...19 [Behind The Story]

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

Suzy menatap kad undangan perkahwinan milik Jessica dan Chanyeol.

Dia tersenyum. Siapa sangka rakan baik sendiri merupakan seseorang yang sudah bekerja dan mempunyai anak perempuan yang berumur setahun lebih muda daripada kita? Bagi Suzy, kehidupan ini sungguh aneh termasuk apa yang pernah terjadi kepadanya.

Bae Suzy, anak tunggal kepada pasangan Bae dikenali ramai dengan bakat lakonannya. Suzy merupakan presiden kelab drama dan sering melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Tidak hairanlah sekiranya Suzy pandai berlakon memandangkan bapanya dahulu juga seorang pelakon drama yang terkenal.

Suzy memasuki sekolah tinggi K-Iris kerana dia ingin bersama dengan Gayoon yang merupakan kawannya sejak kecil lagi. Sekolah tinggi K-Iris merupakan sekolah biasa saja tetapi Suzy tidak kisah.

Bersama kawan baiknya iaitu Yoon Gayoon, Suzy menjadi ahli Majlis Pemimpin Pelajar (pengawas). Kapten sekolah, Kim Suho telah berjaya menarik perhatian Suzy. Suzy mula menyukai kaptennya secara senyap.

 

 

“Suzy, boleh tak awak tolong saya?” tanya Suho kepadanya. Ketika itu Suzy baru saja habis memuat report mc. Suho memandangnya dengan penuh harapan dan tanpa sebarang alasan, Suzy hanya mengangguk setuju.

Suzy mengangkat kepala. “Boleh saja. Awak nak saya tolong apa?”

Suho menggaru lehernya yang tidak gatal. “Erm… esok hari jadi adik saya. Saya cadang nak buat surprise untuk dia. Saya tak tahu siapa boleh tolong saya jadi saya rasa awak mungkin boleh bantu saya.”

Muka Suzy menjadi merah. Dia berdehem sedikit untuk menghilangkan rasa berdebarnya sekarang. “Oh, macam tu. Okey… awak nak jumpa saya bila?”

“Pukul 3. Nanti saya datang jemput awak okey?” kata Suho sebelum pergi meninggalkan Suzy.

Gadis itu tersenyum bahagia. Sudah lama dia ingin keluar bersama lelaki idamannya itu.

 

 

Petang itu, Suho menjemput gadis itu di rumahnya. Suzy kelihatan sungguh menawan dengan dress evening bersama skarf berwarna pink di lehernya.

“Awak nampak cantik, Suzy.” Puji Suho, ikhlas.

Suzy menampar lembut lengan sasa milik Suho. “Ish, awak ni. Tak payahlah cakap macam tu. Kita pergi sekarang okey?”

Setelah beberapa jam berjalan mengelilingi satu pusat membeli belah itu, akhirnya Suho membeli anak patung beruang saiz besar buat adik perempuannya. Suzy tidak habis-habis ketawakan Suho ketika kapten sekolahnya itu membawa patung beruang di khalayak umum.

“Suzy…” Muka Suho kelihatan merah sekali. Suzy pun berhenti ketawa.

Dia mengangkat tangan kepada Suho. “Oops, minta maaf. Saya tak boleh tahan nak ketawa okey?”

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=