...4

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

 

Jung Sooyeon. Jessica tersenyum melihat uniform sekolah lamanya yang masih tersimpan di dalam almari. Tidak lama lagi, dia akan kembali ke sekolah itu lagi untuk mencari kebenaran. Sudah tujuh belas tahun dia pendamkan hasratnya.

Tetapi, disebabkan masa sudah berlalu Jessica terpaksa menempah uniform yang baru sesuai dengan keadaan K-Iris High School sekarang.

“Ibu dah siap ke belum?”

Kedengaran Joy memanggil ibunya dari luar bilik memandangkan Jessica tidak keluar-keluar lagi dari bilik. Jessica menggenggam uniform lamanya itu dan berkata. “Saya pasti… kita akan bertemu semula demi anak kita.”

 

 

 

Dengan bantuan Gina, dia berjaya mendapatkan tempat di sekolah itu dengan mudah. Mujurlah Gina anak kepada pengetua sekolah ini dan mereka bersetuju membantu Jessica. Jessica dengan senang hati menerima bantuan dari mereka.

Jessica membuat keputusan untuk masuk ke dalam kelas 6 Commerce 1 dimana kelas itu memberi terlalu banyak kenangan dan memori buatnya.

“Annyeonghaseyo, nama saya Jung Sooyeon dan saya berasal dari California, USA. Sila beri tunjuk ajar.” Dia tersenyum manis. Jessica kelihatan anggun sekali dengan stail rambutnya yang diubah supaya kelihatan seperti pelajar sekolah tinggi.

Kedengaran suara pelajar lelaki bersiul kepadanya namun dia tidak pedulikan mereka langsung. “Awak boleh duduk di sebelah Kris.” Kata Cikgu Gina dan menunjukkan tempat duduknya.

Pelajar-pelajar lelaki tadi kelihatan kecewa dan jelas mereka cemburu dengan Kris. Jessica hanya mampu ketawa dalam hati. Kalaulah mereka tahu umur Jessica yang sebenar…

“Hi, saya Kris Wu.” Ujar Kris sebaik saja Jessica melabuhkan punggung di atas kerusi. Jessica memberikan senyuman manisnya.

“Hi, saya Jung Sooyeon. Panggil Sooyeon saja.” Kris mengangguk.

“Okey, kelas. Kita mulakan sesi pembelajaran sekarang. Sila buka buku Prinsip Perakauanan masing-masing…”

 

 

 

Sebelum rehat, Jessica mengambil kesempatan untuk bersembang dengan Kris kerana dia yakin Kris mampu membantunya kerana Kris merupakan naib kapten sekolah.

“Wah, hebatnya awak. Erm, Kris… kelab fesyen ada tak dekat sekolah ni? Kalau ada, saya cadang nak sertainya.”

Kris mengangguk. “Ada. Bilik kelab fesyen di tingkat dua. Presiden kelab fesyen, Gayoon namanya. Dia juga Majlis Pemimpin Pelajar (MPP). Kalau nak join, cari dia dekat 6 Civil 3 okey?”

Jessica tersenyum menang. Nasib menyebelahinya kali ni. “Terima kasih, Kris. Jumpa lepas rehat nanti!”

 

 

***

 

 

Buat keberapa kalinya, Jungkook membuat kacau lagi. Kali ini, dia meletakkan katak pula di bawah meja Joy.  Walaupun Joy tidak takut lipas, tetapi apabila dipertemukan dengan haiwan reptilia berwarna hijau itu, perempuan mana yang tidak akan menjerit.

“Katak!” Joy terus memecut keluar dari kelas diikuti oleh rakan sekelasnya yang lain. Pelajar lelaki sudah ketawa terbahak-bahak melihat pelajar perempuan kelas mereka. Takutkan katak semuanya.

Ketuanya tidak lain tidak bukan mestilah Jeon J

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=