...8

My Daughter's Father
Please log in to read the full chapter

“Wei, Jessica. Minggu depan kan musim sejuk bermula, kau nak ikut kitaorang tak pergi gunung?” tanya Gayoon sambil mengunyah kentang gorengnya.

Jessica memandang rakan-rakannya. “Gunung?”

“Yeah, gunung. Nanti kat sana boleh main ski, naik cablecar hmmm… apa lagi ya?” Suzy mengurut-urut dagunya.

Yura pun memetik jari di hadapan Jessica. “Ha! Cinderella boleh jumpa Prince Charming dekat sana nanti.”

Wanita berambut blonde itu mencebik. “Asal boleh jumpa dia pulak?”

“Mestilah boleh sebab event tu untuk semua budak batch kita. Kau ikut tak, Yura?”

Yura menggeleng kepala. “Tak boleh. Family saya dengan family Sehun nak bincang pasal pertunangan kami.”

Gayoon mengangkat kening. “Awalnya? Korang berdua nak kahwin awal ke apa?”

Untung lah, kahwin awal. Aku ni awal-awal dah ada anak. Gumam Jessica dalam hati. Dia menumpukan perhatiannya kepada Yura ketika itu.

Yura menggeleng lagi. “Tak juga. Semuanya kehendak keluarga. Lagipun, untuk menyatukan kedua belah keluarga.”

Jessica seumpama dapat menghidu sesuatu. Mungkinkah Yura dan Sehun hanya berlakon selama ini? Mengikut apa yang Jessica pernah nampak, Yura kelihatannya tidak rapat dengan Sehun sebaliknya dengan pelajar lelaki yang baru itu.

Jeles? Siapa kata Jessica cemburu? Walaupun dia suka melihat Chanho, tidak mungkin baginya untuk menyukai seorang pelajar sekolah menengah tinggi. Tidak silap hari bulan, mungkin Joy akan menjerut lehernya.

“Jadi, siapa yang ikut sekarang ni? Aku, kau dengan Suzy je lah eh?” tanya Jessica pula.

Suzy mengangguk. “Kalau ada masa nanti, aku ajak kapten ikut sekali dan ha, Jessica! Kau tolong ajak Kris sekali eh. Please?”

Jessica tersenyum. “Takde hal. Kris mesti boleh pergi punya.” Dia mencuri pandang Yura. Gadis itu seperti tidak gembira. Jessica berasa serba salah pula.

 

 

Semasa pulang dari sekolah, Jessica berjalan ke kelas Yura untuk mengajaknya pulang bersama. Dia ternampak Yura bersama seorang lelaki. Mungkin Sehun! Dia pun menyorok di sebalik pintu untuk melihat apa yang berlaku.

“Sehun, saya minta maaf. Saya selalu susahkan awak.” Ujar Yura.

Betullah Sehun. Jessica tersenyum. Kelihatan Sehun sedang membelai rambut kekasihnya.

“Tak. Mana ada awak susahkan saya. Saya tahu awak takkan sukakan saya tapi saya tak paksa. Saya cuma harap awak boleh teruskan lakonan kita demi ibu bapa kita. Saya tak nak mereka kecewa.”

Jessica hampir terhantuk ketika dia mendengar perbualan mereka. Ada udang di sebalik batu rupanya.

Yura menggeleng kepala. “Saya akan cuba, Sehun. Saya akan cuba cintakan awak dan saya harap awak boleh tunggu.”

Sehun pun mengangguk. “Demi awak, saya sanggup.”

Melihat dua pasangan sejoli itu meninggalkan kelas bersama, tidak jadi Jessica berjalan pulang bersama Yura. Sebaliknya dia berjalan pulang dengan…

“Eh, awak! Awak tak balik lagi ke?” tegur pelajar lelaki itu.

Jessica menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Err… saya takut nak balik sorang. Boleh temankan tak?”

Dalam hati, dia ingin saja menampa

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
jeonnamjoo
waiting for the bts~^^

Comments

You must be logged in to comment
chichisakura99 #1
Chapter 18: Serious citer ni best, daebak, awesome, terbaik sampai x tau nk tls ape lg. Jalan citer author-nim mmg best dan agak sukar dijangka. Gaya penulisan autjor-nim pon best. Mcm baca novel dan senang utk faham ape yg author-nim sampaikan. Sy harap author-nim akan bt citer yg best dan gempak lg ;)
xoxogirl2 #2
Chapter 18: Best cite dia.....ni nangis maybe haha btw tahniah
misz_dina #3
Chapter 19: Oh terlupa nk ckp.authornim,citer ni memang dae to the bak!
misz_dina #4
Chapter 19: Happy family..sejahat2 krystal,last2 dia tlg jugak kakak dia
amani123
#5
Chapter 17: Kita dah agak sebenarnya jungkook x suka joy and chanyeol tu sebenarnya ayah joy btw update soon
seyounglove #6
huaa nice story..
lagi asyik streaming diyoutube eh nemu trailer cerita ini... I Like your fanfict... :)
kyuhyunnie98
#7
best citer nie!! nanti kalau dah siap trailer lagi satu tu bagitau kat dorm tau ;)
Love_Rush
#8
Chapter 14: What a lovely story! Can't wait for the future chapters, man.
Mrs_Hana02
#9
Chapter 13: Jahatnya Krystal =,=