...3

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

“Berapa lama lagi kamu nak tunggu Sooyeon?” tanya Chanhee kepada anaknya. Chanyeol dari tadi hanya tunduk saja mendengar ‘ceramah’ dari ayahnya.

Chanhee sudah lama mengetahui kisah cinta Chanyeol yang sedih itu. Chanyeol dari dulu lagi menaruh perasaan terhadap gadis yang bernama Sooyeon. Sudah tujuh belas tahun berlalu, namun mereka tidak mendapat sebarang berita mengenai gadis itu.

Disebabkan kejadian itu, Chanyeol telah menolak lebih kurang 20 wanita yang ingin berkahwin dengannya. Dia juga menjadi seorang lelaki yang matang dan tidak mudah ditipu.

Chanyeol mengenggam tangannya. “Channie tetap akan tunggu dia. Dia janji yang dia akan kahwin dengan Channie.”

Chanhee mengeluh dan menepuk bahu Chanyeol. “Ayah bagi masa kamu setahun saja lagi. Kalau tidak, kamu kahwin dengan wanita pilihan ayah.”

Chanyeol mengangguk faham. “Baiklah, ayah. Terima kasih kerana memahami saya.”

Setelah gagal berbincang dengan anak lelakinya yang seorang itu, pemilik Park Holdings itu pun meninggalkan Chanyeol keseorangan di ruang tamu.

Lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 180cm itu pun mengeluh. Dia teringat pula wanita yang dijumpanya semalam. Jessica Jung.

“Saya tak pernah berkahwin.” Itulah yang menjadi tanya kepada Chanyeol. Siapakah Jessica Jung ini sebenarnya? Namanya seperti pernah didengari.

Chanyeol mengambil tabletnya dan menaip perkataan ‘Jung’ di ruangan search. Matanya terbeliak apabila dia mendapati keputusan untuk carian ‘Jung’ paling banyak adalah berkaitan dengan Jung Holdings, Kevin Jung dan anak perempuannya, Krystal Jung.

Lelaki berjawatan CEO itu tidak berputus asa sebaliknya dia ingin mencari kebenaran. Adakah Jessica Jung mempunyai kaitan dengan keluarga Jung?

 

 

 

Lewat petang itu, Chanyeol menerima panggilan misteri dari seorang wanita. Katanya, dia ingin bertemu Chanyeol pada malam hari namun CEO Park Holdings itu cepat menolak. Mana mungkin ada wanita yang ingin bertemu lelaki pada malam-malam buta. Mengarut!

Chanyeol andaikan bahawa panggilan tersebut hanya untuk memainkannya semata-mata. Dia mengambil keputusan untuk memandu di sekitar bandar Seoul pada malam itu.

Lagu Beautiful nyanyian Baekhyun EXO mengingatkannya akan Sooyeon. Chanyeol seolah-olah terbawa dengan lagu tersebut hingga dia hampir saja kemalangan.

“Oh God!” dia menjerit apabila mendengar bunyi hon yang kuat dari belakang. Cepat-cepat dia memusingkan sterengnya dan membawa kereta Jaguar warna kuning pisang itu ke tepi jalan. Chanyeol menarik nafas lega dan meletakkan kepalanya di stereng.

“Dimanakah awak, Sooyeon?!” dia menjerit sepuas hati.

Air mata laju mengalir ke pipinya yang berkulit cerah itu. Kerana wanita, Chanyeol tewas dengan air mata jantannya. Dia menangis teresak-esak di atas stereng itu.

 

 

 

“Channie, saya sudah buat keputusan.” Kata Sooyeon sambil tersenyum.

Chanyeol yang tadi melentokkan kepalanya di bahu gadis itu hanya menggumam.

“Saya janji yang saya takkan kahwin dengan lelaki lain selain awak.” Kata gadis itu diselangi tawa kecilnya. Dia memandang teman lelakinya.

“Channie! Jangan tidur kalau saya tengah bercakap.” Dia menepuk bahu Chanyeol dan bangun dari tempat duduknya. Hampir terjatuh Chanyeol dibuatnya.

“Maafkan saya. Apa awak cakap tadi?” Chanyeol mengelap air liur basinya.

Sooyeon hanya menjelingnya tajam. Dia menghentakkan kakinya ke tanah. “Ish, malaslah nak cakap dengan awak. Saya nak balik lah…”

Ketika gadis itu in

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=