...15

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

Krystal tersenyum melihat Henry meninggalkan rumah agam itu.

“Krystal…”

Wanita itu tersentak. Tak mungkin… adakah…

“Sa-sayang…”

“Jung Soojung, sila berterus terang sekarang.”

Krystal menelan air liurnya.

 

 

***

 

 

Sudah beberapa minggu Joy dan Jungkook menjalankan misi mereka namun tidak ada hasil. Joy sendiri akui mereka berdua gagal setelah ibunya tidak langsung menghubunginya.

Joy dengan harapan mahu ibunya memujuknya pulang dan berjanji meninggalkan pakcik itu buatnya.

“Sooyoung, janganlah awak sedih. Saya pasti ada hikmahnya.” Ujar Jungkook untuk menyedapkan hati gadis itu.

Joy mendengus geram. “Saya tak boleh terima pakcik itu sebagai pengganti ayah saya. Saya tak boleh terima! Saya nak papa!”

“Cukup-cukuplah merajuk tu, Joy. Dia ibu awak…”

Joy tidak mahu mendengar kata-kata Jungkook. Dia masih mahu berkeras dengan pendiriannya.

 

 

***

 

 

Jessica termenung melihat ke luar tingkap. Kris yang berada di sebelahnya berasa hairan. Apakah yang mengganggu gadis itu?

“Sooyeon, awak okey tak ni?” tanya lelaki Canada itu.

Jessica berpusing memandangnya. Dia menggelengkan kepalanya. “Tak. Tapi… erm, takpe lah Kris.”

Kris mengeluh perlahan. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu Jessica sekarang.

Mungkin Chanho boleh membantu…

 

 

Kris pun pergi untuk bertemu dengan Chanyeol di kelas 6 Civil 1. Malangnya, Chanyeol tiada di dalam kelas. Dia ternampak Yura sedang membersihkan kelas.

“Erm, Yura!”

Yura menghentikan kerjanya. Dia mencari siapa yang memanggilnya. Apabila dia terlihat Kris di luar kelas, barulah dia berjalan ke arahnya.

Yura pun tersenyum. “Hai, Kris. Ada apa yang boleh saya bantu?”

Kris menggaru lehernya yang tidak gatal. “Awak ada nampak Chanho tak?”

Yura menggeleng kepala. “Tak tahu pula saya. Apa kata awak cuba cari dia di bilik muzik. Dia selalu berada di sana bersama Woohyun.”

Kris mengangkat kening. “Woohyun?”

“Yup. Apa kata awak lihat sendiri? Saya nak cepat ni. Maaf, Kris.”

“Erm, kalau begitu saya pergi dulu. Terima kasih, Yura.”

Selepas diberitahu oleh Yura, Kris pun berjalan ke bilik muzik. Pada mulanya, dia ingin terus buka saja pintu bilik itu.

Tetapi, dia terdengar sesuatu…

 

“Kenapa uncle tak tahan dia waktu tu? Yang uncle pun satu, kenapa tak siasat habis?” bebel Woohyun kepada ayah saudarnya.

Chanyeol mengeluh. “Uncle tak boleh berfikir apa masa tu. Sooyeon tinggalkan uncle macam tu je. Uncle tak terfikir pula nak kejar.”

Anak saudaranya menepuk dahi. “Boleh tahan juga pakcik aku ni. Erm, sekarang ni apa perancangan uncle?”

Chanyeol bermain-main dengan jarinya. “Entah, Hyun. Uncle ingat nak kahwin je dengan Jessica tu. Uncle fikir nak berputus asa cari Sooyeon tapi…”

“Tunggu jap! Apa uncle cakap tadi? Uncle nak kahwin dengan Jessica? Adakah Jessica Jung yang merupakan pengasas Blanc & Enclare tu?”

Chanyeol mengangguk lemah.

“Kalau uncle kahwin dengan dia… Jung Sooyeon tu macam mana pulak?”

Chanyeol tersenyum lalu menepuk bahu Woohyun. “Oh ye, uncle lupa pulak nak bagitu Hyun… sebenarnya, Jung Sooyeon ialah Jessica Jung yang turut menyamar ke sekolah ini sama seperti uncle.”

Mulut Woohyun sudah ternganga luas. “Apa? Alamak, ye ke? Woohyun ingat baru nak suka dia.”

Chanyeol pun mengetuk kepala anak saudaranya. “Ada hati nak mengorat calon isteri orang eh?”

Woohyun ketawa kecil. “Biarlah. Tapi kan uncle, kenapa Jessica datang ke sekolah ni? Uncle tak rasa pelik ke?”

Chanyeol pun terdiam. Betul juga. Dia tidak pernah bertanya Jessica soalan ini dan apa yang dia tahu ialah Jessica sudah pun mempunyai anak perempuan berusia tujuh belas tahun.

“Uncle tak tahu. Apa yang uncle tahu, dia dah ada anak dekat sekolah ni.”

Woohyun tersembur minumannya tepat mengenai muka ayah saudaranya. “Siapa?!”

Chanyeol mendengus geram. Dia memukul bahu anak saudaranya. “Ish anak Encik Nam ni, aku pelangkung karang.”

“Maaf, uncle. Hyun tak sengaja.” Woohyun mengelap muka Chanyeol menggunakan sapu tangannya. Dia tidak bermaksud berbuat begitu. Dia betul-betul tidak sengaja.

“Okey, macam ni. Nama anak dia Jung Sooyoung tak silap uncle. Kelas 5 Civil 1.

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=