...11

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Pagi. Hari yang ke-6 sebelum tamatnya minggu kemasyarakatan di Busan.

Joy sudah bersiap sedia dengan barang-barangnya. Dia dibenarkan pulang ke rumah awal sehari atas sebab urusan keluarga.

Henry menemani gadis itu ke rumahnya sebentar untuk mengambil barang-barangnya di rumah. Lelaki Cina itu saja merancang untuk menghantar Joy ke rumah atuknya supaya Jessica boleh berbaik semula dengan ayahnya. Itu saja.

“Dah siap ke belum, Joy?” tanya Henry

Dia memandang jam. Nasib baik sempat. Buat masa ini, biarlah rahsia dahulu. Biar Jessica sendiri yang mencari anak perempuannya itu.

Joy muncul di muka pintu dan tersenyum. Barang-barangnya sudah dimuatkan di dalam beg bagasi yang agak besar. “Jom, uncle?”

Henry berhenti betul-betul di hadapan rumah agam keluarga Jung. Dia mengeluh ketika memandang Joy namun gadis itu kelihatan sangat gembira.

Krystal tersenyum menang. Rancangannya benar-benar menjadi. Joy sudah menjadi miliknya sekarang. Dia menyambut anak saudaranya di pintu pagar.

“Welcome back to the family, Jung Sooyoung.” Dia mendepakan tangannya untuk berpelukan bersama Joy. Joy membalas pelukannya.

Selepas itu, Krystal pun pergi menemui Henry yang dahulunya pernah menjadi bodyguard Krystal lapan belas tahun yang lalu.

“Thanks, oppa.” Ujarnya pendek. Dia tidak mahu Henry mengetahui rancangannya.

Henry hanya mengangguk sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Joy. Dia masuk ke dalam kereta dengan perasaan berbelah bahagi.

 

 

Krystal menjemput anak saudaranya itu masuk ke dalam rumah. Terkejut besar Joy melihat rumah agam yang sebesar istana itu. “Cantiknya rumah ni.” Puji Joy dengan ikhlas.

Krystal pun tersenyum. “Jom Auntie perkenalkan orang-orang di rumah ini.”

Selesai sesi perkenalan bersama, Joy duduk bersembang bersama ibu saudaranya di ruang tamu. Dia amat menyenangi Krystal. Wanita itu sungguh baik dengannya.

“Maafkan Auntie, Joy. Baru sekarang Auntie nak cari Joy.” Ujar Krystal sambil mengusap kepala anak saudaranya.

Joy hanya tersenyum. “Tak apa, Auntie. Sebenarnya Joy gembira bila dapat tahu yang Joy mempunyai keluarga.”

“Joy rehatlah dulu. Auntie dah sediakan bilik untuk Joy. Atuk balik tak lama lagi. Kira? Tolong bawakkan Joy ke bilik tidurnya.”

Pembantu rumah bernama Kira itu pun datang mengambil bagasi Joy. “Ikut saya, Cik Muda Sooyoung.”

 

 

Edward baru saja pulang ke rumah. Dia berasa sangat penat kerana dikerah melakukan kerja amal di sekolah. Semuanya angkara budak-budak nakal dalam kelasnya. Tidak pasal-pasal mereka semua perlu membersihkan kawasan sekolah.

Budak lelaki berusia tiga belas tahun itu baring di atas sofa. Seperti biasa, akan ada pembantu rumah yang datang mengambil beg sekolahnya dan menyediakan Edward aiskrim kesukaannya.

“Ed, kalau ye pun tukarlah baju dulu.” Tegur Krystal.

Wanita itu baru saja melawat anak saudaranya di tingkat atas. Anak lelakinya itu hanya mengangguk kecil. Krystal pun mendekati Edward.

“Ed, nanti kamu sembang-sembanglah dengan Joy eh? Mama ada kerja malam ni. Atuk dengan daddy kamu pun pulang lewat.”

Edward mengangkat kening. “Siapa pula Joy tu? Pembantu rumah yang bar

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=