...1

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Jessica Jung memandang ke luar tingkap pejabatnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan ayahnya iaitu Kevin. Selama itu juga, dia bukan lagi ahli keluarga Jung. Dia bukan lagi Jung Sooyeon anak perempuan Kevin Jung.

Henry mengeluh melihat bosnya. Jessica tidak makan lagi dari pagi tadi. Bimbang pula sekiranya Jessica jatuh sakit sebab apa-apa nanti Joy mesti akan salahkan pakcik Henrynya ini.

“Jess, kau tak nak makan ke? Nanti kau sakit, aku dengan Joy jugak yang susah.” Henry cuba memujuknya.

Jessica hanya menggelengkan kepalanya. “Aku tak lapar la, Henry. Kau tahu kan hari ni hari pengisytiharan Krystal sebagai pewaris Jung Holdings?”

Henry mengangguk. “Aku tahu. Sudah-sudah la tu, baik kau pergi makan dulu. Lepas ni kau ada mesyuarat dengan anak Park Chanhee.”

“Hhmm… kalau macam tu kau tolong belikan aku sushi je la. Oh ye, tolong ambil Joy dekat sekolah tau.”

Henry tersenyum menang. “Okey, bos. Aku belikan kau sushi paling mahal. Jangan buat hiasan pulak.”

Jessica hanya mengangguk.

 

 

***

 

 

Joy menunggu Henry di hadapan sekolahnya. Henry sudah berjanji untuk membawanya ke taman tema Lotte World hari ni. Dia memandang jam di tangannya. “Ish, mana lah Uncle Henry ni?”

Semasa menunggu, dia terlihat rakan-rakannya yang pulang bersama ibu bapa mereka. Joy tertunduk. Dia teringatkan ibunya Jessica yang tidak pernah muncul mengambilnya di sekolah. Tapi Joy tidak merungut, ibu mesti ada banyak kerja. Yang pastinya, untuk kebaikan mereka bersama.

Joy terkejut apabila mendengar bunyi hon kereta BMW. Itu mungkin pakcik Henry. Dia tersenyum melihat lelaki Cina yang berpakaian kasual itu. Henry memang tidak pernah mungkir janji.

“Uish, cepatnya Uncle tukar baju.” Perli Joy setelah dia masuk ke dalam kereta.

Henry tersenyum lebar dan mencubit pipi gadis itu. “Eh, bukan ke ada orang tu nak Uncle bawak dia pergi Lotte World semalam?”

Joy mencebik. “Yelah, Joy kalah.”

Lelaki Cina itu hanya tertawa melihat telatah anak perempuan bosnya. “Jangan la merajuk. Tak pasal-pasal ada yang kena jual nanti.”

“Hmph!” Joy memandang ke arah tingkap. Henry menggaru kepalanya. Merajuk la pulak dia ni.

 

 

 

Henry berjalan di belakang Joy kerana gadis itu berjalan dengan langkah yang laju sekali. Dia sudah penat bermain bersama Joy seharian dan akhirnya membiarkan Joy bermain apa yang disukainya sendiri. Henry mengambil tempat duduk berdekatan dengan tempat Joy bermain. Dia mengambil tabletnya dan membuka laman web rasmi Jung Holdings.

Kelihatan majlis pengisytiharan itu sungguh meriah dan pastinya Krystal Jung menjadi sebutan ramai pada hari ini. Krystal kelihatan cantik bergaya dengan gaun putih yang dikenakannya sambil memaut lengan bapanya yang juga pemilik Jung Holdings, Kevin Jung.

Henry teringatkan nasib bosnya tetapi mereka lebih kepada kawan baik semenjak Jessica dibuang dari keluarga Jung ketika umurnya masih muda iaitu 17 tahun. Jessica dibuang dari keluarganya kerana dia disahkan hamil anak luar nikah dan digugurkan haknya sebagai pewaris yang sah. Walhal, Jessica lah pewaris yang paling layak mengikut wasiat neneknya.

Krystal, adik Jessica itu sememangnya tidak sukakan kakaknya dari dulu lagi, maka dia sangat gembira menerima status sebagai pewaris keluarga Jung yang seterusnya.

Henry sudah berkhidmat untuk Jessica ketika umur Henry 17 tahun lagi dan ketika itu, dia berkhidmat sebagai bodyguard Jessica. Setelah Jessica dihalau keluar, dia turut meletakkan jawatan dan mengikut Jessica bersama.

Henry bukannya menaruh hati atau perasaan terhadap Jessica tetapi dia tidak sanggup meninggal

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=