...13

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Jessica jatuh terduduk. Dia tidak dapat mengejar anaknya. Dia tahu Joy kecewa.

“Sica, awak okey tak ni?” tanya Chanyeol lalu memapah Jessica ke keretanya.

Jessica hanya terdiam sepanjang perjalanan. Chanyeol jadi risau. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

“Salahkah apa yang saya buat, Chanyeol?” tanya Jessica.

Dia memeluk wanita itu. “Tak, tak. Awak tak salah. Erm, Sica… baru saya tahu sekarang kenapa awak dipanggil puan.”

Jessica baru teringat! Dia memandang Chanyeol. “Saya minta maaf, Chanyeol. Ya, benar. Sooyoung tu anak saya.”

Lama mereka berdua terdiam sebelum Chanyeol mengangkat muka Jessica untuk memandangnya.

Chanyeol tersenyum. “Saya tak kisah, Sica. Saya terima awak seadanya.”

Ketika itu juga, Jessica mengalirkan air matanya. Dia sudah tidak mampu menahan lagi.

“Chanyeol, anak saya…”

Chanyeol memeluknya dan mengusap belakang Jessica. “Saya tahu, Sica. Saya pasti dia takkan marah awak.”

 

 

***

 

 

Selepas kejadian itu, Jessica dan Chanyeol tidak lagi pergi ke sekolah tinggi K-Iris. Joy berasa tidak puas hati dengan lelaki yang telah mencuri hati ibunya itu.

Joy pula berasa kecewa dengan ibunya. Jessica sudah berjanji akan mencari ayah Joy semula tetapi semuanya hancur di tengah jalan kerana seorang lelaki yang diberi nama Park Chanyeol!

Disebabkan itu, dia telah merancang sesuatu dengan bantuan Jungkook. Musuhnya itu kini menjadi teman lelakinya secara rasmi. Hidup ini memang aneh bukan?

“Oit, termenung jauh nampak.” Usik Jungkook semasa rehat.

Dia dan Joy tidak keluar ke kafe kerana Joy tidak mahu makan tengahari hari itu. “Yelah, saya tak puas hati la dengan pakcik tu.” Dan dia menggelar Chanyeol sebagai pakcik.

Jungkook ketawa kecil. “Relaks sudah. Saya pasti yang ibu awak takkan kahwin dengan dia.”

Joy menjeling teman lelakinya. “Apa yang membuatkan awak sebegitu pasti?”

“Well, kalau anak tak suka takkan ibunya tetap nak kahwin dengan pilihan hati? Aduhai, Sooyoung. Dalam drama selalu macam tu kan?”

Joy mengurut-urut dagunya. Ye tak ye juga. Mungkin benar kata Jungkook.

 

 

Petang itu, Joy dan atuknya pun keluar bersama ke taman untuk berjogging. Dia sudah lama ingin bercakap berdua bersama atuknya.

“Atuk, Joy nak tanya… atuk tahu tak siapa ayah Joy?”

Encik Jung memandang cucunya. Dia menggeleng kepala. “Maaf, cu. Atuk tak pernah tahu pun pasal tu. Kenapa? Ibu kamu tak pernah cerita ke?”

Joy menggeleng kepala. “Tak, bukan macam tu. Uncle Henry cakap ibu terkena slight amnesia. Jadi, ibu tak ingat apa-apa pasal ayah Joy.”

Encik Jung mengangguk. “Oh begitu rupanya…”

“Kenapa, atuk?”

Lelaki berumur itu hanya tersenyum lalu menukar topik. “Erm, Joy. Jom jogging satu pusingan lagi. Atuk dah lama tak jogging macam ni.”

 

 

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=