...14

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

Beberapa minggu kemudian…

 

Haeryung mengeluh. Sudah lama Joy berkelakuan pelik dan dia tidak tahan lagi. Dia pun bertemu dengan Yeri dan Seulgi untuk berbincang.

Haeryung tahu apa yang berlaku. Dia sendiri nampak dan dengar perbualan Joy bersama ibu saudaranya semasa mereka berada di Busan. Dia tidak menyangka Joy sanggup meninggalkan ibunya demi kesenangan hidup dan kebahagiaan diri sendiri. She’s selfish. Fikir Haeryung dalam hati.

Haeryung juga sudah tahu yang ibu Joy juga bersekolah di situ. Bukan dia tak nampak kejadian Jessica bersama seorang pelajar lelaki senior yang turut menyamar juga sepertinya.

Joy pula tidak berasa kasihan langsung terhadap ibunya. Haeryung tahu dia perlu berbuat sesuatu. Joy perlu diajar. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri.

 

“Weh, korang. Semenjak Joy tinggal dengan atuk dia, dia dah tak pedulikan kita kan?” tanya Haeryung.

Yeri dan Seulgi mengangguk. “Haah. Mentang-mentanglah cucu orang kaya. Orang biasa macam kita ni tak dipandangnya.”

Ketika itu juga Joy muncul di meja mereka. Tiada lagi perbualan. “Hai korang.” Ketiga-tiga gadis itu berpandangan sesama sendiri.

Joy menurunkan tangannya. “Eh, nanti dulu!” dia cuba menghalang rakan-rakannya daripada pergi.

Malangnya, mereka tidak mempedulikannya. Jungkook menepuk bahu teman wanitanya. “Sabarlah, Sooyoung. Mereka mungkin tidak faham.”

Joy duduk di atas kerusi. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Semalam, satu sekolah dikejutkan dengan berita yang menyatakan dia merupakan pewaris keluarga Jung yang seterusnya.

Joy memegang kepalanya. Adakah aku sudah berubah? Dia berfikir lagi. Memang benar dia sudah berubah. Dia tidak pedulikan ibunya lagi. Dia tinggal bersama keluarga Jung. Dia mempunyai hubungan dengan Jeon Jungkook. Dan dia juga tidak lagi bergaul dengan Yeri, Haeryung dan Seulgi.

 

 

***

 

 

Hubungan Jessica dan Joy bertambah teruk. Anak gadisnya itu tidak mahu pulang ke rumah langsung malah tidak mempedulikannya lagi. Jessica sedar bahawa Joy ingin berjumpa dengan ayahnya. Tapi kalau ini dinamakan takdir, apa dia boleh buat?

Demi memujuk Joy semula, dia mengajak Chanyeol untuk ke sekolah itu semula. Mereka meneruskan penyamaran mereka sebagai Chanho dan Sooyeon.

“Weh, kau pergi mana? Aku rindu kau.” Gayoon terus memeluk Jessica apabila dia ternampak rakan baiknya itu di pintu pagar sekolah.

Rakan-rakannya yang lain pula tersengih macam kerang busuk. Suzy mula mengusik Jessica. “Untunglah orang tu dah dapat Prince Charming.” Kata-katanya itu ditujukan buat Chanho juga.

Chanyeol a.k.a Chanho tersenyum. Sehun dan Woohyun menepuk bahunya. “Congrats, bro.”

Semasa Sehun tidak nampak, Woohyun sempat mengenyit mata kepada ayah saudaranya itu. Chanyeol faham maksudnya.

Yura pula menangis ketika memeluk Jessica. “Awak pergi mana? Saya ingat awak tak nak datang sekolah dah.”

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=