu-satunya yang berharga buat Krystie. Krystie minta maaf, oppa.”

Krystal mendekati lelaki cina itu. “Krystie mengaku yang Krystie rancang semua ini untuk dapatkan semua harta papa tapi… Krystie betul-betul tidak tahu pasal ayah kepada Joy.”

Henry masih lagi diam. Krystal tidak berputus asa. “Krystie nak oppa tahu yang Krystie dah jumpa dengan kawan baik unnie.”

Henry mula menunjukkan respons. Dia mengangkat kening. “Jadi?”

“Tiffany unnie kata satu-satunya lelaki yang pernah menjadi teman lelaki Jessica unnie ialah Park Chanyeol. Dia memberitahu bahawa Jessica unnie pernah terlanjur bersama teman lelakinya.”

Park Chanyeol eh? Jadi, betullah hasil ujian DNA tu. Henry tersenyum. “Okey, kali ni aku percayakan kau. Dan aku harap kau betul-betul berubah.”

Krystal menarik nafas lega. Mujurlah Henry mahu mendengar kata-katanya.

 

 

***

 

 

“Maafkan saya, Encik Park. Ujian itu didapati gagal.” Ujar Dr. Jia. Chanyeol berasa kecewa. Dia menaruh harapan yang tinggi dan berharap Jessica lah bekas teman wanitanya yang hilang dulu.

Selepas mesyuarat bersama klien, Chanyeol mendapat panggilan misteri dari seseorang. Dia tidak pasti siapa tetapi kata hatinya menuruhnya untuk pergi menemui orang itu.

Chanyeol masuk ke dalam kafe tersebut dengan perasaan ragu-ragu. Dia tidak siapa yang akan dijumpainya jadi dia harus berhati-hati.

“Hai, awak Chanyeol kan? Saya tak pasti sama ada awak ingat saya atau tidak.”

Chanyeol tersentak. Dia memandang wanita itu dengan hairan. “Awak ni siapa?”

Wanita itu tersenyum. “Saya kawan baik Sooyeon, ingat tak?”

CEO itu memegang dagunya. Kawan baik Sooyeon… siapa? Tunggu sebentar… “Awak ni…”

“Nama saya Tiffany Hwang. Sudah tujuh belas tahun kita tak berjumpa bukan?”

 

Chanyeol memandang wanita itu. Dia baru teringat bahawa Sooyeon mempunyai seorang kawan baik yang diberi nama Tiffany Hwang, iaitu anak kepada pemilik syarikat penerbangan terkemuka di seluruh dunia.

“Jadi, apa tujuan awak untuk bertemu saya?” tanya Chanyeol. Dia juga ingin tahu sebabnya.

Tiffany meletakkan cawan minumannya ke tepi. “Saya datang jumpa awak pun atas permintaan adik Sooyeon sendiri.”

“Adik Sooyeon?” Tiffany mengangguk.

“Yup, atau nama diberi Krystal Jung. Saya pasti awak sudah faham tujuan saya bertemu awak bukan?”

Chanyeol mula berfikir. Krystal Jung, anak Encik Kevin Jung. Kalau dia adik kepada Sooyeon, ini bermakna…

“Awak mahu beritahu saya bahawa Jessica Jung dan Sooyeon merupakan orang yang sama?”

Tiffany tersenyum. “Tepat sekali. Pada mulanya, saya agak kecewa dengan Sooyeon sendiri kerana dia tidak pernah lagi menghubungi saya rupa-rupanya dia mengalami amnesia.”

Chanyeol mengangkat kening. “Sooyeon hilang ingatan?”

“Kata Krystal, Sooyeon tidak mengingati apa-apa memori mengenai zaman sekolah tingginya ini bermaksud dia tidak ingat siapa rakan-rakannya termasuklah awak sendiri sebagai teman lelakinya dahulu.”

Chanyeol mengeluh. “Barulah saya tahu sekarang. Terima kasih banyak-banyak Tiffany. Saya hargai bantuan awak.”

“Saya tiada masalah cuma saya berharap awak jangan memaksa dia. Awak tahu sesiapa yang mengalami amnesia tidak boleh dipaksa bukan?”

“Baiklah.”

 

 

***

 

 

Namun begitu, sebaliknya berlaku kepada Chanyeol. Dia sibuk memaksa wanita itu mengingatinya.

“Apa yang awak merepek ni, Chanyeol? Saya

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=